Thursday, April 29, 2010

my new biz launching let's join to generate income or for services!


EASY E-CURRENCY EXCHANGE

LIBERTY RESERVE, PERFECT MONEY & PAYPAL ONLINE, E-CURRENCY TRADING Top Trusted & Easy. PTC, AUTOSURF, HYIP Sites Only . 100% Trusted and Paying PTC Sites go here. Work from home. Make money online, make your life freedom! Start Now!


Sunday, April 25, 2010

Teori REBT & Teori RET



Salam satu Malaysia em rasa cm dah lama pulak tak mengeluarkan artikel heheheh bukan per ngan cbuk ckit utk biz yg baru ni ngah set up blog nya n ngah pilih2 nak guna domin mana cos ia pasaran antarabangsa. nasib baik ada kwn yg baru tak baru sangat la kenal heheh tq to stanly tq very much. In the other hand sebenarnya saya g ngumpulkan beberapa maklumat cos ada permintaan dr junior masa saya menuntut dulu nak kan maklumat tentang teori kaunseling iatu Teori REBT or Teori RET. Saya ni sebenarnya dah lama tak gunakan skil2 kaunseling yg berpandukan teori2 ni cos sy mengamalkan teori campuran & mengikut keadaan heheheh. Anak didik En Yusuf la katakan heheheh TQ En Yusof rindu sangat rasanya kat En Yusof ni huhuhuhu. Em ok la kita terus ke pada topik perbincangan. Ok Artikel ni didedikasikan buat Adik Nor Qalby Bt Rahim. Harap2 dapat la membantu yer. akak ni berkongsi atas apa yang akak tau dan pengalaman semasa menuntut. harap2 ada kwan2 yang ada pandangan n pendapat tambahan sedia membantu. n kalau salah seperti biasa jgn takut nak membetulkan sebab saya ni pun sedang belajar & akan terus belajar.

Pertanyaan apa perbezaan REBT dgn RET ok sebenarnya kalau mengikut apa yang di tahu REBT dgn RET adalah teori yang sama klu yang singkatannya R ~ rasional E ~ emotional
B ~ behavior T ~ therapy & yang RET  R ~ rasional E ~ emotional T ~ therapy. 

REBT adalah teori yang diperbaharui manakala RET adalah teori lama yang dijadikan rujukan. Teori Rasional Emotif  Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif. Namun sekarang dikenali jua dgn nama REBT sebab perubahan atau perkembangan klien adalah berdasarkan pemikiran tingkah laku & perasaan.


Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada orang yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.
dan rujukan terbaru semasa kami belajar dulu adalah ' Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy' oleh Gerald Corey.

Merujuk kepada pendekatan teori ini adalah Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional dan terdapat 12 perkara yg tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Kalau mengikut buku atau rujukan mereka menyenaraikan hanya langkah ABC tetapi sebenarnya masa akak belajar dulu kami sepakat menggunakan teori ini dan merubah sedikit mengikut keislaman heheheh. Teknik kami ada ABCDEF.

• A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam ujian

• B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system. Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh” 

• C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.

• D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”.

• E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

• F ialah apabila semua penilaian yang ada telah dibuat segala-galanya adalah terserah kepada takdir. Iatu Qada’ dan Qadar

                                                              
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan keran memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut. 
Kalau untuk pelajar sekolah kita kena buat satu persatu berdasarkan rajah ABCDE ~F  :
1.      Kena cari apa peristiwa yang boleh dikaitkan menjadi penyebab kepada permasalah pelajar tu.
2.      Teroka sistem kepercayaan yang pelajar tu pegang. Apa yang dia percaya dengan apa yang dilakukan.
3.      Cuba bincangkan denga pelajar tu apakah kesan yang dia rasa akan jd bila dia lakukannya.
4.      Ok masa ni try cari alternative bersama untuk merubah sistem kepercayaan yang lama ( kadang-kadang masa ni kena berdebat or mencabar pelajar tu cos nak buat dia sedar tentang negetif thinking dia tu)
5.      Bila dah sedar bincangkan alternative kea rah perubahan yang lebih baik dengan mewujudkan system kepercayaan baru yang positif.
6.      Bila dia berfikir positif & membuka minda dia akan Nampak jalan dan bersemangat semula. Disinilah emosi normal akan terhasil.
7.      Dan yang terakhir terserah pada Qada’ & Qadar la. Klu dia nak duga lg kn la ulang2 pekara ABCDE tu.

