Tuesday, April 16, 2013

MOTIVASI UNTUK SAYA...AWAK...DAN AWAK YG DISANA TU.....

Salam pagi wahai sekalian sahabat..... moga-moga semua sahabat sentiasa dilindungi dan dipayungi rahmat Allah yang tidak terhingga. Lama rasanya tidak bermadan dan berbicara dengan awek cool ni  :) kerana terlalu sibuk awek cool diabaikan huhuhu maaf ya para sahabat. Entry kali ini saya nak hadiahkan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama walaupun di alam maya ni. Bukan apa kerana sekarang ni saya rasa tidak sedap dengan apa perasaan yang hadir dalam diri saya ini. Di sebabkan masalah orang yang mencetuskan perasaan ini dan sekaligus menyebabkan saya merasakan saya adalah bukan diri saya yang saya kenal dulu huhuhu. Saya tak suka pada perasaan ini...... emmm harap-harap Allah bagi saya petunjuk dan jauhkan dari segala hasutan syaitan dalam hati saya ni. Saya nak mulakan kerja baru saya dengan jiwa yang aman dan tenteram dan saya nak jadi seperti diri saya yang dulu, yang saya kagum huhuhu ( masuk bakul angkat sendiri heheheh) Ya Allah Kau peliharakanlah hatiku ini dari segala pekara-pekara yang tidak elok dan Kau kekalkanlah hati ini dalam lindungan iman dan agamaMU yang kekal. Amin.....

So ni renungan untuk saya...awak...dan awak yang disana tu :) semoga kekal dalam lindungan dan berkatNya




1 comment:

Syamimi Saad said...

tenangkan hati kak..insyaAllah semuanya akan kmbali pada sedia kala.. =)