Assalammualaikum dan salam petang....
Mood : down n kecewa dengan manusia..tapi mungkin sekejap sahaja..
emmm setiap tahun perasaan ini akan hadir. setiap tahun mood akan down disebabkan SKT & LNPT ialah nak buat macam mana dah namanya penilian oleh manusia so ikut suka dia je la nak bagi berapa. But serius aku mmg kecewa sangat dengan apa yang jd.....dgn apa yang aku dapat berbanding dugaan yang aku lalui demi menjaga kredibiliti dalam kerja tp last-last sendiri yang kecewa..so lepas ni kita jd org biasa-biasa je la ya... sebabnya buat kerja dengan tak buat kerja peniliannya pada tahap yang sama so buat apa nak penat-penat dan susah-susah berkorban seluruh jiwa raga buat yang terbaik..ye kan..so tahun 2016 kita tenang-tenang aje...buat hanya kerja sendiri dan amanah yang dipertanggungjawabkan sahaja. selebihnya biar Allah yang menilai...aku cari bukan nama..aku cari bukan penghargaan namun berpada-pada dalam menjadi pemimpin kerana bukan mudah berlaku adil...
P/S : peringatan untuk diri sendiri juga...bukan salah pun kerana ia hanyalah angka...
Monday, November 30, 2015
Sunday, November 15, 2015
PROMOSI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
Assalammualaikum dan salam pagi....
Lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini di sebabkan kekangan waktu dan tugasan yang banyak terlupa seketika untuk membelai teratak luahan ini. So sebenarnya lama dah nak buat slot dan pos berkaitan perkara ini sebab program ini sebenarnya berlangsung pada 5 Nov 2015 yang lalu. Mohon maaf pada yang menunggu post ini gentayangan dalam blog hamba ya heheheh :)
Pada pagi 2 November 2015 saya dimaklumkan oleh seorang kakitangan memohon saya untuk memberi ceramah menggantikan penceramah jabatan yang sepatutnya pada 5 November 2015 nanti. Memandangkan pada tarikh itu, saya telah "full book" oleh klien-klien saya, namun jika masa yang diberikan bersesuaian dengan pergerakkan saya, saya boleh memenuhinya. Hasil perbincangan telah bersetuju slot saya pada pukul 12.30 tengahari. Namun begitu terdapat beberapa kekangan dalam pengendalian (ye lah berhadapan dengan kanak-kanak istimewa dan ibu bapa kanak-kanak istimewa adalah sesuatu cabaran besar) slot saya tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, semasa saya berada di sana. Saya telah melihat perkembangan yang amat menarik perhatian saya. Di sebabkan kanak-kanak ini belajar dan mempelajari sesuatu di PDK saya dapat melihat kesungguhan mereka memberi komitmen dalam program yang telah di anjurkan. Jelas terlihat keyakinan diri, sikap ingin maju dan berdaya saing mengambarkan kejayaan dalam mendidik dan perkembangan yang amat baik bagi kanak-kanak ini berbanding kanak-kanak yang tidak melalui proses perkembangan, pembelajaran dan pemulihan yang melibatkan komuniti. Jadi pada saya sistem Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini telah berjaya menyumbang peranan yang besar dalam pengendaliaan kanak-kanak istimewa ini.
Sejuta tahniah juga saya ucapkan kepada Pengerusi (Puan Mahani) serta kakitangan PDK Senggarang, Batu Pahat, Johor kerana telah berjaya mengadakan satu program memberi pengiktirafan dan peluang kepada kanak-kanak istimewa ini. Juga tidak lupa sokongan padu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang kerana telah merasmikan program tersebut. Program ini juga telah mendapat liputan dari akbar digital Malaysia Aktif. Berita berkaitan boleh di lihat DISINI. Tahniah sekali lagi kepada tenaga kerja dan jawatankuasa PDK Senggarang atas kejayaan ini. PDK Senggarang boleh dihubungi melalui alamat PDK DUN Senggarang, 1-3 &1-3A, Jalan Sri Mewah 1, Taman Sri Mewah, Senggarang, 83200 Batu Pahat, Johor. Sebelum saya berkongsi tentang gambar-gambar semasa program dijalankan..ingin sekali saya berkongsi dan memberi info berkaitan dengan PDK.
Mengambil kira sumber ekonomi
negara dan membolehkan untuk diperluaskan perkhidmatannya yang menyeluruh
mengikut keperluan OKU. program ini diwujudkan sebagai program alternatif
kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. satu kaedah dalam pembangunan komuniti
untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan
masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan,
mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
Program ini memerlukan penyertaan
dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat
dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti.
PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran
masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Program ini bukan sahaja
"cost-effective" tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih meluas
kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapat
mengeratkan hubungan keluarga dimana OKU tidak perlu dipisahkan dari keluarga
dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. selain itu, ibu
bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan
kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.
Kumpulan sasar & Matlamat
Kumpulan Sasar:
~kanak-kanak dan remaja kurang upaya.
Matlamat :
~kanak-kanak dan remaja kurang upaya.
Matlamat :
·
Mengurangkan impak kurang upaya seseorang atau individu.
·
Memastikan penerimaan masyarakat dan intrgrasi sepenuhnya
mereka yang kurang upaya di
dalam kehidupan seharian sesebuah keluarga atau
komuniti.
·
menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai
ahlinya yang kurang upaya.
·
Menggalakkan penglibatan secara menyeluruh anggota keluarga
serta masyarakat tempayan terhadap mereka yang kurang upaya.
·
untuk mendedahkan orang kurang upaya (OKU) kepada cara hidup
dan norma-norma kehidupan bermasyarakat.
