* DUNIA-DUNIA, MACAM-MACAM PEKARA SUDAH BERLAKU APA NAK JADI AGAKNYA....
Monday, August 13, 2012
KEJADIAN MALAM KEDUA... NGERI MAAA...
Pukul 10.30 malam aku sampai dekat tempat kerja terus mulakan tugas walaupun aku masuk kerja pukul 11.00 malam bukan apa senang nanti kalau ada apa-apa masalah. Tiba-tiba tengah khusyuk memulakan kerja, pengawal keselamatan tempat aku kerja ni masuk memaklumkan ada 1 kereta kete kepung dengan polis di hadapan tempat kerja aku ni. ada adengan kejar mengejar dan pergelutan. Aku tak keluar tengok tapi rakan sekerja aku berlari keluar tengok. rupanya kes orang culik orang emmm budak perempuan berumur 15 tahun diculik dan situasi masih tidak diketahui namun pemuda yang telah berjaya ditangkap polis itu telah menendang mangsi culik keluar dari kereta sebelum adengan kejar mengejar itu. Namun dengan bantuan orang ramai yang berada di kedai makan berhampiran penjenayah dapat diberkas polis. Seoarang kawan sekerja mengeletar seluruh badan sebab dia berada di tempat kejadian sedang minum dengan rakan-rakannya menyaksikan kejadian dihadapan mata.
Sunday, August 12, 2012
MALAM PERTAMA.....
Huhuhu "Malam Pertama" hari ini adalah hari pertama kerja syif malam huhuhu dah lama tak berjaga malam ni. Dah pukul 2 pagi layan mata nak lelap ni huhuhu ada lg 5 jam nak abis syif. abis kerja pukul 7. Hari ni dan esok masih ada teman lagi berkerja malam. Start isnin kerja malam sorang diri dan seterusnya 1 syif jaga seorang huhuhu harap-harap boleh la aku ni bekerja dengan jayanya huhuhu mohon dilindungi dan diberkati Allah S.W.T sesungguhnya aku mencari rezeki yang halal. Baru terasa macam mana rasanya MR. HUBY kerja syif malam huhuhu. Raya??? huby tak cuti makanya aku pun tak cuti la memandangkan baru bekerja huhuhu. Tapi okay la, tak la aku sedih seorang dekat rumah :)
kerja sekarang = Happy + best :P
life
happy
Tuesday, August 7, 2012
KERJA BARU, PENGALAMAN BARU :)
Emmm aku memang tidak sangka yang aku akan berkerja dengan menyandang jawatan aku sekarang ini heheheh walaubagaimanapun kerja ni memang best sangat-sangat. Pengalaman baru yang terlalu indah buat aku ( selain hari aku diijap kabulkan & hari konvo ). Susah aku nak gambarkan perasaan seronok aku ini heheheh kawan-kawan dan pengurusan (bos) pun baik. Tempat kerja memang tip top *best punya :P dulu, nak masuk bilik hotel adalah pada hari kami merancang percutian jer. Sekarang ini hari-hari aku masuk bilik hotel yang berbeza-beza dari yang murah sampailah yang mahal hehehhe banyak juga aku menghadiri temuduga namun agaknya dah jodoh aku untuk bekerja dengan pengurusan sekarang ni.
Baru 4 hari aku bekerja rasa macam selesa jer hahhaha. hari yang ke empat ni aku dah masuk syif hahahah syif petang. Mungkin aku boleh terima kerja ini sebab syif dia sama dengan syif kerja suami aku hehhehe pergi kerja sama-sama balik kerja pun sama-sama emmm mudah. Gaji pun okey menepati apa yang aku minta :) thanks pihak pengurusan menerima permohonan aku dengan gaji yang aku minta walaupun aku tiada pengalaman dalam bidang baru ini. Emmm kalau dilihat-lihat bukan masalah sebenarnya aku dengan dunia pekerjaan ini hehhehe dalam bulan ramadhan ni berkatnya besar sangat. Rupanya ada hikmah sepanjang hidup aku ini. Disebabkan itu, aku menimba banyak sangat pengalaman dalam bidang pekerjaan. Macam-macam kerja aku boleh buat dan belajar :)
Allhamdulillah.... aku bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan... Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA :)
Sunday, August 5, 2012
KEHIDUPAN BARU BERMULA DISAAT INI!
Salam ramadhan buat semua.... disebabkan sibut dengan aktiviti pindah rumah, pindah tempat kerja dan pindah segala-galanya lah menyebabkan saya tak berkesempatan menjenguk blog tersayang ini dan tidak ada lah post-post istimewa buat peminat semua (wek! macam la ada peminat hehhe masuk bakul angkat sendiri) emmm now, barulah rasa hidup ada stabil sikit tapi rasanya pun 50% -50% sebab masih "terkejut beruk" lagi dengan perpindahan suami yang tidak diduga huhuhu. Sampai hati mereka (pentadbiran) pindahkan suami saya jauh-jauh huru-hara kejap kehidupan kami. emm tapi bila dah sebulan berada di tempat baru, barulah rasanya ada hikmah atas apa yang berlaku ni.
