Raya tahun ni macam tak berapa rasa nak raya la. tah la tak tahu kenapa tah. masuk tahun ni dah 3 tahun aku beraya dengan En Huby yang aku sayang sgt. Tahun ni En Huby kene kerja huhuhu jd kene temankan En Huby beraya dekat bandar ni la. Takde perancangan balik kg. Kakak2 aku ada gak ajak balik sekali tapi kesian tgk En Huby bila aku mintak kebenaran nak balik raya sendiri mesti keluar ayat sedih huhuhu "sampai hatinya nak tinggal i beraya sorang2 kat bandar ni" huhuhuhu paham2 jer la maksudnya. aku terpaksa membuat pilihan kerana syurga aku dibawah tapak kaki suami tercinta. Btw sebenarnya ni kali kedua kami beraya dibandar. tahun pertama kawin beraya dekat rumah aku. tahun kedua beraya kat bandar cos En Huby bertugas di pagi raya. Tahun ke 3, En Huby ajak balik kg dia. Biarpun dia dah tak de mak ayah namun adik beradik dia berkumpul so aku kena hormati permintaan En Huby aku yang aku cintai. Nah tahun ni turn En Huby tak bercuti la heheheh. Walau apapun yang terjadi aku bahagia deng En Huby. Peduli la apa yang org nak kata. kadang2 aku stress gak, hati berbelah bagi antara keluarga dengan suami tersayang. Mcm manapun suami lebih utama seperti pembacaan dan perbincangan aku dengan ustaz aku.
“Seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; “Taatilah suami kamu.” Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, “Taatilah suami kamu.” Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]” [5] Takrij Ahadis Al-Ihya’ li Al-Iraqi : 1551.
Tapi tak pe En Huby ckp nanti pas 2 minggu pas semua staf balik En Huby blh ambil cuti hehehhe. so aku rasa sampai ni je lah corat coret kali ni. nak teman En Huby yang tercinta tgk TV cita The voice. Moga dipanjangkan usia untuk ber corat coret lagi. selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment