Wednesday, August 31, 2011

Diet Mengikut Jenis Darah

Heheheh sempena bulan syawal ni bukn nak kata apa la juadah tersedia begitu banyak sampai asyik-asyik nak makan jer heheheheh. nak-nak lagi juadah dibuat oleh ibu sendiri bagi yang duduk jauh dari ibu time ni la nak balas dendam rindu pada masakan ibu. Jaga-jaga bg yang bertungkus lumus mengurangkan berat badan masa bulan puasa nanti naik balik (merujuk pd diri sendiri) hehhehe. jadi saya nak berkongsi satu cara bagi sama-sama kita amalkan supaya sentiasa sihat dan cantik. bagi penderma darah, gambar ni dah biasa dilihat kan?




DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’ 
Pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. 

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah. 

Ciri khas individu jenis darah A: 
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif 
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging 
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak 
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga 
• Cukup beristirehat 

Menu diet yang dianjurkan: 

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat 

Snek: Jus anggur / kopi 

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba 

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau 

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba 

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’ 

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. 

Ciri khas golongan darah B: 

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging. 
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. 
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti. 

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. 

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan. 

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung. 

Menu diet yang dianjurkan: 

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak 

Snek: Jus anggur 

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba 

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba 

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba 


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’ 

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. 

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta. 

Ciri khas individu jenis darah AB: 

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif 
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap 
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan 

Menu diet yang dianjurkan: 

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju 

Snek : Yogurt 

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba 

Snek: Kek keju dan teh herba 

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi 


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’ 

Untuk pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini. 

Ciri khas golongan darah O: 

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain 
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan 
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik 
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran 
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian 

Menu diet yang dianjurkan: 

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang 

Snek : Teh herba 

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal 

Snek : Sepotong kuih 

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba 

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak. (Rujukan dari kajian 
Dr. Peter J.D´Adamo)



The life work of Dr. Peter D'Adamo is the heart and soul behind the Center for Personalized Medicine. A second generation naturopathic doctor, Dr. D'Adamo has been practicing naturopathic medicine for over 20 years. Best known for his research on human blood groups and nutrition, Dr. D'Adamo is also a well-respected researcher in the field of natural products.
Dr. D'Adamo's series of books are NY Times Bestsellers, and have been translated into over 50 languages. He has been named the "Most Intriguing Health Author" of 1999, and his first book Eat Right 4 Your Type was voted one of the "Ten Most Influential Health Books of All Time" by Nutribooks, the world's largest wholesaler of health and diet books..
Publisher's Weekly called his third book, Live Right 4 Your Type "A Comprehensive and fascinating theory.. Meticulously researched."


D'Adamo groups those thirteen races together by ABO blood group, each type within this group having unique dietary recommendations:
  • Blood group O is believed by D'Adamo to be the hunter, the earliest human blood group. The diet recommends that this blood group eat a higher protein diet. D'Adamo bases this on the belief that O blood type was the first blood type, originating 30,000 years ago.
  • Blood group A is called the agrarian or cultivator by D'Adamo, who believes it to be a more recently evolved blood type, dating back from the dawn of agriculture, 20,000 years ago. The diet recommends that individuals of blood group A eat a diet emphasizing vegetables and free of red meat, a more vegetarian food intake.
  • Blood group B is, according to D'Adamo, the nomad, associated with a strong immune system and a flexible digestive system. The blood type diet claims that people of blood type B are the only ones who can thrive on dairy products and estimates blood type B arrived 10,000 years ago.
  • Blood group AB, according to D'Adamo, the enigma, the most recently evolved type, arriving less than 1,000 years ago. In terms of dietary needs, his blood type diet treats this group as an intermediate between blood types A and B.

 "SELAMAT MENCUBA"


Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA TERUTAMA WAJAH-WAJAH KESAYANGAN SAYA YANG SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN DAN MENGERATKAN SILATURAHIM. MAAF DIHULUR ANDAI ADA ARTIKAL DAN KATA-KATA YANG MENGURIS HATI PARA PEMBACA. SAMA-SAMA LAH KITA BERTUKAR PANDANGAN. IKHLAS DARI ZU & SUAMI UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG SEMOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T DI HARI YANG MULIA INI.


Sunday, August 28, 2011

HARI RAYA DATANG LAGI!

Raya tahun ni macam tak berapa rasa nak raya la. tah la tak tahu kenapa tah. masuk tahun ni dah 3 tahun aku beraya dengan En Huby yang aku sayang sgt. Tahun ni En Huby kene kerja huhuhu jd kene temankan En Huby beraya dekat bandar ni la. Takde perancangan balik kg. Kakak2 aku ada gak ajak balik sekali tapi kesian tgk En Huby bila aku mintak kebenaran nak balik raya sendiri mesti keluar ayat sedih huhuhu "sampai hatinya nak tinggal i beraya sorang2 kat bandar ni" huhuhuhu paham2 jer la maksudnya. aku terpaksa membuat pilihan kerana syurga aku dibawah tapak kaki suami tercinta. Btw sebenarnya ni kali kedua kami beraya dibandar. tahun pertama kawin beraya dekat rumah aku. tahun kedua beraya kat bandar cos En Huby bertugas di pagi raya. Tahun ke 3, En Huby ajak balik kg dia. Biarpun dia dah tak de mak ayah namun adik beradik dia berkumpul so aku kena hormati permintaan En Huby aku yang aku cintai. Nah tahun ni turn En Huby tak bercuti la heheheh. Walau apapun yang terjadi aku bahagia deng En Huby. Peduli la apa yang org nak kata. kadang2 aku stress gak, hati berbelah bagi antara keluarga dengan suami tersayang. Mcm manapun suami lebih utama seperti pembacaan dan perbincangan aku dengan ustaz aku.

“Seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; “Taatilah suami kamu.” Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, “Taatilah suami kamu.” Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]” [5] Takrij Ahadis Al-Ihya’ li Al-Iraqi : 1551.

Tapi tak pe En Huby ckp nanti pas 2 minggu pas semua staf balik En Huby blh ambil cuti hehehhe. so aku rasa sampai ni je lah corat coret kali ni. nak teman En Huby yang tercinta tgk TV cita The voice. Moga dipanjangkan usia untuk ber corat coret lagi. selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

Thursday, August 18, 2011

RINDU SANGAT DENGAN BLOG


lama menyepi tak berkesempatan menulis n mencurahkan perasaan dekat blog ni huhuhu. Bz sangat dengan kerja sampai lupa tentang keseronokan diri dan keluarga huhuhu raya huby tak cuti so tak balik kg la gamaknya huhuhu.