Sunday, March 11, 2012

RINDU BERTANDANG LAGI!

Ya Allah lamanya tak update blog. rindu yang teramat sangat dengan blog kesayangan ku ni emmm terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga tak berkesempatan memandang blog sendiri. Diam tak diam genap 4 tahun usia perkahwinan ku dengan suami tersayang. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesempatan dan kasih sayang yang melimpah ruah walaupun banyak dugaan dan rintangan yang melanda sepanjang melayari bahtera keluarga. Emmm banyak sangat sebenarnya nak cerita dan kongsikan heheheh tapi tahun ni punya percutian tak dapat dirakam sebab kamera tertinggal dekat rumah heheheh. Apa-apa pun tetap best dapat juga main go kart hehehhe.


bukan gambar sebenar hehehhe

So hari ini macam nak kongsi berkaitan warna dalam kehidupan la. nak mulakan semula berceloteh dan bercerita dalam blog semula heheheh. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan, terdapat rahsia di sebalik warna-warna yang ada di sekeliling kita. Di sini saya nak kongsi sikit ilmu yang saya amalkan dan saya rasa berkesan dalam mengawal emosi hehhehe yang penting yakin dan keyakinan. 


Pemakaian vs Hari




Isnin - berasaskan warna putih ~ warna perangsang kepada beberapa kelenjar. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Warna putih juga umpama lembaran kosong yang akan dicorakkan pada minggu tersebut. So corakkan minggu anda dengan pemulaan putih.





Selasa - berasaskan warna Pink/Ungu  Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Selain itu ungu pula mencerminkan kreatif, idea, kebolehan dalam seni dan bersikap ideal serta inovatif. Ia sesuai ketika kita memerlukan inspirasi, apabila kita berasa tertekan dan hilang keyakinan diri.




Rabu - berasaskan warna Biru Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Apa yang ada dihati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya. Selain itu, kita sentiasa akan mengekalkan ekspresi diri, komunikasi yang baik, bijak dalam bertindak dan tahu tanggungjawab diri. Biru membawa kita menikmati ketenangan mental dan emosi.



Khamis - berasaskan warna pg ( kuning) ptg (oren)Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, kuning akan membantu diri meningkatkan stimulasi mental, membuatkan mental bergerak cergas, pemikiran yang tenang, bertenaga dan bersemangat.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Oren juga meningkatkan lagi kekuatan fizikal dan emosional, memberi ketenangan dan meningkatkan tahap tangkulan keinginan.



Jumaat - berasaskan warna Hijau ~ Warna flora dan fauna. Sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lemah lembut dan sedikit sensetif. Didapati klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksima. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.



Sabtu - berasaskan warna Merah ~ merah melambangkan tenaga, melakukan aktiviti lasak, tubuh badan bertenaga, sentiasa stabil, yakin diri dan mudah mesra. Hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.



Ahad - berasaskan warna Hitam ~  hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing. 

so ni sedikit sebanyak info yang boleh dikongsikan hasil rujukan dari pembacaan serta perkongsian dengan rakan-rakan yang menghadiri seminar motivasi.

 RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!





2 comments:

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

hey, teruskan menulis tau... selamat ulang tahun perkahwinan :)

Unknown said...

terima kasih kerana tinggalkan jejak anda di http://www.puteraizman.com