Ok tu teori REBT tp jangan salah sangka ada 1 lg teori yang berbeza iatu Reality Therapy (RET or RT) dua2 org guna pakai. Ok teori ini kami jarang guna sangat, masa saya belajar dulu pun tak ditekankan sangat pensyarah Cuma suruh kaji sendiri dan diterangkan secara ringkas. Tapi dari bahan rujukan dan apa yang saya kaji serta mencedok pengalaman serta pendapat rakan2 sebenarnya teori realiti ni seperti namanya la ia berpusat pd bekara-pekara realiti dan lebih kepada motivasi diri sendiri.
Tahun 1965, William Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang menerima bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Model ini adalah berdasarkan tiga prinsip berikut:
1.      Individu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Tingkah laku tidak
dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.
2.      Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.
3.      Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai
             seperti mana yang ia kehendaki.

Teori ini sering dikaitkan dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan.
TEORI KAWALAN (1970):
“Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut.”

TEORI PILIHAN (1988, 1997)
“Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia (diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan).”

Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan 4 keperluan, iaitu:

1.      Keperluan untuk memiliki. (memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru)
2.      Keperluan terhadap kuasa/pengaruh. (mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing)
3.       Keperluan terhadap kebebasan.(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan kemahiran membuat keputusan mereka sendiri)
4.      Keperluan untuk berseronok.

Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka dan bagaimana membuat pilihan yang tepat, Glasser telah menghasilkan 10 langkah disiplin, iaitu:
1. Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya masalah disiplin tersebut. (Guru buat analisis tingkah laku pelajar)
2. Guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas.
3. Guru mengatasi masalah tingkah laku dengan 2 cara:
i. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik
ii. Membina hubungan baik dengan pelajar
4. Guru perlu bertanyakan kepada murid “Apa yang kamu lakukan?” daripada bertanyakan “ Mengapa kamu lakukan perkara tersebut?” bagi mengelakkan pelajar menjadi bingung. Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya.
5. Guru membuat perbincangan dengan pelajar tersebut.
6. Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik.
7. Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan menggunakan kaedah“time-out” yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak boleh terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya, atau membuat perjanjian yang baru.
8. Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan. Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi pilihan pelajar yang ditahan.
9. Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan pelajar digantung persekolahan selama sehari.
10. Langkah terakhir ialah, pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar tersebut.

Kesimpulannya REBT ni adalah Berkaitan dengan Behavior Therapy manakala RT lebih kepada Motivasi diri. Sekian perkongsian yang ada.



Friday, April 23, 2010

Program Kepimpinan Pemimpin Muda!



Promot jer kat cni klu nak tau maklumat cerita lanjut klik link http://zuhanif.blogspot.com

Thursday, April 22, 2010

Homoseksual dan Lesbian dalam Perspektif Islam



Salam sembang saya nak kupas artikel ini sebab ada permintaan dari kenalan yang meminta saya membincangkan n membantunya mencari fakta tentang kes2 berkaitan  cos sekarang dia sedang membuat kajian ttg hal ini. (artikel ini ditujukan khas buat Galford Tee). Saya sekadar berkongsi apa fakta yang saya tahu andai ada kenalan2 atau pembaca blog saya ni ingin menyumbangkan idea & pendapat amat2 lah dialukan. dan andainya ada apa2 fakta saya yang tersilap silalah jangan segan membetulkannya kerana saya pun sedang belajar dan saya tidak akan habis menimba ilmu ini. Sekadar renungan & peringatan bersama sahaja.


Kalau kita telaah sejarah peradaban manusia, sebenarnya fenomena penyimpangan seksual sudah muncul jauh sebelum masa Nabi Muhammad SAW, tepatnya pada masa Nabi Luth yang diutus untuk kaum Sadoum. Hampir semua kitab tafsir mengabadikan kisah tersebut ketika menyingkap kandungan ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah nabi Luth.

A
llah berfirman: “Dan Luth ketika berkata kepada kaumnya: mengapa kalian mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” [surah Al-A’raf:80-84].

Allah menggambarkan Azab yang menimpa kaum nabi Luth :
 “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” [surah Hud : 82-83]

Semua ayat di atas secara jelas mengutuk dan melaknat perbuatan homoseksual kerana bertentangan dengan normal manusia.

Perlu diingat, ketegasan melaknat itu bukan hanya pada Islam. Namun juga ada pada agama lain seperti Kristian yang ada disebut didalam Bibel.



Ibn Qudamah Al Maqdisi menyebutkan bahwa penetapan hukum haramnya homoseksual adalah Ijma’ (kesepakatan) ulama, berdasarkan nash-nash Al-Quran dan Al-Hadits. [al mughni juz :10 hal : 155].

Imam Al Mawardi berkata,
 “Penetapan hukum haramnya perbuatan homoseksual menjadi Ijma’ dan itu diperkuat oleh Nash-nash Al-Quran dan Al-Hadits.” [Kitab Al hawi al kabir, juz :13 hal : 475]

 Ayat-ayat di atas (Al A’raf : 80-84 dan Hud : 77-83) secara jelas berisi kutukan dan larangan Allah SWT terhadap pelaku homoseksual. Itu juga diperkuat oleh hadits-hadits berikut:

Hadits riwayat Ibn Abbas :
 “Siapa saja yang engkau dapatkan mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”. [ditakhrij oleh Abu Dawud 4/158 , Ibn Majah 2/856 , At Turmuzi 4/57 dan Darru Quthni 3/124].

Hadits Jabir:
 “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth”[HR Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi berkata : Hadits ini hasan Gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad]

Hadits Ibnu Abbas:
 “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [Hadis Riwayat Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]



Sumebr pengkajian saya dalam Tafsiran Pimpinan AR_RAHMAN kepada Pengertian AL_Qur'an yang diterbitkan oleh Darul Fikir dengan izin dan dibawah kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur. Yang diterjemahkan olehSheikh Abdullah Basmeih disemak dan disahkan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim cetakan kesebelas pada Bln Muharram 1421 bersamaan Bln April 2000. Olahan dr cetakkan pertama pd Bulan Rejab 1400 bersamaan Bln Mei 1980. 


seperti yang tertulis Surah Al- A'Raaf ayat 80 : Dan Nabi Lut (a.s) juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya :"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?


ayat 81 : "sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".


ayat 82 : Dan tidak ada jawapan dari kaumnya selain daripada berkata : "usirlah mereka (Nabi Lut (a.s) dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (menda'wa) mensucikan diri.


ayat 83 : Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.


ayat 84 : Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.




dan pekara ini diulangi lagi dalam Surah Hud ayat 77-83 yang mempunyai perkaitan dengan Nabi Ibrahim(a.s) dan ayat ini diceritakan kisah Nabi Lut (a.s) dengan kaumnya Nabi Lut (a.s) ialah anak saudara Nabi Ibrahim (a.s). Kaumnya penduduk bandar "saddum" (sodom) di Palestin telah dibinasakan oleh ALLAH Ta'ala kerana mereka melakukan perbuatan yang keji (mengadakan hubungan jenis sesama lelaki dengan meninggalkan perempuan) ; 


sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama-sama. Kerana kermurkaan Allah S.W.T maka negara itu telah dibinasakan. Dengan ini jelaslah islam melarang sama sekali melakukan perbuatan terkutuk ini. Bekas negeri Kaum Nabi Lut (a.s) yang telah dibinasakan itu masih ada hingga hari ini menjadi sebuah lautan di Palestin, yang dikenali dengan nama "laut mati". Diharap jelaslah mengapa peratusan orang yang beragama Islam menentang keras pekara ini kerana ia tulah menjadi pegangan kami sejak dulu hingga hari Kiamat. saya bukanlah handal sangat dengan pekara ini namun ini adalah fakta yang saya baca dalam tafsiran Al-Qur'an yang menjadi pegangan saya. 


