Nak kongsi satu video ni, tak tahu nak cakap apa. Tapi memang sakit hati dengan peng "upload" video ni sebab dia rasa macam dia bagus sangat je. Jumpa video ni dalam FB suami. Sedih sangat tengok mengaku rakyat Malaysia tapi tak menghormati undang-undang dan yang paling utama tak menghormati saudara kita tu menjalankan tugas. Renung-renungkan dan ingatkan diri sendiri kalau maksudkan dan mengakui yang kita ni betul-betul rakyat Malaysia!
Wednesday, March 28, 2012
Saturday, March 24, 2012
A TALK ON AUTISM
WHAT IS AUTISM? (APA ITU AUTISM)
Autism,apa itu Autism? ini adalah soalan pertama yang Mr Huby saya tanya masa perbincangan berkaitan dengan talk yang akan dibuat oleh majikan saya. So kat sini saya nak kongsi serba sedikit pengetahuan yang saya tahu berkaitan AUTISM.
Autism adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Ia juga boleh dikatakan satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang.
Penyebab autism adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif. Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal.
Tanda-tanda bagi Autism.
Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autism:
1) Kanak-kanak Autism mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.
2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autism. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autism di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autism tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autism adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autism lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autism juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autism adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autism. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autism, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autism boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’(ASD/GSA) 'Gangguan Spekterum Autistik.
- Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autism)
- Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
- Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)
Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme kerana autism ini bukanlah satu penyakit tetapi kekurangan/gangguan pada sesuatu yang digantikan dengan kelebihan yang terfokus, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autism dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran mereka.
Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme kerana autism ini bukanlah satu penyakit tetapi kekurangan/gangguan pada sesuatu yang digantikan dengan kelebihan yang terfokus, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autism dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran mereka.
Tanda-tanda bagi Autism.
Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autism:
1) Kanak-kanak Autism mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.
2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autism. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autism di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autism tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autism adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autism lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autism juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autism adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
Disamping itu seringkali (perilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan sebagainya.
Gejala autism sangat bervariasi. Sebagian anak berperilaku hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering menangis dan mengamuk. Kadang-kala mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.
Autisme dapat terjadi pada siapa saja, tanpa membezakan warna kulit, status sosial ekonomi maupun pendidikan seseorang.
Tidak semua individu ASD/GSA memiliki IQ yang rendah. Sebagian dari mereka dapat mencapai pendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya. Bahkan ada pula yang memiliki kemampuan luar biasa di bidang tertentu (muzik, matematik, seni).
Peratusan autism menigkat dengan sangat membimbangkan dari tahun ke tahun. Menurut Autism Research Institute di San Diego, jumlah individu autistik pada tahun 1987 diperkirakan 1:5000 anak. Jumlah ini meningkat dengan sangat pesat dan pada tahun 2005 sudah menjadi 1:160 anak.
Disini saya hanya berkongsi serba sedikit berkaitan dengan apa yang saya ketahui. Jika sesiapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalami berkaitan dengan Autism CALIPH WORKSHOP akan membawakan seseorang yang pakar dalam pekara ini untuk dibincangkan dan untuk perkongsian khas dalam membantu membangunkan anak-anak yang terpilih ini dengan lebih sempurna. Maklumatnya adalah seperti berikut :-
MASA : 9.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT : CALIPH WORKSHOP,
TADIKA KHALIFAH ELIT
NO 53-2, JLN SETIA TROPIKA 1/30
TMN. SETIA TROPIKA
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
(bersebelahan AnZ Furniture)
PENCERAMAH : DR HASNAH TORAN
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
PhD DARI UNIVERSITI OREGON, USA
KETUA PENYELIDIK MAKMAL PEMBELAJARAN AUTISMA, UKM
DAN MEMPUNYAI ANAK AUTISM
BAYARAN : RM80 / PAX
RM 100 / COUPLE
RM 70 EARLY BIRDS FEE (Sebelum 1 april 2012)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :
PUAN ANNY : 016-7227687
ATAU TINGGALKAN SOALAN ANDA,
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!!
Sunday, March 11, 2012
RINDU BERTANDANG LAGI!
bukan gambar sebenar hehehhe
So hari ini macam nak kongsi berkaitan warna dalam kehidupan la. nak mulakan semula berceloteh dan bercerita dalam blog semula heheheh. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan, terdapat rahsia di sebalik warna-warna yang ada di sekeliling kita. Di sini saya nak kongsi sikit ilmu yang saya amalkan dan saya rasa berkesan dalam mengawal emosi hehhehe yang penting yakin dan keyakinan.
Pemakaian vs Hari
Isnin - berasaskan warna putih ~ warna perangsang kepada beberapa kelenjar. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Warna putih juga umpama lembaran kosong yang akan dicorakkan pada minggu tersebut. So corakkan minggu anda dengan pemulaan putih.
Selasa - berasaskan warna Pink/Ungu ~ Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Selain itu ungu pula mencerminkan kreatif, idea, kebolehan dalam seni dan bersikap ideal serta inovatif. Ia sesuai ketika kita memerlukan inspirasi, apabila kita berasa tertekan dan hilang keyakinan diri.
Rabu - berasaskan warna Biru ~ Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Apa yang ada dihati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya. Selain itu, kita sentiasa akan mengekalkan ekspresi diri, komunikasi yang baik, bijak dalam bertindak dan tahu tanggungjawab diri. Biru membawa kita menikmati ketenangan mental dan emosi.
Khamis - berasaskan warna pg ( kuning) ptg (oren) ~ Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, kuning akan membantu diri meningkatkan stimulasi mental, membuatkan mental bergerak cergas, pemikiran yang tenang, bertenaga dan bersemangat.
Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Oren juga meningkatkan lagi kekuatan fizikal dan emosional, memberi ketenangan dan meningkatkan tahap tangkulan keinginan.
Jumaat - berasaskan warna Hijau ~ Warna flora dan fauna. Sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lemah lembut dan sedikit sensetif. Didapati klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksima. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Sabtu - berasaskan warna Merah ~ merah melambangkan tenaga, melakukan aktiviti lasak, tubuh badan bertenaga, sentiasa stabil, yakin diri dan mudah mesra. Hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Ahad - berasaskan warna Hitam ~ hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.
so ni sedikit sebanyak info yang boleh dikongsikan hasil rujukan dari pembacaan serta perkongsian dengan rakan-rakan yang menghadiri seminar motivasi.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!
Subscribe to:
Posts (Atom)