Lama rasanya tidak berkongsi dan meluahkan perasaan serta menjenguk teratak maya kepunyai sendiri ini. Melihat kepada perkongsian terakhir pun ianya adalah pada Disember 2014. Sudah 7 bulan dibiarkan teratak maya ini sepi tanpa perkhabaran. Tiba-tiba hari ini terdorong untuk menerjah teratak maya ini membuak-buak dan bagaikan banyak yang ingin diluahkan...bertubi-tubi idea dan perkara yang berlumba-lumba keluar dari minda...namun kekangan masa dan sikap "M" yang besar seperti menjadi batu penghalang kepada jari jemari untuk mencoretkan sesuatu. Banyak perkara gembira yang ingin dikongsikan antaranya adalah..
1) Kisah kesayangan hamba....anak syurga mama yang makin membesar bagaikan juara....
Nama diberi Muhammad Amirul Irsyad...bermaksud Cahaya Pemimpin yang memberi Petunjuk
Semasa bayi.... |
Genap Sebulan semasa sampai di rumah baru..
Selepas beberapa minggu tinggal dengan mama dan babah
Dan sekarang anak mama dan babah membesar dengan cemerlang...
Gambar terbaru Irsyad tak sempat pindah dari handphone lagi nanti baru update semula....Now Muhammad Amirul Irsyad sudah berumur 7 bulan 11 hari....tarikh lahir Irsyad adalah pada 23 November 2014 dekat dah dengan tarikh lahir mama iatu 25 November 1983. Babah kata senang dan jimat nanti babah buat sambutan jamak je hahahhah. Ini sedikit perkongsian video anak syurga penyejuk hati mama dan babah ini.
The First Word yang keluar dari muluT Irsyad yang buat babah cemburu...heheheh
2) Kisah kesayangan hamba yang kedua adalah....kisah kekasih hati hamba sendiri en suami...
Ini gambar en suami dengan anak kesayangan dia...namun bukan ini yang ingin dikongsikan...pada bulan mei yang lalu, en suami selamat menjalani pembedahan membuang sebatang jari kakinya yang telah rosak di Hospital Sultan Ibrahim....so sehingga sekarang en suami sedang berehat di rumah untuk proses pemulihan. Harap en suami semakin tabah dan bertambah kuat dalam menghadapi hari mendatang serta kuat untuk membantu proses pemulihan dengan sepat dan menyeluruh. Mama dengan Irsyad sentiasa ada bersama babah dalam susah dan senang.
3) kisah yang ketiga adalah...hoyehh...permohonan pindah saya telah diproses..dan kini saya berada di Batu Pahat...new places new energy...felling positif mudahan-mudahan ianya menjadi pemangkin untuk saya lebih maju dan mencurahkan khidmat bakti serta menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah dalam pekerjaan ini...so rasanya sampai disini sahaja dulu perkongsian..insyaAllah ada rezeki kita bersua lagi...doa saya untuk kalian dan diri saya sendiri juga..supaya mencapai apa yang dihajati dan sentiasa dibawah lindunganNYA...AMIN....