Saturday, March 24, 2012

A TALK ON AUTISM

WHAT IS AUTISM? (APA ITU AUTISM)


Autism,apa itu Autism? ini adalah soalan pertama yang Mr Huby saya tanya masa perbincangan berkaitan dengan talk yang akan dibuat oleh majikan saya. So kat sini saya nak kongsi serba sedikit pengetahuan yang saya tahu berkaitan AUTISM. 


 Autism adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Ia juga boleh dikatakan satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang.


Penyebab autism adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif. Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autism. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autism, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autism boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’(ASD/GSA) 'Gangguan Spekterum Autistik.

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autism ini adalah:                  
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autism)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme kerana autism ini bukanlah satu penyakit tetapi kekurangan/gangguan pada sesuatu yang digantikan dengan kelebihan yang terfokus, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autism dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran mereka.

Tanda-tanda bagi Autism.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autism:

1) Kanak-kanak Autism mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autism. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autism di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autism tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autism adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autism lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autism juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autism adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Disamping itu seringkali (perilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan sebagainya.
Gejala autism sangat bervariasi. Sebagian anak berperilaku hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering menangis dan mengamuk. Kadang-kala mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.
Autisme dapat terjadi pada siapa saja, tanpa membezakan warna kulit, status sosial ekonomi maupun pendidikan seseorang. 
Tidak semua individu ASD/GSA memiliki IQ yang rendah. Sebagian dari mereka dapat mencapai pendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya. Bahkan ada pula yang memiliki kemampuan luar biasa di bidang tertentu (muzik, matematik, seni).
Peratusan autism menigkat dengan sangat membimbangkan dari tahun ke tahun. Menurut Autism Research Institute di San Diego, jumlah individu autistik pada tahun 1987 diperkirakan 1:5000 anak. Jumlah ini meningkat dengan sangat pesat dan pada tahun 2005 sudah menjadi 1:160 anak. 
Disini saya hanya berkongsi serba sedikit berkaitan dengan apa yang saya ketahui. Jika sesiapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalami berkaitan dengan Autism CALIPH WORKSHOP akan membawakan seseorang yang pakar dalam pekara ini untuk dibincangkan dan untuk perkongsian khas dalam membantu membangunkan anak-anak yang terpilih ini dengan lebih sempurna. Maklumatnya adalah seperti berikut :-


TARIKH : 21 & 22 APRIL 2012
MASA : 9.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT : CALIPH WORKSHOP,
TADIKA KHALIFAH ELIT
NO 53-2, JLN SETIA TROPIKA 1/30
TMN. SETIA TROPIKA
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
(bersebelahan AnZ Furniture)
PENCERAMAH : DR HASNAH TORAN
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
PhD DARI UNIVERSITI OREGON, USA
KETUA PENYELIDIK MAKMAL PEMBELAJARAN AUTISMA, UKM
DAN MEMPUNYAI ANAK AUTISM 
BAYARAN : RM80 / PAX
RM 100 / COUPLE
RM 70 EARLY BIRDS FEE (Sebelum 1 april 2012)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :
PUAN ANNY : 016-7227687
ATAU TINGGALKAN  SOALAN ANDA, 
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!!


7 comments:

Wayo said...

Dr. Hasnah Toran, penceramah yang memang Ummhhhhh!!!
Bagi parents dan ahli keluarga yang mempunyai kanak-kanak autism di rumah, ini memang peluang emas yang tidak boleh dilepaskan! Pendidik di aliran biasa juga digalakkan mengetahui dengan mendalam tentang autisma kerana selama ini mungkin anda tidak sedar bahawa ada anak murid autism dalam kelas anda yang memerlukan bimbingan yang berlainan dalam hidup mereka.

dhlondhenk said...

nice share sist,pembhasan tentang autisme pada anak detil banget,tentunya akan sangat berguna bagi para pembaca yang belum benar2 memahami tentang apa itu autisme pada anak...salam persahabatan,sekalian follow neh sist,followbacknya ditunggu kalau sista ga keberatan,thanks

Anonymous said...

whoah this weblog is fantastic i love studying your posts.
Keep up the great work! You already know, lots of people are looking around for this
information, you could aid them greatly.
My blog - tmj pictures

Anonymous said...

Terima Kasih kerana berkongsi tentang masalah ini sebab kini saya tahu tanda2 Autism terdapat pada anak lelaki saya yang berusia 1 tahun 10 bulan dan ini adalah sangat membimbangkan saya sebagai seorang ibu..Adakah meluangkan masa bersamanya dapat membantu?di sebabkan kesibukan bekerja saya jarang berinteraksi atau bermain dengannya.. :(

zuhanif said...

Salam Puan, meluangkan masa bersama dengannya adalah sangat2 membantu. dan andai kata puan nak berkongsi pendapat atau apa sahaja secara personal, kita boleh berhubung secara email di eida_comey83@yahoo.com atau fb sy seindahkristal@yahoo.com

Syedy34@gmail.com said...

Saya oku mencari kerja,saya memoho pertolongan dari pada pihat tuan/puan memberi saya kerja

Syedy34@gmail.com said...

No contact saya 0127894383