Saturday, January 28, 2012

AKTIVITI SEKARANG :)

MODE : Sedang menghabiskan pembacaan buku bertajuk 
 "BEST YOU EVER" 365 WAY TO BE RICHER, HAPPIER, THINNER, SMARTER, YOUNGER, SEXIER AND MORE RELAXED -EACH DAY AND EVERYDAY BY REBECCA SWANNER; EVE ADAMSON; CAROLYN DEAM, MD; RACHEL LAFERRIERE, MS, RD AND MEERA LESTER. 

Best sangat-sangat buku ini and yang paling best sekali adalah ianya hadiah dari seorang sahabat yang saya sayang dengan sepenuh hati :) thanks Kak Yus!


Emmmm hendak merubah kehidupan kepada yang lebih cemerlang lagi. 
GOOD LUCK FOR ME! 



Saturday, January 14, 2012

SEKADAR PENGHIBUR HATI :)


Jadilah wanita/lelaki yang paling bahagia....

Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,

Kenapa kita harus berfikir kita SUSAH, MENDERITA, SEDIH, SAKIT & dll...??? sedangkan...

Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih SIHAT dari MEREKA.

~ ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA ~

An-Nasai merekodkan Rasulullah berkata,

Semua perkara selain zikir kepada Allah adalah permainan dan sia-sia belaka kecuali empat perkara, iaitu

1. Suami yang menghiburkan isterinya
2. Orang yang melatih kudanya
3. Orang yang berjalan menuju dua sasaran ataupun panahan (memanah)
4. Orang yang berlatih berenang

Subhanallah.. menghiburkan isteri disebut lbh awal drpd melatih kuda, memanah dan berenang yg adalah asas persiapan jihad. Ini menunjukkan persiapan generasi yang soleh, kuat dan mantap daripada anak-anak dimulakan dengan menghiburkan isteri. Ini jauh menggentarkan musuh Allah dan musuh kita.

Namun ada waktunya bergurau itu lebih sukar daripada serius. Komedi itu lebih serius daripada yang serius.

(Petikan Bahagia Meraikan Cinta,Bab Apabila Mereka Menjadi Pakaian kepada Dirimu...♥, karya Salim A. Fillah

♥ Senyumlah andai dirimu dilukai ♥
♥ Senyumlah andai dirimu dilupai ♥
♥ Senyumlah andai dirimu dikhianati ♥
♥ Senyumlah andai dirimu ditindasi ♥
♥ Senyumlah andai dirimu dibebani ♥
♥ Senyumlah andai dirimu disakiti ♥

SENYUM tanda kekuatan diri.. Biar sakit dihati, tetapi jangan kita tunjukkan kelemahan diri..

♥ (^__^) ♥




Wednesday, January 11, 2012

WAKENABEB!

Hehheh saya ini hendak berkongsi satu cerita. Sudah lama tidak menulis di blog sendiri sebab terlalu sibuk. Emmm dari semalam saya rasa macam berada dalam rancangan "wakenabeb" hehehehh.


Semalam sepatutnya saya mengadakan sesi kaunseling bersama orang kena pengawasan (OKP) dan orang kampung yang bermasalah hehehhe. Tiba-tiba datang disuruh menjadi pencatat minit dan membuat taklimat mesyuarat hahahha "TOK PENGHULU" salah faham dengan surat yang diedarkan. Kami bilang supaya menghebahkan pada orang ramai untuk mendapatkan khidmat kaunseling bukan mengumpulkan barisan jawatankuasa untuk perjumpaan atau mesyuarat hahahhah masa diajak mesyuarat kami macam terpinga-pinga hahahhaha mahu tidaknya, main redah je hahahahh jadinya mesyuarat jadi nasi goreng sambal belacan la hahahhaha. Sepanjang perjalanan balik ke pejabat dalam van kami gelak tanpa henti hahahahha.

Pagi tadi saya digemparkan dengan pekara yang paling mengejutkan. Rakan pejabat semua mengatakan saya membela haiwan peliharaan dalam bilik pejabat saya hahahah selama ini rupanya saya berdua diteman olehnya. ingat kan duduk dalam bilik berhawa dingin tu seorang diri hahahah. Saya pun tidak sedar kehadirannya tah bila dia masuk. Selamat la baru-baru ni pindah tempat duduk ke luar. Bilik cuma guna masa buat kaunseling je. Minggu lepas memang ada pekara pelik dan bunyi-bunyian pelik berlaku masa saya sedang menjalankan sesi kaunseling, bila disuruh AMIR (budak comel yang ada dipejabat) tu tengokkan dia bilang tak ada apa-apa. Dan yang paling dasyat bilik saya tu dijadikan tempat solat hahahha sorang pun tak sedar ada apa dalam tu sehingga semalam YAN (budak pejabat yg cun dan ibu mengandung) perasan ingatkan kain buruk tapi ada mata pulak. bila diamati rupanya hahahhah


SAUDARA BIAWAK yang berumah dalam bilik Puan Zu hahahahha Sungguh mengerikan dan menakutkan hahahhaha. Nasib dia tak keluar masa saya ada dalam bilik tu hahhahaha. yang peliknya macam mana dia boleh masuk bilik saya tu hahahahhaha.
  
dan sebenarnya ada dua lagi kisah wakenabeb yang terjadi pada saya ni. huhhuu nanti saya sambung esok ya hahhahaha.