Wednesday, December 2, 2009
FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI MADU DAN KESIHATAN
Madu mengandungi vitamin dan anti oksidan tetapi bebas lemas, kolestrol dan garam.
Anda tak suka bayam? minum madu, ia mempunyai antioksidan pada paras kandungan yang sama dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung anda
Salah satu antioksidan dipanggil 'pinocerin' hanya boleh ditemui di dalam madu.
Sejak bertahun-tahun, penyanyi opera yang bersuara lantang mengamalkan madu untuk meningkatkan tenaga dalaman badan & melegakan tekak sebelum membuat persembahan.
Madu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua unsur yang perlu untuk kehidupan termasuk air.
Madu mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh itu ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.
Madu mempercepatkan penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan.
Seawal Perang Dunia Pertama, madu telah dicampurkan dengan minyak ikan kod untuk merawat & mencuci luka di medan perang.
Sains moden telah mengiktiraf madu sebagai agen bakteria barmakna ia boleh mencegah pertumbuhan sesetengah bakteria, yis dan kulat.
madu dan sarang lebah merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
Pada awal tahun 1700-an, Permaisuri Anne dari England telah mencipta bahan campuran madu & minyak zaitun supaya rambutnya sihat dan bersinar.
Kajian terkini membuktikan sesetengah atlit yang minum madu sebelum dan selepasacara sukan dapat mengembalikan semula keupayaannya lebih cepat dari mereka yang tidak minum madu.
TIPS MENJAGA KHASIAT MADU
Jangan simpan madu di dalam peti ais atau di tempat yang panas secara langsung. simpan pada suhu bilik.
-Jangan simpan madu dalam bekas logam seperti besi
-Jika madu dalam botol masih mempunyai banyak gas, jangan goncang botol tersebut. ini dapat mengelakkan berlakunya letupan atau botol pecah akibat tekanan gas dalam botol tersebut.
-Jangan simpan madu ditempat yang berbau busuk, kerana madu bersifat mudah menyerap.
-Elakkan minum madu dan makan tembikai
-Minumlah 1 sudu besar madu bersama air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari
-Jangan minum madu menggunakan sudu besi atau logam
Em klu nak tau pe2 lg ttg madu try tgk http://madubest.blogspot.com klu nak tempah produk2 madu pun blh just call or tinglkan msg :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment