Monday, April 23, 2012

KAUNSELING KELUARGA (CARA GAYA KEIBUBAPAAN)


Salam petang untuk semua sahabat, rasanya macam dah lama tak keluarkan dan kongsikan maklumat berkaitan Psikologi dan Kaunseling. Hari ni tergerak hati nak berkongsi serba sedikit berkaitan cara gaya keibubapaan heheheh bukan nak mengajar sahabat semua macam mana nak jadi ibu bapa tapi sekadar perkongsiaan. Hati ni tergerak kerana dalam beberapa bulan kebelakangan ini saya banyak sangat terlibat dengan ceramah serta situasi berkaitan keluarga, ibu bapa dan anak-anak. Hujung minggu yang lepas saya terlibat dengan kursus berkaitan dengan AUTISM seronok sangat mengikuti kursus itu. Banyak pengalaman yang saya dapat, nanti ada masa saya akan berkongsi dengan sahabat. Cara Gaya Keibubapaan ni kalau dalam  bahasa inggeris lebih dikenali sebagai parenting style. Sebenarnya ini adalam sebahagian dari ceramah yang biasa saya buat. 


Ok, kemahiran gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut. Berdasarkan kajian oleh Diana Baumrind, beliau telah mengenalpasti tiga jenis  gaya keibubapaan yang utama dan bentuk-bentuk tingkah laku yang terhasil  berdasarkan kepada setiap gaya keibubapaan ini (Baumrind 1971; Baumrind & Black, 1967). Gaya keibubapaan yang dimaksudkan ialah: 

a) Gaya keibubapaan autoritatif: Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia  mendengar pandangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga  sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi. Ini adalah gaya keibubapaan yang terbaik.

b)  Gaya keibubapaan autoritarian: Ibu bapa sedemikian bersifat tidak bertolak ansur, 
mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpa 
membenarkan mereka mempersoalkannya, menggunakan kaedah disiplin yang bersifat 
hukuman dan setiap keputusan yang dibuat oleh para ibu bapa tidak boleh dibantah. 
Kesannya hubungan akan lebih renggang di antara ibu bapa dan anak-anak serta lebih untuk 
tidak mempercayai dan berpuas hati. Selain itu, kanak-kanak perempuan lebih bergantung 
kepada ibu bapa manakala kanak-kanak lelaki cenderung bersikap agresif. 

c)  Gaya keibubapaan pengabaian: Anak-anak merasakan diri tidak dihargai dan dibiarkan menyusuri hidup sendirian. Cara gaya ini biasanya dikatakan sebagai tiada penjagaan dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak-anak. Biasanya ibu bapa yang dikatagorikan dalam gaya ini menganggap anak-anak perlu dan sentiasa patuh kepada mereka walau dengan apa cara sekalipun kerana ini adalah wajar. 

d)  Gaya keibubapaan permisif: Ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada kawalan. Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak mereka. Mereka juga tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas dan tidak menerangkan antara tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Ibu bapa yang menggunakan cara gaya keibubapaan ini akan membentuk sifat kurang matang, kurang kawalan diri, kurang tanggungjawab sosial dan kurang keyakinan diri pada anak-anak mereka.  

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan

Ibu Bapa Sebagai “Role Model”

Ibu bapa adalah “role model” untuk anak. Anak mempelajari secara berkesan melalui 
peniruan dan pemerhatian. Bersikap negatif seperti panas baran, mendera, mementingkan diri 
dan memaki hamun memberi kesan psikologi anak. Adalah tidak mustahil jika anak
sendiri mempunyai sifat-sifat sedemikian memandangkan pengaruh yang diterima.  

Kenali Rakan Anak

Buangkan rasa malu atau ego untuk mengenali rakan-rakan anak anda.  Cara ini memberitahu 
anda dengan siapa anak anda berkawan. Bonus kepada anda jika anda mengetahui seperti 
nama, keluarga, tempat tinggal serta tingkah laku mereka. Jika perlu, luangkan masa lapang 
anda seperti anda turut bersama hadir ke majlis rakan anak anda. Malah adalah tidak menjadi 
suatu kesalahan bagi ibu bapa untuk menganggap rakan-rakan anak mereka seperti rakan 
mereka sendiri.  

Sentiasa Berhubung Dengan Guru Anak Anda

Sentiasa berhubung dengan guru sekolah anak anda mengenai perkembangan anak. Cara ini 
membolehkan guru akan memberitahu anda seawal mungkin jika anak anda dikesan 
bermasalah.

Kualiti Masa 

Berbual kosong dengan anak sahaja adalah tidak memadai. Fikirkan bagaimana anda 
memaksimakan masa bersama dengan anak itu benar-benar berkualiti. Misalnya sedia 
mendengar apa jua ingin diberitahu oleh anak atau luangkan masa membantu anak dalam 
apa-apa pun. Sara Gable (2000) berpendapat bahawa ibu bapa dan anak-anak yang sejahtera 
sering berkomunikasi mengenai pelbagai perkara dan bukan hanya apabila wujudnya konflik. 
Berbincang dan mencari penyelesaian bersama dapat mengatasi atau mengurangkan tekanan 
yang dihadapi dan juga membina pertalian (bonding). 

Kebebasan Terkawal

Ibu bapa wajar menerapkan kebebasan yang terkawal ke atas anak-anak mereka. Kebebasan 
yang diberikan patut tidak melampaui batas iaitu mempunyai had-had tertentu. Ini penting 
penting bagi menjamin tidak timbul sebarang unsur-unsur negatif yang mempengaruhi 
mereka. Misalnya anak anda  boleh keluar rumah bersama rakan tetapi perlu memahami akan 
had-had yang perlu dipatuhi seperti berpakaian kemas, menjaga tingkah laku atau pulang 
pada masa yang telah dipersetujui bersama.  

Bersikap Realistik

Pastikan anda bersikap realisik terhadap kemampuan anak anda seiring dengan 
perkembangan umurnya. Ini penting agar anda tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi 
atau tidak realistik. Ada ibu bapa terlalu mengharapkan anak mereka cemerlang dalam 
bidang-bidang tertentu mengikut kemahuan mereka tanpa menghiraukan akan kemahuan dan 
kebolehan anak itu sendiri. Harapan ibu bapa yang tidak realistik dikhuatiri boleh 
menyumbang kepada tekanan ke atas anak-anak. Sewajarnya ibu bapa mengenalpasti akan 
kebolehan, bakat dan kecenderungan anak mereka dan seterusnya memberi dorongan. Ini 
adalah salah satu cara dalam memenuhi keperluan emosi anak-anak dan seterusnya penting 
dalam membantu meningkatkan harga diri mereka.  

Pengurusan Disiplin

Pengurusan disiplin yang salah boleh membawa implikasi kepada anak-anak  terutamanya dari 
segi kognitif, emosi dan tingkah laku. Menurut Maznah & Siti Nor (2002) disiplin sebenarnya 
melibatkan langkah pencegahan dan pemulihan. Langkah pencegahan termasuklah 
pengajaran dan latihan untuk membina kebolehan remaja serta penyediaan sempadan 
bertingkah laku. Pemulihan pula bertujuan membetulkan salah laku remaja dan membantu 
remaja supaya tidak mengulangi tingkah laku yang jelas bertentangan dengan norma 
masyarakat dan agama. Linke (1994) bependapat  disiplin yang lebih efektif ialah mengajar 
apa yang perlu dibuat daripada apa yang tidak patut dibuat dan juga menerangkan limitasi 
agar mereka berasa selamat dan terjamin.  

Peraturan sepatutnya diwujudkan sejak di peringkat awal lagi. Ini boleh dimulakan dengan 
membuat peraturan-peraturan yang mudah. Dalam membentuk pengurusan disiplin, 
perbincangan bersama ibu bapa dan anak-anak perlu mengenai peraturan yang ingin 
ditetapkan. Sebagai anak, mereka boleh berfikir secara rasional dan ini berfaedah lepada 
mereka dalam proses membuat sesuatu keputusan (Teoh Hsien-Jin, 2003).  
Cara ini membolehkan wujudnya pertimbangan dan tolak ansur bagi menjalankan peraturan. 
Anak sendiri memahami dengan jelas maklumat dan matlamat peraturan yang 
dilaksanakan. Ibu bapa juga perlu melaksanakan peraturan secara konsisten dan tidak 
bersikap berat sebelah. Misalnya ibu bapa menetapkan peraturan itu perlu dipatuhi oleh 
semua anaknya tanpa sebarang pengecualian terhadap seseorang itu sahaja. Dalam 
mempraktikan disiplin juga, ibu bapa seharusnya memberi sokongan kepada anak bukannya 
mengkritik. Dalam hal ini kesilapan yang dilakukan oleh anak itu perlu diterangkan dan 
membincangkan bagaimana untuk memperbaikinya. Apa yang lebih penting ialah ibu bapa 
melaksanakan disiplin dengan perasaan kasih sayang dan bukannya sebagai cara melepaskan 
kemarahannya
Beri Penghargaan/Pujian

Memberikan penghargaan/pujian terhadap remaja juga adalah salah satu usaha untuk menunjukan 
kasih sayang. Anak akan berasa bangga kerana mendapat penghargaan terutamanya 
daripada ibu bapa. Anak akan berasa bahawa bakat atau kebolehan yang dipamerkan itu 
mendapat perhatian dan dihargai. Penghargaan yang diberikan akan memberikan semangat 
dan inspirasi untuk remaja melakukan yang terbaik. 

Pendidikan Seks

Ibu bapa perlu prihatin atau peka dengan perkembangan biologi anak-anak. Ini kerana adalah 
normal untuk anak-anak mempunyai perasaan  ingin tahu mengenai seks. Mereka perlu 
memberitahu  anak-anak  perkara yang sewajarnya daripada daripada  anak-anak sendiri mendapat 
maklumat daripada sumber yang kurang tepat. Sikap malu atau berpegang kepada 
kepercayaan tradisi bahawa membicarakan mengenai seks secara terbuka dengan anak-anak 
mereka adalah kepercayaan lapuk. Ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran di mana anak 
berasa selesa untuk berbincang mengenainya. Ini dapat memberitahu anak maklumat yang 
betul seperti risiko hamil tanpa nikah, risiko melakukan seks bebas dan penyakit-penyakit 
berbahaya seperti AIDS dan HIV.  Selain itu, ini  memberi peluang kepada ibu bapa untuk 
menekankan perlunya anak-anak saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam apa 
jua hubungan. Jika ibu bapa merasakan tidak mampu untuk menjelaskan perkara tersebut 
kepada anak, dapatkan bantuan daripada profesional lain seperti kaunselor, psikologis dan 
doktor. 

Di bawah ini adalah soalan yang menentukan kita adalah kategori gaya keibubapaan cuba sendiri dan boleh dijadikan rujukan untuk membetulkan apa yang dirasakan kurang sesuai.


kiraan jawapan di atas helaian skor ni.



Ringkasan jenis-jenis gaya keibubapaan




12 comments:

Hartini Tahir said...

hi im a clinical psychologist from brunei. i really llike your article it helps me prepare my slides presentation in "Bahasa". I have significant problem finding the right words in malay.
for your info, since i graduated from UK doing Bsc Psychology and when i did Master in Clinical psychology, Parenting styles and parenting have been one of my areas of interest.
I just want to know where did you get the parenting style questionnaire, or if you can recommend me any standardize parenting style questionnaire. my email is hartini67@gmail.com

ZUHANIF said...

Thanks Zaara for your interest. I already give u an email. I share something with u and i hope it can helps u.

Unknown said...

salam tuan,sy amat berminat dengan soal selidik tersebut,bolehkah tuan berkongsi maklumat berkenaan soal selidik tersebut dan sumbernya.ni email sy, sitiamran83@gmail.com

Unknown said...

salam tuan,dalam bnyak2 artikal keibubapaan yg saya baca..artikal tuanlah yang paling menarik minat saya...dan ianya banyak membantu untuk saya menyiapkan tugasan saya ini...mohon tuan halalkan segala ilmu tuan yg telah sy ambil..tq

ZUHANIF said...

Alhamdulillah...dengan besar hari saya menghalalkan ilmu dan perkongsian saya ini..Jika ada apa2 lagi yang boleh saya bantu just email saja saya ya. Lupa nak update...Siti Amran sy dah email maklumat harap dapat membantu anda.

Unknown said...

Saya tertarik dengan artikel tuan...jika ada ilmu lagi.. Harap dapat berkongsi lagi... Banyak yang saya fahami n perlu ubah dalam mendidik anak anak saya yang tengah meningkat remaja

ZUHANIF said...

fairuslyana myfamily insyaAllah ilmu akan sy kongsikan jika ada pertanyaan n keperluan lain blh email sy ya...

Unknown said...

Salam, saya sedang buat projek akhir berkaitan gaya keibubapaan. Dan saya tertarik dengan artikel yang Cik kongsikan. Sudikah jika Cik berkongsi soalan soal selidik tersebut ke email saya nadiahamalinaliwan97@gmail.com ? Saya sangat berbesar hati sekiranya Cik dapat membantu saya menyiapkan tugasan projek akhir ini. Terima kasih.

Unknown said...

salam.saya amat tertarik dengan soal selidik tersebut. boleh share? email : Nurazira4683@gmail.com

terima kasih.

ZUHANIF said...

Cik Nurazira saya telah email pada cik maklumat yang dikehendaki ya

Iman Lurv Islam said...

Thanks

nadia said...

maklumat gaya keibubapaan yg menarik minat saya untuk membaca n mencari isi penting..