   










Projek Baru

Baru-baru ni aku ada kerja luar tapi pekerja aku ni kak Ainon (yang aku dah angap mcm akak sendiri) mmg seorang pekerja yang baik. dia keep calling aku katenya ada hal, hal best punya heheheh balik2 aku pun tgk la pe hal yang best tu huhuhuhuhu rupa2nya mmg best sesangat la hal ni heheheh aku pun dah lama tak manjakan diri asyik kerja je memanjang heheheh jom kita tgk pe hal yang best tu heheheh check it out yo!


ha ni la yang kak ainon ajak aku join heheheh yg peliknya promoter ia lelaki la heheheheh 




setelah aku join pakej ni hanya dengan Rm29.90 tp cos budak tu tak de duit kecik ia kira aku punya RM30 huhuhuhu ada ke patut nasib baik ia puji2 aku heheheh em aku dapat pakej2 ni semua free tak sabar aku




em semua2 ni diskaun setelah jd ahli. pas tu pakej ia murah aje first trial session RM88 pas tu 30 day unlimited sessions cuma RM288 :P




ha yang ni senarai tempat n cwangan ia. em yang bestnya ia boleh guna mastercard or visa heheheh. 


em satu lg heheheh budak promoter ni maik tibai je bila aku tnyer tempat ia kat ner blh ia ckp dekat2 dgn maybank kat depan tu heheh aku pun sje2 jer gertak ia ckp jgn tipu cos aku tak pernah nampak pun heheheh bukan pe opis aku kat ctu jd aku tau la huhuhuu opis aku selang 3 buah kedai dekat ctu. seumur aku g sana tak nampak pun heheheh tibe2 ia ckp dekat ngan ctu tp jauh ckit hahahah rasa nak hempuk jer budak tu btw aku dah call tempat tu ujud kat Tmn Universiti ni heheheh so aku nak ajak pekerja aku enjoi time ntt satu hari bila huby aku cuti cos aku nak suruh ia hantar n ambil pastu nak suruh dia jaga kedai time kami wat benda2 bukan2 ni heheheh

Wednesday, April 21, 2010

SESEORANG MEMOHON BELAS KASIHAN DR ANDA!




Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawaanak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. 

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com
 
malangnya ... apabila UJ guna email ni selalu nya failure notice...tapi kalau ade apa-apa yang ingin disampaikan boleh lah emailkan kat UJ .. nanti UJ forwardkan kepada rakan beliau yang boleh menyampaikan kepada beliau.. ni alamat email UJ 
jsj1199@yahoo.com 

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut. 
ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU. 
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin. 

harap dapat berikan komen anda semua agar saya dpt forwardkan kepada beliau...sekurang-kurangnya kata-kata anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya..insyaAllah... 

Perkahwinan jarak jauh (Part 1)


Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!




    • Kenyataan asal saya tidak meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang tidak baik.  Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak baik.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]

rujukan dari blog ~http://saifulislam.com

Em bercerita ttg perkahwinan jarak jauh (PJJ) susah gak nak ungkap cm2 ner pun. Btw, aku kagum dengan org yang boleh mengekalkan hubungan PJJ ni em mmg mantap. bukan senang nak capai kebahagiaan ni. Dalam mencapai kebahagiaan yang jitu & berkualiti, mesti perlu ada pengorbanana klu tak banyak pun sikit2 tu mesti ada. Kalau diikutkan dalam keadaan aku ni banyak pengorbanan yang aku telah buat, memandangkan aku memikirkan yang aku tak mampu nak bagi komitmen PJJ ni so aku ambil keputusan meningalkan kerjaya, kemewahan dan segala kegemaran aku untuk berpindah dari Terengganu ke Johor Bahru untuk berada disisi suami. Mula-mula tu sangat sedih cos terpaksa meningalkan kerjaya yg aku teramat la suka n sayang apatahlagi ketika itu aku mendapat surat kenaikkan pangkat, gaji n yg paling penting opis baru huhuhuhu dalam masa yang sama, aku terpaksa meningalkan rumah felo yang diberi universiti kepada aku yang serba lengkap. Namun demi suami aku redha membuat pengorbanan yang besar dan sekarang ni balasan Tuhan yang diberikan atas pengorbanan aku. Aku mendapat seorang suami yang penyayang walaupun tegas n aku bahagia sangat hidup denganya. so pada saper2 yang masih menjalankan kehidupan PJJ ni kene banyak2 bersabar sgt2 aku pun ada kwn2 yg hidup PJJ so mrk banyak berkongsi masalah ngan aku ni. apa2 pu aku akan update Perkahwinan Jarak Jauh part 2 ni untuk semua nanti cos aku skrg ada kerja ckit. aku banyak nak kongsi ni cos pengalaman diri sendiri, sahabat handai dan dr pembacaan aku kat artikel2 moga2 dapat membantu kawan2 lain dan dapat berkongsi maklumat.







