Sunday, March 3, 2013

LAHAD DATU, SABAH......

Kronologi Pencerobohan.......



                                                Bagaimana Penceroboh Masuk Ke Sabah?

Inilah persoalan yang sering dimainkan pihak-pihak tertentu untuk menampakkan kononnya kelemahan Pihak Berkuasa negara. Sebenarnya perairan negara di Sabah, adalah jauh berbeza dengan perairan negara di Semenanjung Malaysia. Gugusan pulau-pulau yang beratus buah berdekatan antara satu sama lain termasuk pulau dalam kawasan Filipina serta pantai yang luas, begitu mudah menyumbang kepada permasalahan ini.

Anda salah, kalau anda fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? adakah wajar mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.

Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot-bot kecil yang berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yang luas, tidak mustahil akan ada bot kecil yang bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.

Kumpulan kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yg tahu sudah berapa lama perancangan yang dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.

Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.

Setelah musuh dikenalpasti, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati-hati agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.
 
 
selain itu, sebenarnya saya nak menyeru rakan-rakan bloger supaya bersama-sama menghulukan apa saja bantuan yang dapat membantu satu sama lain. So jom ramai-ramai...ke mana-mana hospital yang berhampiran untuk menderma darah bagi meringankan beban hospital di lahad datu yang kekurangan darah.

 


Friday, March 1, 2013

KESIBUKKAN YANG MELAMPAU

Lama tak dapat update blog ini sebab terlalu sibuk dengan kerja di minggu yang terakhir dan set up untuk kedai baru di mall yang baru buka huhuuh lepas ini memang aku fokus sepenuhnya pada perniagaan la nampaknya. Harap - harap rezeki yang Allah sentiasa ada untuk kami :) Amin...... nanti dah reda semua dan dah stabil perjalanan dan rancangan, saya akan update gambar-gambar kedai dah lokasi ya. Supaya senang siapa-siapa yang nak berurusan. Buat sementara ini barangan yang dijual adalah semua barangan yang ada di SEINDAH KRISTAL MALL dan ada beberapa barangan lagi masih belum di update. Dalam kedai kami pun ada barangan Bundle dari jepun En Suami punya perniagaan :) kebanyakkan bundle jepun ni pakaian baru cuma ada rejet beberapa pekara. InsyaAllah akan di update nanti dalah blog mall.

So akan di update dari semasa ke semasa nanti ya....doakan kejayaan kami :) jom sama-sama berdoa untuk dimurahkan rezeki :)

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh