Saturday, November 23, 2013

DUNIA KAUNSELING

DUNIA KAUNSELING....

AKU HIDUP....AKU RASA.....AKU BELAJAR MENDALAMINYA...AKU BELAJAR APLIKASIKANNYA....AKU BELAJAR MENGAMALKANNYA...AKU SELARIKANNYA DENGAN TUNTUTAN ISLAM.....AKUGUNAKAN UNTUK DIRI SENDIRI....DAN SEKARANG...
AKU KONGSIKANNYA BERSAMA-SAMA KAMU...KAMU....DAN KAMU DILUAR SANA...
MARI BERSAMA-SAMA BERKONGSI RASA DAN CEBISAN BAGI MENINGKATKAN DIRI KEARAH KEBAIKKAN DAN DIREDHAI ALLAH ......

Sekarang ni sedang menelaah buku baru yang dihadiahkan oleh kakak kesayangan saya "Cik Yuslina" sempena hari lahir suami hehhehe tp saya grap dulu....Sorry ya kekasih hati :) saya amat tertarik dengan buku ini.....


so saya tertarik nak berkongsi beberapa ilmu yang saya suka dan saya ada :) mudah-mudahan sahabat diluar sana mendoakan urusan saya nak menyambung pelajaran ke tahap yang saya impikan akan tercapai. Rezeki saya memiliki buki ini jadi rezeki anda semua saya berkongsi ilmu yang saya ada terutamanya pada pelajar-pelajar dalam bidang kaunseling dan psikologi...Plus dengan pengalaman saya dalam bidang kerja sekarang sebagai pegawai psikologi merangkap kaunselor....

so kita mula dari awal (Apa itu kaunseling) untuk entry kali ini...

APA ITU KAUNSELING

Makna Kaunseling
• Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. 

Objektif Kaunseling
• Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan. 
• Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah. 
• Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu. 
• Menolong klien menyelesaikan masalahnya. 

Tujuan Kaunseling
• Memberi Maklumat-Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
• Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor 
• Menggalakkan Celik Akal-Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran.Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya 
• Memberi Sokongan-Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
• Penyelesaian Konflik-Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak). Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 
• Membuat keputusan-Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil


Antara kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan ialah:
— Kemahiran Mendengar
— Kemahiran Refleksi
— Kemahiran Menyoal
— Teknik Membuat Rumusan
— Kemahiran Memberi Maklumat
— Kemahiran Memberi Fokus
— Kemahiran Mentafsir
— Kemahiran Memulakan Sesi
— Kemahiran Menyelesaikan Masalah
— Kemahiran Menamatkan Sesi



Terdapat pelbagai teknik kaunseling yang boleh digunakan oleh seseorang kaunselor. Antaranya ialah:
— Pendekatan Person-Centered
— Pendekatan Gestalt
— Pendekatan Terapi Kognitif Tingkah Laku
— Pendekatan Terapi Solution-Focused
— Pendekatan Terapi Psikoanalitik
— Pendekatan Terapi Tingkah Laku
— Pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku
— Pendekatan Terapi Realiti dan Teori Pilihan
— Lain-lain

Peranan kaunselor kian penting dan keberkesanan khidmat kaunseling merupakan ukuran profesion ini. Seseorang kaunselor yang mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti:
i) Kemahiran kompetensi (kemahiran asas kaunseling dan teknik-teknik kaunseling)
ii) Kemahiran mengkonsepsikan kes (mengenalpasti masalah sebenar klien)
iii) Kemahiran pengurusan kes
iv) Kemahiran bekerjasama denganahli profesional lain
v) Kemahiran pemeliharaan dan penjagaan keselamatan rekod kaunseling

so rasanya cukup dulu setakat ini nanti kita sambung lagi ya...harap dapat memberi manfaat pada semua....



2 Comments:

puteri kasih said...

terima kasih berkongsi...nanti kongsi lagi yer zu :)

Amanina Mads said...

tak pernah lg org hadiahkan buku.. apa pun kaunseling tu bgus utk motivasi diri