RENUNGAN DI HUJUNG MINGGU
KISAH LANTAI DAN PATUNG MARMARAlkisah terdapat sebuah muzium yang lantainya dibuat dari batu marmar yang indah. Di
tengah-tengah ruangan muzium itu terdapat sebuah patung marmar yang juga sangat
besar. Ramai pelawat yang datang dari seluruh dunia mengagumi keindahan patung
marmar itu. Suatu malam, lantai marmar itu berkata pada patung marmar.
Lantai : ”Wahai patung marmar, hidup ini sungguh tidak adil. Mengapa orang-orang dari
seluruh dunia datang kemari memijak-mijak diriku tetapi mereka mengagumimu? Kita ni
berasal dari gunung dan batu yang sama, tetapi sekarang kita menerima nasib yang
berbeza. Benar-benar tidak adil!”
Patung : ”Apakah kau masih ingat ketika suatu hari seorang pemahat datang dan berusaha
memahat dirimu, tetapi kau menolak dan merosakkan peralatan pahatnya?”
Lantai : ”Ya, aku masih ingat. Aku sangat benci pemahat itu. Bagaimana ia begitu
bersungguh-sungguh menggunakan pahatnya untuk melukai diriku. Rasanya sakit sekali!”
Patung : ”Kau benar! Pemahat itu tidak berjaya mengukir dirimu sama sekali kerana kau
menolaknya.”
Lantai : ”Lalu?”
Patung : ”Ketika ia memutuskan untuk tidak meneruskan pekerjaannya pada dirimu, lalu ia
berusaha untuk memahat tubuhku. Saat itu aku tahu melalui hasil karyanya aku akan
menjadi sesuatu yang benar-benar berbeza. Aku tidak menolak peralatan pahatnya
membentuk tubuhku. Aku berusaha menahan rasa sakit yang amat luar biasa!.”
Lantai : ”Mmmmmmm.........”
Patung : ”Wahai kawanku, ini adalah harga yang harus kita bayar pada segala sesuatu
dalam hidup ini. Saat kau memutuskan untuk menolak keperitan, maka kau tak boleh
menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi padamu sekarang.”
Wahai sahabat, sebagai renungan bersama di hujung minggu ini...Kita mesti ingat bahawa
tiada jalan pintas untuk berjaya. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan, keringat dan air
mata. Pengorbanan itu tangga kejayaan. Individu yang benar-benar berjaya ialah mereka
yang membentuk diri mereka untuk terus berjuang.
Kesusahan itu titik permulaan. Kejayaan itu akan datang di penghujungnya. Jadi, walau apa
pun keadaan... teruskanlah kehidupan! Bersakit-sakit dahulu...bersenang-senang kemudian.
Don't give up!
THANKS TO MY IDOL DATUK DR MAZNAH HAMID....
HOPE I WILL BE STRONG LIKE YOU...