Thursday, December 14, 2017

HEBATNYA KEHIDUPAN SEORANG WANITA

"HEBATNYA KEHIDUPAN SEORANG WANITA" satu ungkapan yang aku sendiri menyanjung, mengerti, merasaai dan memahami wahai sahabat..wahai kesayangan..wahai wanita..wahai empunya diri..wahai sang gerangan pemilik hati...mengapa ianya terjadi..bila mana perkara ini berlaku kepada klien aku bisa menyokongmu seteguh akar menaung pepohon. Namun jika ianya berlaku dikalangan sahabat kesayangan..saudara kesayangan malah jika berlaku pada diri sendiri mana mampu aku menahan gelodak jiwa..tertumpah juga air di kolam mataku. Duhai sahabat aku doakan kalian sentiasa didalam lindungan Allah dan sentiasa dikasihi Allah...agar air jernih yang turun ke pipimu itu menjadi penghapus kesakitan yang mengcengkang jiwamu sahabat.

sesungguhnya aku juga seorang wanita yang merasai apa sahaja yang kalian rasa..dalam sendu kalian ada kalanya juga terbit sendu dari diri ku ini...perjalanan hidup kali aku lalui satu ketika dulu bersama-sama..cuma mungkin aku nampak berdiri tegak tanpa goyah demi kalian yang menjadikan aku pohon untuk berpaut. Hingga kini kalian masih tidak terlihat dan aku masih mampu tidak melihatkannya kepada kalian kerana aku nak kuat untuk kalian. Satu persatu kalian menghadapi kehebatan dugaan seorang wanita..aku sebenarnya kagum dengan kalian. Yang mana aku sekarang tidak bisa pertahankannya. Mengapa tegar mereka membunuh kalian dalam kesenyapan dan tingkahlaku mereka apa lagi yang mereka cari??? Wahai suami..saat dirimu melafaskan akad menjadikan wanita itu sesuatu yang sah..banyak janji-janji yang kamu telah lafazkan...ianya bukan lah janji emas permata mahupun wang ringgit atau shoping di lazada gamaknya...janjimu untuk membawa wanita itu iatu isterimu bersama-sama ke jalan Allah bahagia bersama atas rahmat Allah membina keluarga ke jalan Allah. Wahai suami ianya adalah tugasmu menjadikan sekuat mana isterimu, sedegil mana isterimu, semanja mana isterimu dekat kepada Allah. Sebabnya selepas akadnya dikau lafaz maka terlerailah tanggungjawab sibapa memikul segala beban dosa dan pahala si anak dan ianya bertukar ke atas bahumu wahai suami. Sebagaiman yang kamu kehendaki sebegitulah jualah kamu perlu pimpim isterimu menjadikannya bidadari syurgamu. Bukannya bila sudah tidak disukai...cari lain, yang lain yang menepati mata dan citarasamu kononnya...tanpa kamu mahu perbaiki apa yang ada dihadapan matamu...sebab apa..sebab perwatakannya dan personalitinya adalah bergantung pada didikanmu. Elok didikanmu maka elok jua zahir yang terbentuk jika buruk didikanmu maka buruk juga yang terbentuk..jangan mengeluh akan siapa dan bagaimana isterimu kerana ianya apa yg kamu hasilkan. Wahai suami jangan satu saat bila hati itu tidak lagi ada untukmu baru kalian mahu sedar dan baru kalian mahu menangis. Tidak akan ada gunanya bila hati seorang wanita sudah nekad dengan keputusannya. Jika ada pun mungki hanya tersisa tanggungjawab dan kasihan akan dirimu, itu juga bergantung pada nasibmu sejauh mana ianya berlaku atas izin Allah.

