Wednesday, January 11, 2012

WAKENABEB!

Hehheh saya ini hendak berkongsi satu cerita. Sudah lama tidak menulis di blog sendiri sebab terlalu sibuk. Emmm dari semalam saya rasa macam berada dalam rancangan "wakenabeb" hehehehh.


Semalam sepatutnya saya mengadakan sesi kaunseling bersama orang kena pengawasan (OKP) dan orang kampung yang bermasalah hehehhe. Tiba-tiba datang disuruh menjadi pencatat minit dan membuat taklimat mesyuarat hahahha "TOK PENGHULU" salah faham dengan surat yang diedarkan. Kami bilang supaya menghebahkan pada orang ramai untuk mendapatkan khidmat kaunseling bukan mengumpulkan barisan jawatankuasa untuk perjumpaan atau mesyuarat hahahhah masa diajak mesyuarat kami macam terpinga-pinga hahahhaha mahu tidaknya, main redah je hahahahh jadinya mesyuarat jadi nasi goreng sambal belacan la hahahhaha. Sepanjang perjalanan balik ke pejabat dalam van kami gelak tanpa henti hahahahha.

Pagi tadi saya digemparkan dengan pekara yang paling mengejutkan. Rakan pejabat semua mengatakan saya membela haiwan peliharaan dalam bilik pejabat saya hahahah selama ini rupanya saya berdua diteman olehnya. ingat kan duduk dalam bilik berhawa dingin tu seorang diri hahahah. Saya pun tidak sedar kehadirannya tah bila dia masuk. Selamat la baru-baru ni pindah tempat duduk ke luar. Bilik cuma guna masa buat kaunseling je. Minggu lepas memang ada pekara pelik dan bunyi-bunyian pelik berlaku masa saya sedang menjalankan sesi kaunseling, bila disuruh AMIR (budak comel yang ada dipejabat) tu tengokkan dia bilang tak ada apa-apa. Dan yang paling dasyat bilik saya tu dijadikan tempat solat hahahha sorang pun tak sedar ada apa dalam tu sehingga semalam YAN (budak pejabat yg cun dan ibu mengandung) perasan ingatkan kain buruk tapi ada mata pulak. bila diamati rupanya hahahhah


SAUDARA BIAWAK yang berumah dalam bilik Puan Zu hahahahha Sungguh mengerikan dan menakutkan hahahhaha. Nasib dia tak keluar masa saya ada dalam bilik tu hahhahaha. yang peliknya macam mana dia boleh masuk bilik saya tu hahahahhaha.
  
dan sebenarnya ada dua lagi kisah wakenabeb yang terjadi pada saya ni. huhhuu nanti saya sambung esok ya hahhahaha.

1 comment:

Bicara Bisu said...

hehehe takooot gn bewak :(