Wednesday, April 21, 2010

SESEORANG MEMOHON BELAS KASIHAN DR ANDA!




Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawaanak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. 

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com
 
malangnya ... apabila UJ guna email ni selalu nya failure notice...tapi kalau ade apa-apa yang ingin disampaikan boleh lah emailkan kat UJ .. nanti UJ forwardkan kepada rakan beliau yang boleh menyampaikan kepada beliau.. ni alamat email UJ 
jsj1199@yahoo.com 

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut. 
ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU. 
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin. 

harap dapat berikan komen anda semua agar saya dpt forwardkan kepada beliau...sekurang-kurangnya kata-kata anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya..insyaAllah... 

Perkahwinan jarak jauh (Part 1)


Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!




    • Kenyataan asal saya tidak meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang tidak baik.  Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak baik.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]

rujukan dari blog ~http://saifulislam.com

Em bercerita ttg perkahwinan jarak jauh (PJJ) susah gak nak ungkap cm2 ner pun. Btw, aku kagum dengan org yang boleh mengekalkan hubungan PJJ ni em mmg mantap. bukan senang nak capai kebahagiaan ni. Dalam mencapai kebahagiaan yang jitu & berkualiti, mesti perlu ada pengorbanana klu tak banyak pun sikit2 tu mesti ada. Kalau diikutkan dalam keadaan aku ni banyak pengorbanan yang aku telah buat, memandangkan aku memikirkan yang aku tak mampu nak bagi komitmen PJJ ni so aku ambil keputusan meningalkan kerjaya, kemewahan dan segala kegemaran aku untuk berpindah dari Terengganu ke Johor Bahru untuk berada disisi suami. Mula-mula tu sangat sedih cos terpaksa meningalkan kerjaya yg aku teramat la suka n sayang apatahlagi ketika itu aku mendapat surat kenaikkan pangkat, gaji n yg paling penting opis baru huhuhuhu dalam masa yang sama, aku terpaksa meningalkan rumah felo yang diberi universiti kepada aku yang serba lengkap. Namun demi suami aku redha membuat pengorbanan yang besar dan sekarang ni balasan Tuhan yang diberikan atas pengorbanan aku. Aku mendapat seorang suami yang penyayang walaupun tegas n aku bahagia sangat hidup denganya. so pada saper2 yang masih menjalankan kehidupan PJJ ni kene banyak2 bersabar sgt2 aku pun ada kwn2 yg hidup PJJ so mrk banyak berkongsi masalah ngan aku ni. apa2 pu aku akan update Perkahwinan Jarak Jauh part 2 ni untuk semua nanti cos aku skrg ada kerja ckit. aku banyak nak kongsi ni cos pengalaman diri sendiri, sahabat handai dan dr pembacaan aku kat artikel2 moga2 dapat membantu kawan2 lain dan dapat berkongsi maklumat.







heheheh yg ni junior aku. yg best nya mrk ni tak lama lg bergelar ibu n ayah hidup PJJ gak cuma tak sempat nak update story dia org ni. ( sori leman & nadia ) pinjam gambar :P 

ha yang ni bdk nakal dr kmpulan kami (heheh sori cak) yg ni aku tabik habis kawan dr sekolah tu heheheh bercinta jarak jauh demi mengejar cita-cita banyak halangan n dugaan heheheh akhirnya kejinjang pelamin jua.

so hinga ketemu lagi k layanzzzzz

Tuesday, April 20, 2010

I like this song!

Banyak maksud ter sirat dr lagu ni. aku ske sangat bila menghayati & mendalami lagu ni terasa sedih n sayu. bertapa bersyukurnya aku sebagai seorang islam. sebelum ni aku hanya mengangap lagu ni mcm lagu2 biasa cos maybe aku tak ambil port sangat tp lepas aku hadiri satu cos yg didatangkan khas oleh bos takaful aku dr Johor bahru, baru aku sedari lirik ini menyentuh jiwa & rohani andainya kita menghayatinya betul2. tapi yang tak blh lupa penceramah tu sempat la pulak wujudkan kenangan tak blh lupa aku heheheh. mula2 dia bahasakan diri dia ABANG! pas tu tibe2 ia cm tersentak br ia tnya aku dah kawin ke belum? heheh bila bgtau dah kawin jer terus jd formal heheheh so maksud tersirat kat cni aku ni masih nampak muda lg la heheheh cm tak kawin lg awu! heheheh ada pasaran lg heheheh tp yg pasti i love my huby sgt2 :P so member2 yg kenal aku don't worry k. i dah jumpa MR RIGHT i so i akan setia heheheh. oopp! lupa cerita heheheh makcik tukang urut yg jual minyak angin tu pun ingat aku bdk2 sekolah lg tau heheheh ada ke patut dia dtg guma aku ia ckp nak jumpa mak, mak ada tak? heheheh aku tak salah la kan mak aku mmg tak duduk ngan aku so aku jwb mak tak de heheheh betape awek mudanya aku ni heheheh huby aku panas jer heheheh. btw jom kita kongsi n hayati lagu ni sama2 aku wat lagu ni jd tema blog biz aku so klu nak dgr lg ni g la blog biz aku tu eh heheheheh ni lirik aje. selamat menghayati muahs! dari mama zue :P

Bila Diri Disayangi 

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

BONUS, BONUS, BONUS HUHUHUHU

huhuhuhu seronoknya tgk org dapat bonas huhuhuhuhu nak bonus gak chayok2 nak bonus gak ntt. bukan ckit2 bonus tu huhuhuhuhuhu :p

Sunday, April 18, 2010

My Hero


Heheheh this is my hero. I love him very very very much. I Tujukan lagu ni khas utk MY LOVER walaupun mungkin dia jarang tgk blog i ni heheheh but my blog is my place tu story my life. I love him very much MUAHS SYG MOHD HANIF BIN NAWAWI! MY HERO!










Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti



Meski

Pagi itu menatapi

Akan sunyi tanpamu

Menemani aku sepi

Tanpa..

Cintamu aku resah

Tanpa..

Kasihmu aku hampa

Tanpa..

Dirimu aku mati

hohoo.....



Kini benar-benarku rasakan

Dalam benuk hatiku tanpamu

Ku tak mengerti

Takut

Takut jauh dari dirimu

Kan kau tinggalkan aku sendiri

Tanpamu ku mati

Hohoo…



Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti