Wednesday, December 17, 2014

TENANG DI PAGI HARI.....


7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku


satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....


Monday, August 4, 2014

DUNIA KAUNSELING 1 : TEORI ROGER

Assalammualaikum..... sahabat....hari ini mood kembali ceria dan bertenaga...Terima Kasih Allah kerana memberiku kekuatan ini. So hari ini saya nak kongsi lagi berkaitan dunia yang amat saya suka dan sayang... sebelum ini saya da berkongsi berkaitan dunia kaunseling namun ianya secara asas sahaja. Sesiapa yang belum membaca boleh la singgah DISINI dulu. So now saya nak pergi lebih mendalam lagi sebab saya seronok berkongsi ilmu dengan anda semua. Saya adalah seorang kaunselor yang memegang TEORI ROGER. Namun dalam masa yang sama sedang mendalami TEORI IMAM AL-GHAZALI. So hari ini saya nak kongsi berkaitan TEORI ROGER atau lebih di kenali sebagai teori pemusatan klien dulu ya.


Latar belakang tokoh



Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park dan meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggungnya yang patah akibat satu kemalangan. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu bapanya sangat berpegang kuat pada agama. Kaluarganya sangat rapat dan adik beradiknya adalah seramai 6 orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.


Konsep Utama Terapi
Pandangan terapi terhadap manusia
Rogers berpandangan bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina, bekerjasama boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. (Rohany Nasir, 2006). Emosi-emosi negatif seperti marah, dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori adalah seperti berikut :
a. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita berdasarkan interaksi kita dengan orang lain.
b. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.
c. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.

Othman Mohamad (2005) dan Sapura Sipon (2007), menjelaskan klien bertanggungjawab mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak bertindak ke arah suatu kesedaran yang boleh menguntungkan dirinya dalam keadaan sebenar.

Matlamat terapi
Antara matlamat terapi ialah :
a. Klien mendapat kebbasan dan integrasi sepenuhnya dalam menyelesaikan masalahnya.
b. Membantu klien akan menangani bukan sahaja masalah sekarang tetapi juga masalah yang akan      datang.
c. Membantu perkembangan diri klien.

Proses dan teknik
Setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ka arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ka arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri sendiri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.







 Rogers menyarankan 3 suasana yang fasilitatif iaitu :
a. Ketulenan atau kongrean
b. Penerimaan tanpa syarat
c. Empati

Jika wujud suasana psikologikal itu perhubungan antara kaunselor-klien yang menumpukan penerimaan positif dengan keredaan kaunselor terhadap klienhya, keikhlasan, ketulenan didi dan kongreann dan kefahaman yang empati oleh kaunselor tentang ruang rujuk dalam klien, maka suatu perubahan personaliti akan berlaku dalam diri klien

Kongruen
Kaunselor menjadi dirinya sendiri. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, tidak bersifat ragu-ragu dan tidak berpuara-pura terhadap klien. Semakin dalam kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunseling secara tulen dan tidak berpuara-pura, semakin tinggi kemungkinan klien akan berubah dan berkembang. 






Penerimaan positif tanpa syarat
Menerima klien tanpa mengira syarat tertentu. Keadaan ini menyumbang kepada perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu. Kaunselor menerima tanpa syarat sangat menghargai diri klien dan tidak terpengaruh dengan tingkah laku klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan juga sikap klien. Ia adalah perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien.



Empati
Kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk klian dan membenarkan diri klien mengalami proses mental dan emosi yang dialami klien. Proses empati juga berlaku apabila kaunselor memahami dan menghayati perasaan klien. Kaunselor melaksanakan teknik empati sepanjang sesi rawatan. Namun begitu, kebolehan kaunselor adalah semasa sesi penerokaan di mana kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien akan berupaya memahami keadaan diri klien dengan lebih mendalam.

      Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh mmebantu untuk merangka satu ketetapan yang lebih memuaskan. Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjsama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah:
  1. Parafrasa
  2. Penjelasan
  3. Maklum balas
  4. Kongruen
  5. Mendengar untuk merasa
  6. Menghormati
  7. Penerimaan yang mesra
  8. Konfrontasi
Peranan kaunselor dan klien
Kaunselor
  • Fasilitator
  • Mewujudkan suasana teraputik
  • Membantu klien supaya tidak bersofat defensif bterhadap tingkah lakunya.
  • Menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnta.
  • Berusaha membantu klien mengenali diir dan masalahnya dengan jelas.
Klien
  • Klien memutuskan bahawa dia memerlukan kaunseling dan datang secara sukarela
  • Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran.
  • Klien bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien
  • Klien berasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri.
  • Klien cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan kaunselor.
  • Klien menentukan pilihan dan tindakannya sendiri (dibantu oleh kaunselor).
  • Klien berupaya dan bersedia untuk berubah
  • Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.
Limitasi
  1. Tidak terdapat teknik yang khusus.
  2. Kurang panduan tentang  cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien.
  3. Kebanyakan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah.
* Disebabkan itulah, kebiasaannya saya akan menggunakan teori ini dan mengadun teknik dan strategi dari beberapa teori lain yang bersesuaian dengan konsep Roger.

Tuesday, July 22, 2014

PERASAAN YANG TIDAK TERGAMBAR.....

Assalammualaikum.....dan selamat petang semua kawan-kawan. Lama rasanya saya tidak mencoretkan rasa hati dan perasaan di teratak saya ini. Saya juga rasa sudah lama saya tidak menjenguk rakan-rakan alam maya saya sentiasa ada untuk saya dalm berkongsi pendapat dan rasa hati. Sejak kebelakangan ini saya tidak tahu apa yang hendak saya rasa dalam hati ini agaknya. Kadang - kala rungsing, kadang kala sedih, kadang kala marah, kadang kala kecewa dengan persekitaran dan kehidupan yang menjalar dalam ruang lingkup kehidupan saya sekarang. Saya amat menyukai pekerjaan saya ini dan ianya adalah sesuatu yang saya cita-citakan sejak dulu lagi. Namun saya seperti hanyut dan tengelam dalam situasi yang mengheret saya untuk jadi dan berfikiran begini. Doa aku hanya satu "Allah....moga KAU sentiasa membimbing aku ke jalan mu. Hidupkan ku dalam iman dan matikan la aku didalam iman jua."  Banyak sungguh dugaan yang perlu aku lalui namun aku tahu ianya akan mengajar aku menjadi lebih matang dalam pertimbangan. Aku percaya apa yang berlaku dan terjadi ini adalah apa yang terbaik KAU rancang untuk hidupku. Dan aku sentiasa percaya, bahawa "tidak ada satu nafas pun yang keluar dari jasad kita ini melaikan ada takdir Allah didalamnya."..

Moga saya tabah dalam menjalankan ibadah dan amanah dalam kehidupan saya ini....  


Saya harus berdiri di atas kaki sendiri...sebab tiada siapa yang akan berdiri dengan kita andai kita dalam kesusahan.



Nukilan waktu bersedih...
22 Julai 2014
24 Ramadhan 1435 M
Jam 5.03 petang
lokasi : Pejabat...

Sunday, June 29, 2014

PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGALAMAN BERKAITAN TEMUDUGA SPA

Salam Ramadhan salam kemuliaan.....selamat menyambut ramadhan bagi muslimin dan muslimat. Hari ini 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 M. Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit maklumat dan pengalaman saya menghadapi temuduga. Saya adalah kelompok pertama Peg. Psikologi yang di ambil kerja melalui kaedah pengambilan secara Profiling yang lebih dikenali sebagai Myrecruitment. Jadi disini adalah serba sedikit maklumat berkaitan dengan temuduga tersebut. Saya ada di maklumkan 1 Julai 2014 ada temuduga pegawai psikologi baru so good luck pada yang akan di temuduga ya. Just be your self dan yang paling penting ikhlaskan niat di hati InsyaAllah segalanya berjalan lancar. Oppssss lupa, Penampilan adalah yang paling penting so sedikit kesilapan sahaja anda boleh di reject.

