Thursday, February 3, 2011

IMPIAN DARI KECIK ~ Zoo Johor ~

Emmmm menghabiskan hujung minggu dengan huby. dah lama rasanya tak habiskan hujung minggu dengan huby cos masing2 sibuk memanjang cm cti raya cina ni pun huby dah cti dulu. dia cuti aku keje sampai tak balik guma. now aku cti dia pulak kerja huhuhu. Emm sbnarnya aku nak cerita pasal jalan2 ke zoo ngan huby aku ni. seronok yang teramat sangat cos salah satu dr impian aku sejak kecik2 tercapai huh aku nak pegang harimau atau singa. bukan setakat nak pegang2 malah aku dapat usap2 n main kaki dia yang lembut tu. kalau ikutkan hati aku nak je peluk2 n guling2 dengan dia huhuhu mcm aku guling2 dengan kucing. singa ni namanya exora umur br 8 bulan. tp cukup baik klu kita baik dengan dia. mula aku gerun gak cos keluarga sebelum aku tu exora marah sangat dekat anak perempuan dia sampai tak mau ambik gambar huhuhu exora tengok jer muka anak perempuan dia yang becok tu huhuhuhu bila bdk perempuan tu nak masuk dlm gambar tu exora bangun sampai penjaga dia terpaksa tinggikan suara dan bdk perempuan tu kn dok jauh dr exora dlm gambar tu huhuhuhu. tp bila tibe turn kami aku tgk exora manje n aku blh belai2 dia. lama gak jarak masa aku fikir nak ambik gambar dengan exora sbb tkt tgk dia dgn keluarga sblm aku tu huhuhu. aku tgu sampai org tak de br aku ngan  huby ambil gambar heheheh. Exora manja sangat.


ni masa mula2 huhuhu muka nampak cuak lg heheheh


emmm aku ada dapat 1 gambar yang di print. tu gambar yang paling2 cool aku ada heheheh.
so ni exora dengan aksi2nya.


emmm dapnyer!


kdg2 tgk mcm gaya2 kucing aku hahahah


heheheh exora jelir lidah. post maut ni hehhehe


gigit selipar!


lebar sangat senyuman exora di belai gadis-gadis ni heheheh


masa untuk mandi. Exora mmg budak baik : )

so yang selebihnya ni gambar jalan2 sekitar zoo johor hehheh


ni masa pertunjukan burung nuri. sangat pandai belakon hahahha


haiwan comel kat zoo jb


harimau tak leh pegang heheheh


sedang bersantai


ha ni yang paling lawak. tak tau dok diam berjalan jer. nak dijadikan cite kasih suami nak tolong isteri sbb nak tangkap gambar heheheh dia julurkan payung dia tu hahahah tibe2 org Zoo tu jerit2 ingat laki aku nak cucuk binatang tu huhuhuhu. huby aku bukan zalim sangat la bro Zoo heheheh nampak jer cm nak juluk tp sbnrnya dia bg haiwan ni tgk payung hehehhe. wlpapun mmg best luangkan masa dengan huby cos dah lama sangat tak kuar bersama2 huhhuhu. Huby tq bawa jalan2 zoo hehheheh
last but not least tq untuk En. Rahmat Samat cos ambilkan gambar kami n sumber untuk gambar2 yang lain.














Wednesday, January 26, 2011

ME, MY HUBY N CATS PART 2

Dapat gak akhirnya aku nak menyambung story ni. sori la pd rakan2 yang tertunggu2 gambar2 kucing aku. bukan apa bz sangat cos Dato' Ketua Pengarah nak dtg lawatan tpt kerja aku banyak sgt persiapan n protokol yang negeri aturkan. semalam semuanya selesai n ari ni aku tak larat so aku mohon cuti. Tp the best part is, ramai org puji opis cantik n kemas huhuhuu aku n azian sampai pukul 3 pagi kerjakan opis tu nasib ada adik mucuk amir siap belikan air hehehhe. N yang paling penting my huby dia teman kami sampai tertido2 dlm opis aku heheheh.So biar aku sambung dulu kisah kucing2 aku yang tersayang ni.

Ari tu dah story pasal Tushee, Kutip, Opet, Musu, Tini dan Tommy. So skrg ni aku start dgn belang yg ni paling manja dengan aku. Blh tido ngan aku n pandai kiss pipi aku heheheh.


ni belang dia aje yang pandai duduk mcm tu. tp belang ada penyakit yang selalu ker dia dapat. dah banyak kali bawak g klinik. penyakit ni dia dapat masa seminggu dia hilang dr rumah. kami ingat dia dah mati gak ti lepas seminggu dia balik macam org ketakutan. belang selalu kene batu karang, bila bwk klinik dr kata dia selalu stress. kucing2 lain dok buli dia.


ni masa dia sakit sampai kena masuk tiup untuk keluarkan air kencing. ubat jgn ckp ckit punya banyak kn makan.


cyan si belang.


ni pulak si atan. paling manja juga dulu. badan dia panjang n ekornya pun panjang mencecah tanah mcm ekor harimau. tp syg idup tak lama. pindah rumah baru dia mati kena langar. seminggu sebelum dia mati dia hilang dr rumah. tp dia balik n manje2 dengan kami tibe2 jiran ckp jumpa dia mati kena langar.


atan tidur macam2 gaya.


ni pulak adik kecik nama dia (dah tak tahu nak bg nama per hahahah) ni kami selamatkan dia kesejukan depan rumah aku. sampai ati sape tah buang budak kecik ni saje tanpa ibu dia. adik kecik pun menyusu tini.



adik kecik pandai dan manja jugak tp hidup tak lama. mati sebelum pindah rumah baru.


ha yang ni jgn silap pandang heheheh yg ni budak hitam. yang ni huby ambil dekat tempat kerja cos dia selalu jer ikut kaki huby. ni pun sempat jaga sekejap jer. dia manja sangat dan comel sangat. Budak Hitam mati kena langar gak. budk hitam sakit mata bawak g klinik dr kata kn wat pembedahan buang mata tkt kuman menyakit dkt sistem otak pulak. so huby dah tempah tarikh pembedahan dah pun byr deposit RM100, sehari sebelum pembedahan, bdk hitam kene langar. aku tak sempat jumpa cos aku kat nilai kursus huhuhuhu rindu bdk hitam.



yang sedang menjilat2 tu manja namanya. manja anak tini, manja mereke ni semua adik beradik. yang belang2 hitam tu adakah belang bdk yang selalu sakit dan dia sakit time2 mama or papa dia gaji je heheheh (cm tau2 jer) dan yang 2 ekor lagi tu kasih n boboy. kasih dan boboy mati cos sakit deman berkuman. masa mereka sakit tiap2 hari aku kena mop rumah dengan clorok cos tak nak ada jangkitan pd yang lain. sedih sangat masa mereka mati. dan yang terakhir sekali bdk 2 ekor anak manja, bella dan tompok. gambar mereka tak de lg cos mereka bdk kecil yang aktif. maybe akan di story kemudian heheheh.

so sebenarnya jumlah aku membela kucing semuanya adalah 15 ekor (ingatkan 14 ekor) hehheh

Tushee, Tommy, Manja, Kutip, Belang, Kasih, Opet, Atan, Boboy, Musu, Adik kecik, Bella, Tini, 
Bdk Hitam, Tompok. 

Inilah kehidupan aku, huby n kucing2 kesayangan kami. so sekarang yang tingal hanya Musu, Tini, Tommy, Belang, Manja, Bella, Tompok.










Sunday, January 16, 2011

ME, MY HUBY N CATS PART 1

Emmmm lama dah nak wat entri ni, bukan apa rindu sgt2 dekat mama Tushee emmm umur dia sebaya dgn umur perkahwinan aku n my huby. cos huby bwk balik dia masa kami br mula2 kawin dulu masa tu Tushee kecik lg. huby selamatkan dia n dia lah peneman aku bila huby kerja mlm or OT or outstation. Tushee sangat pandai dan dengar kata. Sangat2 rindu pd Tushee cos tushee mati seminggu kami berpindah ke rumah baru. mati kena langar huhuhu aku dah tak de daya nak tgk dia jahat org yg langar dia tu kat kwsan rumah kat kuartes pun nak bawak laju2. Emmm Tushee hanya tingal gambar dan kenangan.


tushee nak dok dlm bakul gak.



nak gak terkuar pale pun tak per la


duduk dlm tu sampai tertido heheehh


tushee masa lahirkan anak. Ni la pertama n terakhir dia bunting cos lepas dia lahirkan anak, dia sakit n sistem peranakan dia dijangkiti kuman so kena opration buang peranakan klu tak blh membawa maut. So dia dah tak boleh mengandung lg. Anak dia ada 3 mula2, tp yang 3 warna(jantan) tu mati dulu cos tak dapat fight hidup. so tingal opet n musu. opet hilang and now tingal musu kesayangan kami.


yang tengah2 tu yang 3 warna.


tushee baik selain tu dia ada susukan kutip (yg putih tompok itam 2) kutip dtg rumah masa tu kami dah nak tido pukul 12.00 malam bising2 depan rumah. rasanya ada org buang. kami kesian, kami ambil bela. mujur tushee syg dia n bagi susu sekali. Yg besar ckit tu, tini huby ambil dekat tpt kerja dia gak selamatkan n jaga.



ni semua bergelimpangan. yang putih kuning tu tommy namanya.


tommy jadi bantal jap. sebelum tu, tommy n tini membesar pun menyusu dgn tushee. besar sgt jasa tushee.


ni opet n musu. opet cacat ckit cos mata dia ada selaput tp dia aktif. kami dah plan nak opret mata dia buang selaput tp tak sempat dia dah hilang dulu.




emmm kutip, musu n opet. Kutip mati dekat klinik, sakit cos keracunan makanan. aku tak tau la manusia jenis apa yang blh meracun kucing. kami dah cube sedaya upaya untuk menyelamatkan kutip. dia duduk wad 1 ari then esoknya dia disahkan mati. kutip pun pandai n comel.

ni kutip dengan aksi2nya


kutip jer yang blh wat benda ni cos ekor dia panjang


 ni masa dia dah besar ckit


kutip yang manja


 tp antara bertiga musu sorang jer yang hidup sampai sekarang.


ni musu masa kecik comel sangat.


ha ni gambar dia yang terbaru. dia ikut baka mak n bapa dia mmg baka besar.


emmm ni taiko kesayang aku n huby. sedap di peluk2 n manja.


makan memilih hehehh berat lebih kurang 9 kilo.



kat muka tu luka akibat bergaduh.



beza dulu dan sekarang. kami tak jangka dia akan membesar sampai mcm tu sekali tp kami syg musu sangat2. Emmm ok lah aku rasa setakat ni dulu utk part 1. untuk pengetahuan dulu aku n huby bela 14 ekor kucing tp sekarang tinggal 8 ekor. So cerita yang lain2 akan disambung dalam part 2 ok frendzzzz. hope u all enjoi wit my photo, my life, huby n our cats.