 “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk, ia tidak bisa lurus untukmu di atas satu jalan. Bila engkau ingin bernikmat-nikmat dengannya maka engkau bisa bernikmat-nikmat dengannya namun padanya ada kebengkokan. Jika engkau memaksa untuk meluruskannya, engkau akan memecahkannya. Dan pecahnya adalah talaknya.”(HR. Muslim)


Pada wanita di luar sana teristimewa sekali untuk sahabat-sahabat kesayanganku yang sering kali terkecewa dengan apa adanya dugaan kehidupan sebagai wanita..aku doakan kalian tabah sekuat mujahidah berpasak di medan perang kerana kehidupan kita juga sudah menjadi medan perang dalam memerangi jiwa dan perasaan kita. Moga kalian tabah dan carilah aku jika kalian perlu..carilah seseorang jika kalian tidak lagi padu. Salam sayang dari Mama Zue

nukilan khas buat semua sahabat.....


Hingga masa menemukan kita selagi itu aku sayang kamu sahabat kerana Allah telah temukan kita dan kita sama-sama rasa akan hebatnya kehidupan seorang wanita itu. Dedikasi Khas buat sahabat bernama Rehan dan juga Fara ~ i love u so much friends.....




Wednesday, December 13, 2017

LAMA MENYEPI

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua sahabat di alam maya...lama sungguh rasanya tidak menjenguk, tidak menulis, tidak membelai dan tidak mengemaskini blog kesayangan saya ini. Bukan tiada kehidupan atau tiada cerita di sebaliknya. Namun terlalu sibuk dan terlalu banyak yang berlaku sehingga tidak pasti sama ada ingin mengingati, melupakan, mengabadikan atau pun mahu menyembunyikan ianya dari nafas-nafas hela yang panjang. Terlalu banyak suka duka, terlalu banyak hiruk pikuk, terlalu banyak ranjau dan onaknya membuatkan hela nafas ini seperti tersangkut-sangkut untuk dilalui. Namun begitu kehidupan harus diterusakan dan ianya adalah lebih sukar untuk diri ini kerana apa yang terjadi dan apa yang berlaku harus disembunyikan dan yang harus dipertontonkan adalah kekuatan, kegembiraan dan keselesaan sebagai salah seorang yang menjadi tontonan dan tauladan untuk semua mata-mata yang memandang serta jiwa-jiwa yang mengkagumi. Kekuatan diri ini membawa kekuatan untuk seluruh mata-mata dan jiwa-jiwa yang memandang. Jadinya aku sendiri kena kuat!!! Ye dan sesungguhnya aku sememangnya seseorang yang kuat dan terlalu kuat dalam menghadapi apa yang aku jalani sepanjang kehidupan ini dengan sebab itu Allah takdirkan aku dengan dunia aku sekarang ini #ilovemyjob....teringat dengan rakan-rakan sepejuangan...rakan-rakan kesayangan semasa masih dalam kelompok Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semasa di Universiti dulu semua antara kami ada suka duka yang terlalu mencabar sehingga kami mampu berada di tahap kami ketika itu dan sehingga kini ukhuwah itu masih terjalin...terlalu banyak yang nak di coretkan..terlalu banyak yang ingin di kongsikan..namun aku sendiri tidak tahu di mana harus aku mulakan..so untuk permulaan ini aku hadirkan pembelah semangat ini sebagai mukadimah terlebih dahulu bagi menyongsong semangat terus menulis. Tahun 2017 bakal menebarkan tirainya dan tahun 2018 seperti tidak sabar terjengah-jengah mahu menunjolkan dirinya. Adakah apa yang kita rancang, apa yang kita impikan dalam tahun 2017 terlaksana?? Bagaimana pula dengan perancangan dan azam tahun 2018 dah bersedia tidak untuk ditebarkan??? So jom kita mula merancang sekarang ini...emmm untuk hari ini saya rasa setakat ini dulu mukadimah menarik tenaga untuk menulis dan menukilan semula di blog ini..April last update..now disember pemalas ya i ollss nak update hahahha..so harap dapat bersua kembali dan berkongsi dengan lebih mantap....salam sayang dari saya "Mama Zue"


Tuesday, April 4, 2017

IKLAN TANPA HAD


  • Kini peluang anda untuk pasarkan Produk atau promosikan perniagaan anda TERBUKA LUAS. Dengan adanya laman web www.IklanNiaga2u.com, ianya sangat membantu anda untuk MUDAH mempromosikan produk anda.

    Tidak perlu kepakaran IT yang tinggi, anda telah boleh memulakan perniagaan online anda di laman web ini.

    Setiap IKLAN ANDA mempunyai link tersendiri, memudahkan anda SHARE kepada kawan-kawan anda melalui Whatsapp atau Facebook. 
  •  Antara punca kegagalan perniagaan dan jualan adalah disebabkan GAGAL menjalankan aktiviti promosi dengan jayanya

Jangan tunggu lagi... inilah peluang TERBAIK anda. Modal sekali jer...Income berkali-kali.. Tanpa HAD... Terus masuk ke akaun anda. Takde orang tengah.
 Boleh beriklan sampai lebam hehehehe dengan sekali bayaran seumur hidup
nak ke nak????
 

Cepat sebelum orang lain taja anda. Kami juga sediakan Whatsapp Group untuk membantu anda mempelajari cara menggunakan system dan mempromosikan perniagaan anda.


Monday, April 3, 2017

*JAMU SURE KENCANG 100% ASLI*
💐Sukatan atau cara meminumnya:

☘Goncang sebelum minum.
☘ Minum pada waktu pagi sebelum sarapan @ malam sebelum tidur dalam 40ml.
☘ Boleh diambil 1-2 kali sehari.
☘ Minum air suam sekurang-kurangnya 3 liter untuk kesan yang terbaik.
☘Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.
☘1 botol utk 10x minum.

*Cara Penyimpanannya:*
🏵Dalam peti sejuk / chiller
🏵Jangka hayat selepas dibuka 2 minggu atau lebih (sebulan)..kerana tiada bahan pengawet.

 💐J A M U ◎ S U R E ◎
 K E N C A N G💐

    👠RM20/BOTOL sm
     👠RM25/BOTOL ss

📌Jamu Homemade, Asli dan Tiada penggunaan pengawet

📌Rasa Jamu SK sedap,rasa kehadiran temulawaknya dan InsyaAllah tidak pahit.

🏵boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat, yang sudah akhil baligh.
.
🏵bahan-bahan : temulawak, halia, kunyit, asam jawa, gula perang, daun pandan, limau, garam gunung, serai wangi & herba-herba terpilih..

Nota penting📒
📌Boleh diambil ketika haid
📌Efek mungkin berbeza bagi setiap orang/individu ianya mengikut penerimaan badan masing-masing
📌Sila minum air yang secukupnya (2 liter)
📌Wanita mengandung tidak digalakkan minum

*** Ingat ya, kuasa penyembuhan dengan izin Allah dan kita hanya mampu beriktiar ***

 *KEBAIKAN JAMU SURE KENCANG*

 ☘ Membantu mengurangkan angin di seluruh badan- dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
☘ Merawat bengkak-bengkak sendi dan otot- Campuran pada rempah juga sesuai bagi  ibu dalam pantang selepas bersalin bagi merawat urat saraf yang tegang
☘Memudahkan dan melawaskan pembuangan air besar serta masalah bkaitan penghadaman dan sistem buangan.
☘ Mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan- Membantu melancarkan peredaran darah dan mengecutkan Rahim.
☘Mengatasi masalah keputihan serta masalah wanita bkaitan rahim juga
Merawat masalah senggugut
 ☘ Membantu mengurangkan rasa stress.
 ☘  Mengatasi alergi pada kulit,Menghaluskan kulit,menghangatkan badan,menghilangkan bau badan dan meringankan badan.mengurangkan sakit kepala.
 ☘ Menghilangkan Jerawat-kulit halus boleh berubah menjadi mengerikan jika ditumbuhi jerawat.
☘ Mengencangkan Kulit. Ia merupakan satu pakej yang tak terpisahkan agar terlihat cantik dan menawan luar dan dalam.
☘ Menjadikan kulit lebih bersih bercahaya rapi dan berseri serta mencerahkan kulit.
🍀 Anti penuaan dan menegangkan serta memantapkan aset yang kendur.
☘ Bertindak sbg milk booster.
🍀Menambahkan stamina sesuai bagi yang bekerja lebih masa.





