Tuesday, June 5, 2012

PROMOSI SEPANTAS KILAT!




CEPAT REBUT PELUANG YANG JARANG


DATANG..... HARGA RUNTUH ANDA MAMPU MEMILIKINYA :)

DEMI YANG TERSAYANG... BELUM CUBA BELUM TAHU :p CEPAT SEBELUM 


TERLAMBAT... ANDA PASTI MENYESALINYA :))) SILA LAYARI.....

https://www.myosiaffiliate.com/harmony/redir.php?oid=1050_1

Saturday, June 2, 2012

KEBAHAGIAAN MILIK BERSAMA :) * Untuk Pasangan Berkahwin Sahaja :P

https://www.myosiaffiliate.com/harmony/redir.php?oid=1050_1



Cumbu asmara dengan suami tercinta, selain mengeratkan kasih dan rumahtangga yang bahagia sebenarnya turut menyimpan faedah kecantikan yang bernilai.....



Menurut kajian, hubungan ranjang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu mampu memudakan wajah anda empat tahun daripada usia sebenar, meningkatkan keimunan tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

ANDA LEBIH CANTIK
Kajian mendapati bahawa hubungan intim yang sihat berkesan untuk memperlahankan penuaan. Malah selain perubahan fizikal, minda juga kembali tenang dan bebas daripada tekanan.

"Orgasma sewaktu berasmara akan membebaskan betaendorfin iaitu sejenis painkillers semulajadi tubuh. Begitu juga dengan prolactin untuk merehatkan diri serta oxytocin yang membuat anda rasa ingin selalu dicintai. Saat klimaks, hormon-hormon ini akan mengalir ke seluruh tubuh lantas memulihkan kerosakan sel kulit akibat lembayung ungu atau pencemaran." Terang Pakar dermatologi, Dr Amy Wechsler. Jelasnya lagi, seks akan membantu memulihkan struktur kolagen yang lemah selain merawat molekul-molekul inflamasi pada kulit matang.

KULIT LEMBUT
Bayangkan betapa cantiknya wajah Anda selepas berasmara dengan suami...pipi gebu kemerahan, bibir ranum bak kelopak mawar serta renungan bulat bercahaya sehingga kekal berhari-hari lamanya. Bahkan, ketika tubuh berpeluh, kulit akan membebaskan minyak semulajadi iaitu asid linoleic, sejenis pembap yang ditemui dalam safflower dan minyak zaitun untuk kesegaran sel serta pelembut kulit.

ATASI KELESUAN
Tidur ialah rawatan kosmetik yang paling mudah dan percuma, manakala seks pula ialah perangsang tidur yang terbaik. Segala bahan kimia yang terbebas sewaktu memadu asmara dapat membantu untuk mencapai tidur yang lena. Tidur selepas berasmara juga dapat mengembalikan stamina, sekaligus membuat anda terjaga dengan segar tanpa lingkaran gelap bawah mata atau sembab. Disamping itu, hubungan seks sebelum tidur juga membantu menangani masalah sukar tidur yang dialami.

NIKMAT KEHANGATAN
Meskipun tanpa klimaks, ciuman dan hubungan seks boleh meningkatkan denyutan jantung serta melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ tubuh. Helaan nafas yang dalam dan panjang akan membantu mengawal tekanan sambil membekalkan oksigen secukupnya ke dalam sistem badan. Ketika berkucupan, lebih 30 otot wajah yang terlibat akan diaktifkan selain boleh membakar sebanyak 8-12 kalori seminit. Angka ini lebih banyak daripada aktiviti berjalan kaki selama seminit!

Ternyata seks semata-mata bukan sekadar untuk memuaskan nafsu malah terbukti baik untuk mengawal tahap kolesterol serta menebarkan mood bahagia buat anda. Samada merasa klimaks atau tidak, Anda tetap bisa menikmati faedah kecantikan sewaktu hormon endorfin dibebaskan. Malah ada diantara gerakan-gerakan tertentu yang dapat menguatkan tubuh dan kulit khasnya tanpa perlu penggunaan alat kosmetik seperti pemerah pipi, pemulas bibir dan maskara.