Kaedah Pengambilan Kakitangan Awam di SPA

KAEDAH PENGAMBILAN SECARA PROFILING (MYRECRUITMENT)

1. Kaedah  pengambilan  secara  profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).  MyRecruitment bertujuan  untuk  mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan  adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian produktiviti yang tinggi.
Pelaksanaan MyRecruitment

2. Pelaksanaan  MyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringan sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan temu duga seperti di Lampiran.   Proses saringan dalam  MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:
(i) Tapisan Awal
Calon yang mendaftar secara  online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;
(ii) Peperiksaan
Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;
(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan2
(iv) Temu duga
Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu  jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.
3. Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesi penilaian kompetensi dan temu duga.
Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga  lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.

Transformasi kaedah pengambilan sedia ada kepada MyRecruitment oleh SPA
diharap  akan meningkatkan persepsi positif calon terhadap ketelusan Kerajaan
dalam urusan pengambilan apabila calon dinilai dan dipertimbang, bukan
berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga
kesesuaian dan kompetensi mereka terhadap jawatan yang dipohon mengikut
keperluan kementerian/jabatan.  Pelaksanaan  MyRecruitment diharap dapat
melahirkan penjawat awam yang ideal iaitu cemerlang, memiliki kemahiran yang
bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran
masa dan perubahan persekitaran.
Rujukan spa.gov.my

Tahap yang paling mencabar ada 2 tahap ter akhir iatu :

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan2
(iv) Temu duga
Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu  jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

Semasa sesi Penilaian saya, awal pagi dimulai dengan pendaftaran perserta dan penyusun atur sijil-sijil berkaitan untuk diserahkan kepada urusetia(jika boleh, jadilah oarang yang paling awal mendaftar. Jangan sehingga urusetia terpaksa mengulang beberapa kali) kerana start di situ penilaian kita telah bermula. Selepas itu kami diberi nombor mengikut nombor pendaftaran yang akan digantung di leher sepanjang hari. Dimulakan dengan mengambil gambar terlebih dahulu dengan memegang nombor kepunyaan sendiri. Selepas itu task demi task pun bermula. task yang diberikan adalah bergantung kepada isu semasa dan apa sahaja yang berkaitan dengan skop kerja. Ada juga yang merangkumi minda kreatif ada pengucapan awam dalam bahasa English dan yang terakhir sekali di tutupi dengan temuduga secara berkumpulan. So itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. mudah-mudahan segala urusan kalian dalam temuduga dipermudahkan.

Monday, May 26, 2014

RINDU KAMU WAHAI BLOG.....

Lama sudah rasanya tidak mencoretkan apa-apa disini. Kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sudah lama tidak membuat sebarang perkongsian. Rindu serindu...rindunya dekat kamu wahai si blog...... so hari ini macam hendak berkongsi sesuatu. Untuk kali ini saya akan berkongsi berkaitan RAHSIA HUBUNGAN INTERPERSONAL YANG BERKESAN.  Pendekatan yang agak mudah untuk diamalkan iatu Pendekatan CUT APPEL AR.

CUT APPLE AR

C - Caring
U - Understanding
T - Trusting

A - Acceptance
P - Patience
P - Positive Thinking
L - Listening
E - Empathy

A - Assertive
R - Rasional

C = CARING
MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA IDEA DAN PERASAAN RAKAN.
MENUNJUKKAN SIFAT PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERAT BERSIFAT
TERBUKA DAN SEDIA MENDENGAR .

U = UNDERSTANDING
MUDAH MEMAHAMI PENDIRIAN ORANG LAIN
SENANG BERTOLAK ANSUR

T = TRUSTING
MEMPERCAYAI YANG SEPATUT DIPERCAYAI

A = ACCEPTANCE
MENGHORMATI ORANG LAIN KERANA MEREKA MEMPUNYAI HARGA DIRI.
ELAK DARIPADA MELABEL ATAU MENGHUKUM
MENERIMA ORANG LAIN SEADANYA

P = PATIENCE
KESABARAN MENGHADAPI TINGKAHLAKU MANUSIA.
BERUPAYA MENGAWAL EMOSI DAN SITUASI.

