Tuesday, July 22, 2014

PERASAAN YANG TIDAK TERGAMBAR.....

Assalammualaikum.....dan selamat petang semua kawan-kawan. Lama rasanya saya tidak mencoretkan rasa hati dan perasaan di teratak saya ini. Saya juga rasa sudah lama saya tidak menjenguk rakan-rakan alam maya saya sentiasa ada untuk saya dalm berkongsi pendapat dan rasa hati. Sejak kebelakangan ini saya tidak tahu apa yang hendak saya rasa dalam hati ini agaknya. Kadang - kala rungsing, kadang kala sedih, kadang kala marah, kadang kala kecewa dengan persekitaran dan kehidupan yang menjalar dalam ruang lingkup kehidupan saya sekarang. Saya amat menyukai pekerjaan saya ini dan ianya adalah sesuatu yang saya cita-citakan sejak dulu lagi. Namun saya seperti hanyut dan tengelam dalam situasi yang mengheret saya untuk jadi dan berfikiran begini. Doa aku hanya satu "Allah....moga KAU sentiasa membimbing aku ke jalan mu. Hidupkan ku dalam iman dan matikan la aku didalam iman jua."  Banyak sungguh dugaan yang perlu aku lalui namun aku tahu ianya akan mengajar aku menjadi lebih matang dalam pertimbangan. Aku percaya apa yang berlaku dan terjadi ini adalah apa yang terbaik KAU rancang untuk hidupku. Dan aku sentiasa percaya, bahawa "tidak ada satu nafas pun yang keluar dari jasad kita ini melaikan ada takdir Allah didalamnya."..

Moga saya tabah dalam menjalankan ibadah dan amanah dalam kehidupan saya ini....  


Saya harus berdiri di atas kaki sendiri...sebab tiada siapa yang akan berdiri dengan kita andai kita dalam kesusahan.



Nukilan waktu bersedih...
22 Julai 2014
24 Ramadhan 1435 M
Jam 5.03 petang
lokasi : Pejabat...

6 comments:

puteri kasih said...

rindunya ngan zu...dah jarang sembang kat sini.

ada masa dan ketika kita akan rasa down kan..tapi selepas itu kita akan bangkit menjadi lebih matang dan ceria. Betul tak Zu? Rasanya dalam bab-bab ni Zu lebih arif dari puteri. Kena minta tunjuk ajar tentang kaunseling dari Zu :)

Selamat hari zu...maaf zahir batin :)

ZUHANIF said...

Hehehhehe InsyaAllah puteri ada ilmu kita kongsi sama-sama ya :)

puteri kasih said...

kena rajin baca blog Zu ni la kan :)

ZUHANIF said...

Heheheh tp puteri zu ni kekadang xde masa sangat nak update blog sbb bz dgn kerja huhuhu lagi2 sblm ni bz dengan kes MH370 n MH17 then kene ke sabah juga huhuhuhu sedia berkhidmat untuk negara apabila keluar dlm tv Peg. Psikologi JKM kn standby so standby jer nama naik.

puteri kasih said...

Ohh Zu pun bertugas untuk kes MH370 dan MH17 eh?

siti hazreen said...

wah...coretlah disini pengalamn pasal MH370 dan MH17 ^___^