Sumber :ZAMZARINA 

Wednesday, May 16, 2012

HAPPY TEACHER DAY!


Terutama sekali nak ucapkan kepada semua guru2 yg ada di seluruh malaysia...sy mengucapkan ''selamat hari guru''...semoga anda semua tabah dan ikhlas mendidik anak-anak 1 malaysia.. hari ni penat tapi seronok sangat-sangat heheheh saya ingatkan saya techer yang paling tegas (garang heheheh) dekat sekolah tu tak akan dapat apa-apa pun hadiah huhuhu tapi saya sangat terharu dengan pemberian anak-anak kecil ini huhuhu seronok mengenali kamu semua walaupun teacher sedang sibuk menguruskan sambutan tu ada beberapa pelajar yang gigih mencari techer zu untuk menyerahkan sendiri hadiah. Thanks you kids. Betul kata orang kan kanak-kanak tu suci dan bersih :) so ni adalah beberapa gambar berkaitan sambutan hari guru tadi. 



salah satu pemberian dari keluarga pelajar dan salah seorang anaknya adalah pelajar saya. Thanks mama Alya Syakira :)


yang ini dari x-pelajar bernama Shadiah :)


ha ni segelintir daripada pelajar Tadika Elit Ceria yang memakai baru beraneka ragam untuk memenuhi tema hari guru Tadika tahun ni. Temanya adalah bila anda berumur 80 tahun heheheh.


so ni semua hadiah untuk teacher zu walaupun sikit tak macam teacher-teacher yang lain :) (sebab pelajar saya 5 org jer) ianya sangat bermakna. Terima Kasih tak terhingga kepada pelajar-pelajar yang bertungkus - lumus mencari teacher zu dalam kesibukan. Walaupun sebenarnya saya masih baru dalam bidang ni (baru sangat, baru 3 bulan hehehheh)
*Rupanya macam ni rasanya dapat hadia dari anak murid heheheh dulu saya selalu, rajin sangat memberi hadiah kepada cikgu-cikgu saya masa disekolah heheheh.

Dan yang paling special hehhee from my huby :) 
walaupun hanya ucapan dan menujukan lagu tapi sangat-sangat berharga :)
thanks huby :)









Wednesday, May 9, 2012

Romeo and Juliet

Salam petang semua :) huhuhu otak ngan bekerja memikirkan hadiah apa yang nak diberi pada Juliet ku huhuuu. Dekat tempat kerja sempena hari guru ni, ada satu fenomena (boleh kata fenomena ker) huhuhu main Romeo and Juliet huhuhu 



Tak pandai sy nak gayakan huhuhu nak kena bg hadiah pd juliet kita yang kita cabut namanya tanpa pengetahuan tuan punya badan dan orang lain huhuhuhu agak-agak kawan-kawan ada idea tak macam mana, ada siapa-siapa yang boleh bantu saya or mengeluarkan idea nak menyempurnakan pekara ni huhuhu......


Nak bagi kejutan macam mana?



Nak bagi hadiah apa? 





Saturday, May 5, 2012

Contest RM 200 bersama www.careeron9.com

Salam sabtu pada semua :) emmm ari ni n pepagi ni ada kerajinan pula nak menyertai satu Contest ni hehehe. Sambil-sambil menyiapkan sarapan untuk En huby tersayang (Carrot cup cake + coffee) duduk jalan-jalan dalam blog jumpa contest ni. Saja-saja mana tau ada rezeki heheh ni contest kedua saya join sejak terlibat dalam blogging ni. So ni serba sedikit berkaitan dengan contest n blognya : blog www.careeron9.com menyediakan info tentang jawatan kosong terkini...so, mana la tahu kot-kot ada yang tengah mencari pekerjaan boleh la jengah-jengah blog ni. selain tu dia ada gak dlm fb di  http://www.facebook.com/careeron9  kalau nampak logo ni betul dah la fb dia :)


klu nak join contest ni terjah jer di  http://www.careeron9.com/2012/05/info-sertai-contest-rm-200-bersama.html hadiahnya menarik sgt


heheh RM 200

so jom jemput beramai-rain singgah blog dia untuk memeriahkan majlis :)