P = POSITIVE THINKING
KEUPAYAAN SESEORANG MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF POSITIF
SESUATU PERKARA YANG TUHAN LAKUKAN MEMPUNYAI HIKMATNYA
SENTIASA MELIHAT KELEBIHAN DISEBALIK SESUATU PERKARA YANG DIANGGAP
NEGATIF. Saya hari ini menuju kepada apa yang saya fikirkan.

L = LISTENING
SEORANG PENDENGAR YANG BAIK DAPAT MEMAHAMI MAKLUMAT YANG
DISAMPAIKAN DENGAN BAIK
PENDENGAR YANG BAIK BUKAN PENDENGAR YANG PASIF.

E = EMPATHY
KEUPAYAAN SESEORANG MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF ORANG LAIN.
BERUPAYA MERASAKAN APA ORANG LAIN RASAKAN.
MEMPUNYAI TAHAP EMPATHI YANG TINGGI TERHADAP RAKANNYA.

A = ASSERTIVE
BERSIFAT ASSERTIF BUKAN PASIF DAN BUKAN AGRESIF.
BOLEH MENYATAKAN PERASAAN ANDA SECARA BERTERUS TERANG.
MENYATAKAN HAK ANDA DAN MENGHORMATI HAK ORANG LAIN.
ORANG LAIN SENANG BERKOMUNIKASI DENGAN ANDA.

A = RATIONAL
MELIHAT DAN MEMIKIRKAN SESUATU DARI SUDUT RASIONAL, DALAM HAL INI
DIRI PERLU DALAM KEADAAN SEDAR. ELAKKAN NILAI DIRI DARIPADA
MENGATASI NILAI PROFESIONAL. GUNAKAN PENDEKATAN PMI, OPV, PAC, FIP, 
C&S.

PMI - Fahami apakah ada aspek positive, minus and interesting sesuatu perkara itu.
OPV - Selami apa pula other point of view terhadap sesuatu perkara itu.
PAC - Lihat pula apakah ada possiblilities, Alternatives and Choices yang ada.
FIP - Sedar apa yang first important priorities pada masa sekarang.
C&S - Jangan lupa fikirkan juga aspek causes and consequenses perkara itu berlaku.

SO SELAMAT MENGAMALKAN......

Wednesday, January 8, 2014

JOM TAMBAH PENDAPATAN....PERNIAGAAN BARU SEMPENA TAHUN BARU...

Saya dan suami baru sahaja menyertai satu peluang perniagaan yang kami rasa boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan selain kerja hakiki kami sekarang ini. tak sampai sebulan saya dan suami telah mempunyai income sendiri. Pucuk pangkalnya terpulang pada kita sama ada kita mahu berusaha ataupun tidak. walaupun pada permulaannya hanya sedikit namun lebih baik bermula dengan sedikit dari langsung tidak dapat apa-apa. Bak kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" yang penting usaha dan bersabar kerana jika itu rezeki kita yang Allah tetapkan kita akan perolehi juga , bezanya cepat atau lambat. Jika sesiapa berminat untuk menyertainya bolehlah tinjau-tinjau dulu dan jika berminat bolehlah menghubungi saya  
 Ingin Dapat Income Sampingan Tiap-Tiap 21hb?
Ramai yang dah dapat sehingga beribu-ribu ringgit,
malahan ada yang dah dapat berpuluh ribu ringgit,
tiap-tiap bulan pulak tu.


.
TuneTalk/ToneExcel telah mengadakan satu program dimana sebagai pengguna talian Tune Talk, anda juga boleh menjual simkad ini kepada orang lain, dan setiap kali orang tersebut topup dimana-mana kedai sekali pun, anda akan dapat komisyen setiap bulan di rumah.

sila klik gambar untuk ke web side



jom sama-sama menambah pendapatan


Wednesday, January 1, 2014

Bloglist Puterikasih.com 2014

PEMBUKA TIRAI 2014...... 
SAYA TAK NAK KETINGALAN UNTUK
MENJADI KAWAN PUTERI :)



“Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana saya senang bersahabat dengan puteri walaupun tidak pernah bersua muka. Walaupun saya terlalu sibuk namun saya tidak lupa untuk menjenguk puteri".