Thursday, April 25, 2013

LELONGAN PERTAMA......


UNTUK DI JUAL.

EDWIN JEANS KEPALA KAIN

SAIZ = 32 W x 39 L
KONDISI = AA (SELUAR MASIH ELOK,KELUSUHAN BIASA JE)
HARGA = RM 288.00 + KOS POS RM 10.00

KALAU BERMINAT BLH HUBUNGI 019-7973981 ATAU PM SAYA.







Item ada 1 saja dan item juga di lelong dikedai :) siapa cepat dia dapat.....

Wednesday, April 24, 2013

JOM GWIYOMI.....

Salam rabu dan selamat pagi semua :) emmm pada dasarnya saya macam tidak suka dengan demam Gwiyomi ini huhuhu sebab macam-macam gaya sudah dilihat dan ada dalam Youtube. Dari yang comel sampai ada yang macam hendak makan pelempang heheehhe... namun pagi ini bila saya buka FB, saya tertarik dengan 1 slot Gwiyomi ini, Jom kita ber' Gwiyomi' bersama-sama :) suka sangat.......


Thanks atas usaha beliau.... :P

Sunday, April 21, 2013

BUAH TANGAN HARI MINGGU :)

RENUNGAN DI HUJUNG MINGGU

KISAH LANTAI DAN PATUNG MARMAR


Alkisah terdapat sebuah muzium yang lantainya dibuat dari batu marmar yang indah. Di 

tengah-tengah ruangan muzium itu terdapat sebuah patung marmar yang juga sangat 

besar. Ramai pelawat yang datang dari seluruh dunia mengagumi keindahan patung 

marmar itu. Suatu malam, lantai marmar itu berkata pada patung marmar.

Lantai : ”Wahai patung marmar, hidup ini sungguh tidak adil. Mengapa orang-orang dari 

seluruh dunia datang kemari memijak-mijak diriku tetapi mereka mengagumimu? Kita ni 

berasal dari gunung dan batu yang sama, tetapi sekarang kita menerima nasib yang 

berbeza. Benar-benar tidak adil!”

Patung : ”Apakah kau masih ingat ketika suatu hari seorang pemahat datang dan berusaha 

memahat dirimu, tetapi kau menolak dan merosakkan peralatan pahatnya?”

Lantai : ”Ya, aku masih ingat. Aku sangat benci pemahat itu. Bagaimana ia begitu

bersungguh-sungguh menggunakan pahatnya untuk melukai diriku. Rasanya sakit sekali!”

Patung : ”Kau benar! Pemahat itu tidak berjaya mengukir dirimu sama sekali kerana kau 

menolaknya.”

Lantai : ”Lalu?”

Patung : ”Ketika ia memutuskan untuk tidak meneruskan pekerjaannya pada dirimu, lalu ia

berusaha untuk memahat tubuhku. Saat itu aku tahu melalui hasil karyanya aku akan

menjadi sesuatu yang benar-benar berbeza. Aku tidak menolak peralatan pahatnya

membentuk tubuhku. Aku berusaha menahan rasa sakit yang amat luar biasa!.”

Lantai : ”Mmmmmmm.........”

Patung : ”Wahai kawanku, ini adalah harga yang harus kita bayar pada segala sesuatu 

dalam hidup ini. Saat kau memutuskan untuk menolak keperitan, maka kau tak boleh

menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi padamu sekarang.”

Wahai sahabat, sebagai renungan bersama di hujung minggu ini...Kita mesti ingat bahawa 

tiada jalan pintas untuk berjaya. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan, keringat dan air

mata. Pengorbanan itu tangga kejayaan. Individu yang benar-benar berjaya ialah mereka

yang membentuk diri mereka untuk terus berjuang.

Kesusahan itu titik permulaan. Kejayaan itu akan datang di penghujungnya. Jadi, walau apa

pun keadaan... teruskanlah kehidupan! Bersakit-sakit dahulu...bersenang-senang kemudian. 

Don't give up!



THANKS TO MY IDOL DATUK DR MAZNAH HAMID....
HOPE I WILL BE STRONG LIKE YOU...

Saturday, April 20, 2013

LELONGAN AMAL

Emmm terasa nak buat lelongan khas di fb la....agak2nya ada sokongan tak? konsepnya 20% dari jumlah keseluruhan jualan akan di salurkan ke rumah anak yatim berdekatan :P apa kata rakan2.... tp lelongan akan dibuat di page Seindah Kristal mall sebelum menyertai diwajibkan like page ni dulu. Apa kata rakan Blog?  :) 



Wednesday, April 17, 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum dan salam pagi buat semua rakan.... hari ni cuaca nyaman dan dingin di Kota Tinggi, Johor. Sesejuk hati yang sentiasa belajar bersabar dan bertawaduk pada Yang Maha ESA. Moga-moga Allah S.W.T sentiasa melindungi hati ini dari hasutan syaitan yang direjam... Banyak sangat dugaan sepanjang minggu ni... so Jom kita muhasabah diri bersama agar lebih redha dalam kehidupan ....