heheheh yg ni junior aku. yg best nya mrk ni tak lama lg bergelar ibu n ayah hidup PJJ gak cuma tak sempat nak update story dia org ni. ( sori leman & nadia ) pinjam gambar :P 

ha yang ni bdk nakal dr kmpulan kami (heheh sori cak) yg ni aku tabik habis kawan dr sekolah tu heheheh bercinta jarak jauh demi mengejar cita-cita banyak halangan n dugaan heheheh akhirnya kejinjang pelamin jua.

so hinga ketemu lagi k layanzzzzz

Tuesday, April 20, 2010

I like this song!

Banyak maksud ter sirat dr lagu ni. aku ske sangat bila menghayati & mendalami lagu ni terasa sedih n sayu. bertapa bersyukurnya aku sebagai seorang islam. sebelum ni aku hanya mengangap lagu ni mcm lagu2 biasa cos maybe aku tak ambil port sangat tp lepas aku hadiri satu cos yg didatangkan khas oleh bos takaful aku dr Johor bahru, baru aku sedari lirik ini menyentuh jiwa & rohani andainya kita menghayatinya betul2. tapi yang tak blh lupa penceramah tu sempat la pulak wujudkan kenangan tak blh lupa aku heheheh. mula2 dia bahasakan diri dia ABANG! pas tu tibe2 ia cm tersentak br ia tnya aku dah kawin ke belum? heheh bila bgtau dah kawin jer terus jd formal heheheh so maksud tersirat kat cni aku ni masih nampak muda lg la heheheh cm tak kawin lg awu! heheheh ada pasaran lg heheheh tp yg pasti i love my huby sgt2 :P so member2 yg kenal aku don't worry k. i dah jumpa MR RIGHT i so i akan setia heheheh. oopp! lupa cerita heheheh makcik tukang urut yg jual minyak angin tu pun ingat aku bdk2 sekolah lg tau heheheh ada ke patut dia dtg guma aku ia ckp nak jumpa mak, mak ada tak? heheheh aku tak salah la kan mak aku mmg tak duduk ngan aku so aku jwb mak tak de heheheh betape awek mudanya aku ni heheheh huby aku panas jer heheheh. btw jom kita kongsi n hayati lagu ni sama2 aku wat lagu ni jd tema blog biz aku so klu nak dgr lg ni g la blog biz aku tu eh heheheheh ni lirik aje. selamat menghayati muahs! dari mama zue :P

Bila Diri Disayangi 

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

BONUS, BONUS, BONUS HUHUHUHU

huhuhuhu seronoknya tgk org dapat bonas huhuhuhuhu nak bonus gak chayok2 nak bonus gak ntt. bukan ckit2 bonus tu huhuhuhuhuhu :p

Sunday, April 18, 2010

My Hero


Heheheh this is my hero. I love him very very very much. I Tujukan lagu ni khas utk MY LOVER walaupun mungkin dia jarang tgk blog i ni heheheh but my blog is my place tu story my life. I love him very much MUAHS SYG MOHD HANIF BIN NAWAWI! MY HERO!










Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti



Meski

Pagi itu menatapi

Akan sunyi tanpamu

Menemani aku sepi

Tanpa..

Cintamu aku resah

Tanpa..

Kasihmu aku hampa

Tanpa..

Dirimu aku mati

hohoo.....



Kini benar-benarku rasakan

Dalam benuk hatiku tanpamu

Ku tak mengerti

Takut

Takut jauh dari dirimu

Kan kau tinggalkan aku sendiri

Tanpamu ku mati

Hohoo…



Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti