Monday, February 4, 2013

PERISTIWA PERTAMA DALAM SEJARAH

Pertama sekali aku nak panjatkan syukur Alhamdulillah sebab aku dan suami masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Sesungguhnya segala yang dilangit dan dibumi adalah atas kuasaNYA dan atas kehendakNya. Apa yang terjadi hari ni adalah kenangan selama 4 tahun kami memiliki kenderaan sendiri dan ini adalah kali pertama kami kemalangan teruk dengan kereta. Walaupun kita selalu berhati-hati di jalan raya namun ada segelintir pemandu yang sering cuai dalam pemanduan yang membuatkan jalan raya seperti litar lumba. Hasilnya orang yang tak bersalah terkena tempiasnya. Pagi tadi aku dengan suami terlibat dalam satu kemalangan, mujur tindakan pantas suami mengelakkan kami dari mengalami kecederaan yang lagi teruk. Jika suami tidak mengelak, kemungkinan besar kami sudah berada di bawah lori panjang dihadapan selepas di rempun kuat dari belakang oleh sebuah lori serdahana. Disebabkan suami sempat mengelak, lori yang merempuh kami itu telah merempuh belakang lori panjang tersebut. Hasilnya.........


pintu depan tempat duduk penumpang (tempat aku duduk pada mulanya xboleh dibuka dari dalam) suami yang cepat-cepat tarik dari luar dengan kuatnya baru boleh dibuka. Pemandu lori yang merempuh kami adalah lelaki india yang dipercayai mabuk. Moga Allah permudahkan segala urusan kami.

6 comments:

NaZiRaH @ Ezyra said...

takutkan bila mengalami kemalangan..huhu, alhamdulillah selamat..

Unknown said...

Alhamdulillah...nasib baik xde ape2 yang serius. Insyaallah..setiap yg berlaku ade hikmahnya :)

Farah Waheda Wahid said...

Allahuakbar... nasib x jadi apa2... dah pergi clinic belum? cek apa2 yang patut... take care dear...

puteri kasih said...

syukurlah zu dan suami selamat. tulah selalunya kita berhati-hati namun pemandu lain pula buat hal. take care yer zu

zuhanif said...

Thanks friends huhuhu kami suami isteri xde apa2 kecederaan. cuma suami mcm bingung ckit dan teperanjat sebab kami xde pengalaman kemalangan.

Yaya Mohd said...

salam...
adess..sakitnye....kerete tu..huuu
Alhmdlh..xde jadi apa2..xpe..dugaan..bsbarla