Sunday, October 21, 2012

PERCUTIAN BAJET OLEH EN SUAMI

Emmm lama dah tak update blog rasanya. Bukan apa sibuk dengan kerja huhuhu dah penat-penat malas pulak nak buka blog. Ni buka pun sebab ada isi nak dikongsi dan diabadikan hehehehe teruk betul la aku ni :) so aku memang malas nak menaip jadi biar gambar menceritakan segalanya. Selamat menjamu mata.....







hehehhehe kami pergi memancing di kelong "Abang Rasul" pada 16.10.2012 hari selasa best sangat-sangat love you En Suami :)

Monday, August 20, 2012

RINDU TAK TERLUAH.......

Emmm tiada kata yang boleh mengungkap perasaan ini..... hanya yang boleh dirasai sakit dengan rindu-rindu ini namun payah nak diluahkan kerana ku kunci hati dan perasaan ini andainya ia membahagiakan semua pihak. Usah dicari atau dihubungi. Mungkin kehidupan kamu-kamu itu lebih bahagia tanpa kami dalam dairi kehidupan......


Friday, August 17, 2012

GEMBIRA.... LALALALA....

Gembira sangat sebab semua barang-barang besar di rumah lama telah di angkat ke rumah baru heheheh boleh la kemas-mengemas nanti. Tapi kami mengambil keputusan tingalkan sofa yang dah buruk serta almari baju yang besar (sebab almari tu kalau angkat sekali lagi pasti patah) so rezeki orang baru yang akan masuk rumah tu la. Kalau dia nak guna dia boleh guna tapi kalau dia tak mahu guna harap-harap di boleh tolong buangkan hehehe. Esok misi mengemas rumah secara besar-besaran, tadi pagi dah kemas bahagian dapur, bilik tidur utama dan ruang tamu dengan suami. Esok nak kemas bilik kedua dan stor pula. Emm walaupun kami berdua tak cuti raya namun rumah perlu berkemas dan Syawal perlu di raikan jua. Walaupun ala kadar sahaja. Harap semua rakan-rakan gembira menyambut hari raya yang bakal menjelang Ahad 19 Ogos 2012 ini. Di kesempatan ini saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari Zu & Hanif.



Tuesday, August 14, 2012

AMAN DAMAI

Emmm hari ni kerja syif seorang rasa aman dan damai sekali heheheh but walaupun syif seorang namun masih ditemani seorang rakan sekerja yang syif dia sepatutnya dah habis. Thanks to "NOR" sungguh besar hati dan baik hati menemani aku. Dia bukan saja menemani malah mengajar aku macam-macam perkaitan kerja. Nasib ada "NOR" huhuhu ada gak kawan borak-borak. Yang penting banyak yang aku dapat dari perkongsian dia dengan aku. Dunia huhuhu walauapapun aku tetap enjoy, thanks "NOR".


* Mood : Happy :P



dan terasa diri hebat seperti dia ni ha..... hehehheh

* 5.15 pagi tak habis lagi cerita pasal "si dia" hahahahhaha....Yer Nor & Nusi hehehhehe


Monday, August 13, 2012

KEJADIAN MALAM KEDUA... NGERI MAAA...

Pukul 10.30 malam aku sampai dekat tempat kerja terus mulakan tugas walaupun aku masuk kerja pukul 11.00 malam bukan apa senang nanti kalau ada apa-apa masalah. Tiba-tiba tengah khusyuk memulakan kerja, pengawal keselamatan tempat aku kerja ni masuk memaklumkan ada 1 kereta kete kepung dengan polis di hadapan tempat kerja aku ni. ada adengan kejar mengejar dan pergelutan. Aku tak keluar tengok tapi rakan sekerja aku berlari keluar tengok. rupanya kes orang culik orang emmm budak perempuan berumur 15 tahun diculik dan situasi masih tidak diketahui namun pemuda yang telah berjaya ditangkap polis itu telah menendang mangsi culik keluar dari kereta sebelum adengan kejar mengejar itu. Namun dengan bantuan orang ramai yang berada di kedai makan berhampiran penjenayah dapat diberkas polis. Seoarang kawan sekerja mengeletar seluruh badan sebab dia berada di tempat kejadian sedang minum dengan rakan-rakannya menyaksikan kejadian dihadapan mata.

* DUNIA-DUNIA, MACAM-MACAM PEKARA SUDAH BERLAKU APA NAK JADI AGAKNYA....