Sunday, February 26, 2017

KEMURUNGAN SATU PERSOALAN.....

Tergerak mengeluarkan artikel khas berkaitan dengan persoalan yang pembaca blog saya utarakan supaya lebih jelas dan membantu pemahaman kita dengan lebih baik berkaitan gejala "KEMURUNGAN".





Kemurungan boleh berlaku bila-bila masa terutama sekali bila seseorang itu telah di dignosis memang mengidap kemurungan. Kadang kala walaupun sudah mengambil ubat namun apabila tahap kemurungan yang ada meningkat kerana sama ada tidak dirawat atau tidak mendapat sokongan untuk pemulihan makan tahapnya akan meningkat dan ubat yang sedia ada sudah tidak mampu untuk mengawal mahupun menenangkan mereka.

Kemurungan sering disalah ertikan sebagai bersedih. Maka, mereka yang mengalami kemurungan disalah anggap dengan konotasi yang negatif seperti tidak pandai mengurus emosi, lemah dan mudah putus asa. Ini bertentangan sama sekali dengan hakikat sebenar kemurungan. Ia merupakan suatu penyakit yang mempunyai asas biologi yang terbukti jelas. Perubahan emosi seperti kemurungan, hilang semangat, putus asa merupakan hanya sebahagian gejala-gejala yang sebenarnya merupakan manifestasi perubahan kimia dalam otak, perubahan hormon dan pelbagai perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh badan.
Kemurungan menyebabkan gangguan fikiran, gangguan fungsi tubuh seperti tidur, selera makan, tenaga, seksual dan pada keadaan yang teruk boleh menyebabkan hilang pertimbangan rasional.
Kajian terkini oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar kemurungan di kalangan rakyat Malaysia ialah di antara 8 hingga 12 peratus (Ng, 2014). Di antara mereka yang berisiko tinggi ialah wanita dari kalangan sosioekonomi yang mencabar serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan fizikal yang lain.
Sementara itu, kajian oleh Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia pada tahun 2014 mengenal pasti beberapa risiko lain seperti kerisauan, masalah di tempat kerja yang serius, masalah keluarga, keganasan rumahtangga, personaliti yang kurang keyakinan diri, masalah kewangan dan penyakit kronik (Maideen, 2014).
Kemurungan yang tidak dirawat bukan sekadar memberi kesan kepada individu tetapi turut memberi kesan kepada ahli keluarga, kerjaya dan masa depan. Sebagai contoh, ibu yang mengalami gangguan kemurungan pada fasa selepas bersalin akan memberi impak kepada bayi dan mengakibatkan bayi terdedah kepada risiko keselamatan serta risiko mendapat gangguan mental di masa hadapan.
Bagi ahli keluarga atau masyarakat yang tidak memahami sepenuhnya berkaitan dengan kemurungan ini dan cara membantu atau memberi sokongan pemulihan pada mereka, sememangnya amat sukar dan kadang kala ianya boleh mencetuskan stress pada orang terdekat yang menguruskan mereka. Namun bersabarlah terhadap apa yang dihadapi kerana jadinya perkara bergini keatasnya adalah dugaan bagi kehidupannya. Manakala madirnya mereka di dalam kehidupan kita adalah ujian untuk kita lebih detak dengan Allah serta memahami kehidupan dan manusia itu sendiri.
Biarpun bukan semua kes kemurungan bermula dengan punca stress yang spesifik, namun menangani stress dan konflik dari awal merupakan langkah pencegahan yang efektif. Setiap individu harus mengenalpasti punca stress masing-masing dan mengenalpasti kaedah terbaik menanganinya.
Adakah pegangan agama meberi sebarang impak kepada kemurungan? Kajian oleh Miller et al (2010) selama 10 tahun mendapati pegangan agama merupakan faktor pelindung yang kuat bagi mengelakkan seseorang mengalami kemurungan. Kajian oleh Zuraida et al (2007) dan Abu Talib (2015) juga mendapati pegangan agama sebagai antara faktor pelindung kepada keinginan membunuh diri.
Kajian-kajian ini tidak bermaksud mereka yang mengalami kemurungan adalah kerana kurangnya pegangan agama. Namun titik penting yang perlu difahami ialah memiliki kekuatan rohani dan spiritual, dalam kontek agama merupakan asas penting dalam meningkatkan daya tahan individu dari kemurungan.
Ini lebih relevan terutama dalam kes yang melibatkan punca stress yang spesifik seperti masalah peribadi, percintaan, rumahtangga dan kewangan. Dalam hal-hal seperti ini, penyelesaian dari perspektif agama perlu bagi memastikan seseorang tidak mudah putus asa dan melihat krisis yang dialamai dalam perspektif buruk semata-mata.
Perasaan mahupun emosi orang kemurungan bukan dibuat-buat kerana kadang kala mereka sendiri tidak sedar tindakan diluar kawalan mereka. (contoh seperti kes ibu kelar anak umur 2 bulan di kelantan baru-baru ini) Mereka hanya akan sedar selepas tingkah laku itu dilakukan dan apabila emosi mereka reda kepada sedia kala. Kadang - kala tidak perlukan perkara atau peristiwa besar pun untuk mencetuskan emosi tidak terkawal mereka. Kadang kala hanya dengan pandangan ataupun hanya dengan pemikiran mereka sendiri yang akan mencetuskan perbuatan mahupun reaksi tidak terkawal. 
Sebagai orang yang berdekatan dan rapat dengan mangsa apa yang boleh dilakukan adalah terus menyokong dan memberi semangat untuk mereka pulih. Sentiasa berfikiran Positif dan mempositifkan pemikiran mereka walaupun kadang kala ianya melibatkan hal-hal yang tidak masuk di akal. 
Terdapat beberapa cara mengatasi kemurungan mahupun membantu orang yang kemurungan.
1) Rehat dan sokong
sama seperti penyakit lain juga, kemurungan memerlukan masa rehat dan penting ahli keluarga memahami penyakit ini dan peranan masing-masing dalam memudahkan pemulihan. Sokongan rakan sebaya atau berbual dengan mereka yang pernah mengalami penyakit yang sama boleh menyemai harapan dan memberi pemahaman yang lebih baik.
2) Pemakanan
Pemakanan boleh membawa perubahan besar kepada emosi. Antara perkara-perkara penting dalam pemakanan ialah :
  • Hadkan pengambilan lemak, gula dan alkohol
  • lebihkan buah-buahan dan sayuran
  • minum banyak air
  • kurangkan pengambilan snek dan minuman ringan
  • elak makanan bergoreng dan berlemak tinggi