Emmm Allah Maha Mengetahui apa yang dirancangkan untuk hamba-hambaNYA. Semoga tempat baru, suasana baru dan kehidupan baru lebih memberi berkat untuk kami sekeluarga. Dan sekarang yang paling mengembirakan saya adalah, saya dah dapat pekerjaan baru setelah sebulan duduk di rumah menyandang jawatan "Suri rumah sepenuh masa" nasib la suami tercinta bagi juga bekerja setelah dilihat isterinya seperti cacing kepanasan dirumah heheheh. Saya sampai demam dan sakit-sakit kerana kebosanan dirumah. Kerja di tempat baru memang best dan menyeronokkan. Harap-harap segalanya berpanjangan dan moga Allah melindungi kami dari segala bala bencana hendaknya. Dan barakahkanlah rezeki kami dan pelihara kami dari pekara-pekarang yang merosakkan iman. Kerja baru saya sekarang memang saya tak pernah ada pengalaman huhu tapi seronok kerana mempelajari pekara-pekara dan ilmu baru.
Harap-harap tidak menyusahkan rakan sekerja yang mengajar tanpa jemu heheheh. Paling seronok tempat kerja dekat dengan rumah. Raya tahun ini kami sekeluarga tak beraya sangat sebab suami tersayang tidak dapat bercuti. Jadinya saya pun tak bercuti la juga.... emmm lama sangat tak menaip post hehhehe so macam semua nak diceritanya. Emmm harap-harap kehidupan sekarang, kehidupan baru ini akan membawa kebahagiaan saya dan suami..... AMIN!!!!!
Emmm Allah Maha Mengetahui apa yang dirancangkan untuk hamba-hambaNYA. Semoga tempat baru, suasana baru dan kehidupan baru lebih memberi berkat untuk kami sekeluarga. Dan sekarang yang paling mengembirakan saya adalah, saya dah dapat pekerjaan baru setelah sebulan duduk di rumah menyandang jawatan "Suri rumah sepenuh masa" nasib la suami tercinta bagi juga bekerja setelah dilihat isterinya seperti cacing kepanasan dirumah heheheh. Saya sampai demam dan sakit-sakit kerana kebosanan dirumah. Kerja di tempat baru memang best dan menyeronokkan. Harap-harap segalanya berpanjangan dan moga Allah melindungi kami dari segala bala bencana hendaknya. Dan barakahkanlah rezeki kami dan pelihara kami dari pekara-pekarang yang merosakkan iman. Kerja baru saya sekarang memang saya tak pernah ada pengalaman huhu tapi seronok kerana mempelajari pekara-pekara dan ilmu baru.
Harap-harap tidak menyusahkan rakan sekerja yang mengajar tanpa jemu heheheh. Paling seronok tempat kerja dekat dengan rumah. Raya tahun ini kami sekeluarga tak beraya sangat sebab suami tersayang tidak dapat bercuti. Jadinya saya pun tak bercuti la juga.... emmm lama sangat tak menaip post hehhehe so macam semua nak diceritanya. Emmm harap-harap kehidupan sekarang, kehidupan baru ini akan membawa kebahagiaan saya dan suami..... AMIN!!!!!
OUR HAPPY LIFE
ZUHANIF FOREVER!!!!
Monday, July 2, 2012
PENERANGAN RINGKAS PRODUK TAKAFUL IKHLAS!
Ø IKHLAS
SAVING TAKAFUL :
Simpanan & perlindungan diri dari usia 13 tahun hingga 75 tahun.
Asas permulaan yang baik untuk tabungan yang berserta pelindungan.
Ø IKHLAS
EDUCATION TAKAFUL : Simpanan & perlindungan terbaik untuk
pendidikan anak ke university, dari umur anak berusia 30 hari hingga 12 tahun
dan matang sehingga mencapai usia 23 tahun. Anak juga berpeluang menerima
anugerah kecemerlangan (UPSR-Min 5A, PMR-Min 7A,SPM-Min 7A)
Ø
IKHLAS WANITA : Simpanan
& pelindungan dari usia 16 tahun hingga 65 tahun. Termasuk perlindungan
khas untuk kanser-kanser wanita sahaja. Pelan ini mempunyai manfaat tambahan
iatu pemberian pampas an bagi mana-mana 2 pekara yang berlaku antara 4 pekara
yang berikut : berkahwin, kematian suami, kehilangan pekerjaan & kehilangan
anak. (Mengikut syarat tertentu)

Ø
IKHLAS MEDICAL CARD : Penyediaan
kos rawatan perubatan dari usia 30 hari hingga 70 tahun. Takaful Ikhlas akan
membayar bil rawatan hospital sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Kesesuaian
pelan daripada bilik RM100- RM450. Termasuk kos rawatan kanser pesakit luar dan
dialysis buah pinggang.

Ø KELEBIHAN
TAKAFUL : (Merujuk Kepada Pelan
1-3),
1. Takaful akan
meneruskan pembayaran sekiranya berlaku kematian/hilang upaya/sakit kritikal
kepada ibu/bapa/pembayar sehingga tempoh sijil matang.
2. Maksimum 3
pengeluaran dibenarkan sebelum tempoh matang. Dengan setiap pengeluaran dicaj
RM15 & jarak antara pengeluaran adalah 2 tahun.
3. Manfaat 40
penyakit kritikal, elaun hospital, khaitar kematian dan kemalangan diri serta
manfaat kematian/hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit kepada
peserta.
4.
Caruman boleh
diubahsuai mengikut kemampuan diri dan keperluan.
5.
Simpanan boleh
digunakakn untuk menunaikan UMRAH/HAJI
* Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat atau pandangan boleh msg dengan saya :) sedia membantu bila-bila masa :P
Subscribe to:
Posts (Atom)