 3) Senaman
Senaman membantu untuk mengeluarkan hormon endorfin. Salah satu fungsi endorfin ialah mengurangkan sakit yang mungkin dialami oleh badan dan meningkatkan keceriaan.
Apabila perhatian tertumpu pada senaman, kebimbangan harian akan dilupakan. Melepaskan minda dari belengu memberikan kerehatan dan membawa perubahan besar pada minda. Berjoging atau berjalan-jalan ditaman juga amat baik kerana memberi peluang mensyukuri nikmat Allah, menengkan fikiran serta memberi peluang badan mengambil oksigen yang lebih bersih dan baik.
4) Terapi Altenatif
  • Latihan pernafasan dan relaksasi
  • latihan mengawal fikiran yang bercelaru

5) Ubat anti depressant perlu diambil dalam jangka masa yang lama. Ia boleh bertindak sebagai anti anxiety dan ia tidak menyebabkan ketagihan. Ubat ini terdiri daripada Fuloxetine, Sertraline, Venlafaxine, Amitriptyline. Dapatkan nasihat doktor pakar berkaitan ubat yang bersesuaian supaya ianya selari antara ubatan dengan pemulihan secara semulajadi. (*ubatan hanya membantu secara luaran sahaja..jiwa dan minda harus di rawat dengan tingkahlaku dan pemikiran sendiri serta sokongan orang terdekat)