·
Mengurangkan sifat kebergantungan OKU dan memberikan latihan
ke tahap yang sempurna yang maksimum ke arah hidup berdikari.
·
Untuk melatih OKU berinteraksi dengan masyarakat secara
terbuka ke arah konsep normalisasi dan
integrasi.
·
Untuk mengatasi masalah OKU yang terbiar dan ditinggalkan
oleh keluarga dalam institusi
kebajikan dan pendedahan kepada suasana &
tempat kerja
Di bawah ini adalah beberapa gambar sepanjang program "Gaya Hidup Sihat Untuk Kanak-Kanak Senggarang 2015"
Beberapa ceramah yang disampaikan
Perasmian dan lawatan ke booth oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang
Pemeriksaan untuk kanak-kanak dan masyarakat setempat
Program bercerita menggunakan puppet
Persembahan ' Tarian ‘Gummy Bears’
Persembahan 'Tarian Zapin'
Pertandingan mewarna
Dan di bawah ini Pertandingan pakaian beragam yang paling banyak dan paling ketara menampakkan keyakinan diri serta self estim kanak-kanak istimewa ini berada ditahap yang membanggakan.
Johan Pertandingan Pakaian Beragam
Pemberian hadiah kepada usaha kanak-kanak istimewa ini membangunkan diri membawa kegembiraan kepada mereka. Serta pada pengamatan saya kesemua kanak-kanak yang memasuki pertandingan ini membawa pulang hadiah walaupun ianya hanya sekotak alat tulis sudah cukup membahagiakan dan menceriakan mereka.
tarian dan senaman bebas memberi ruang pada mereka bersuka ria... :)
Sekian sahaja perkongsiaan saya dan saya menyokong penuh usaha-usaha memberi runag kepada kanak-kanak istimewa ini mengembangkan diri serta membangunkan diri ke arah kehidupan yang lebih sempurna oleh PDK. Sekali lagi ucapan tahniah saya kepada PDK senggarang serta tenaga kerjanya yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Saya juga adalah salah seorang penceramah dan fasilitator yang menguruskan Kursus-kursus petugas PKD dalam sesi Terapi yang telah diadakan sebanyak 6 siri dan akan menyusul lagi 2 siri bagi mencurahkan ilmu yang sedia ada untuk petugas lebih kreatif serta lebih kompiten dalam menjalankan tugas. Projek terbaru saya dalam menyokong dan mempersiapkan diri untuk turut serta dalam mengembling tenaga memberi yang terbaik buat kanak-kanak istimewa ini adalah penyertaan saya dalam "BG170 Brain Gym® for Special Needs Providers"
dan pada minggu hadapan saya akan menghadiri kelas lanjutan untuk " Brain Gym - Movement Based Learning Teacher Training" untuk membolehkan saya mendapat sijil untuk mengajar kelak...
Doakan saya berjaya dalam semua urusan dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKMM kerana memberi peluang kepada saya dalam mempelajari dan menjadi pelopor kepada ilmu ini. Selamat Maju Jaya semua....semoga kita sentiasa didalam Barakah serta Lindungan Allah S.W.T hendaknya...Amin....
Monday, November 9, 2015
PERTANDINGAN TELAH BERMULA....
SAYA HENDAK MEMBUAT PROMOSI PERTANDINGAN YANG TELAH SAYA BUAT SECARA RASMINYA DI PAGE SEINDAH KRISTAL SHOP SAYA....SO DI JEMPUT SEMUA UNTUK MENJAYAKANNYA....SEMOGA DENGAN PENYERTAAN TUAN DAN PUAN MEMERIAHKAN LAGI PERTANDINGAN INI.....
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ADALAH :
1) LIKE PAGE SEINDAH KRISTAL SHOP DI FB
2) TAG & INVITE SEBERAPA RAMAI KAWAN ANDA (TAG YANG PALING RAMAI ADA KELEBIHAN DALAM MEMENANGI PERTANDINGAN)
3) COVER PHOTO MESTILAH BERKAITAN PRODUK & PERNIAGAAN SEINDAH KRISTAL
4) HASIL COVER PHOTO HENDAKLAH DI EMAIL KEPADA zuraidah_zuhanif@yahoo.com
5) HASIL PERTANDINGANAKAN MENJADI HAK MILIK SEINDAH KRISTAL UNTUK PROMOSI-PROMOSI AKAN DATANG...
TARIKH TUTUP PERTANDINGAN ADALAH PADA 30.11.2015 (ISNIN)
"SELAMAT MAJU JAYA SEMUA"
Monday, November 2, 2015
TEORI TRANSACTIONAL ANALYSIS
Assalammualikum
dan selamat pagi....
Tahun 2015
rasanya kejap sahaja berlalu....tiba-tiba bila teringat hendak menjengah blog
baru terperasan rupanya dalam tahun 2015 ini baru satu artikel dikeluarkan.
Kesibukkan menghalang saya untuk bergiat aktif semula dalam dunia bloging...
rindu rasanya saat-saat boleh berkongsi apa sahaja cerita di dalam blog. Bila
la agaknya dapat menjadikan diri ini rajin mengeluarkan artikel sehari satu
artikel hahahhaah...so tanpa melenggahkan masa saya sebenarnya nak membuat
sedikit pencerahan berkaitan tajuk post yang hendak saya bincangkan...ini
memandangkan baru-baru ni mendapat pangilan dari seorang rakan semasa saya
bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing dahulu...Post ini khas
untu En Rafi yang sedang melanjutkan pelajaran dan hendak tahu dengan lebih
lanjut berkaitan dengan teori berkaitan iatu "Teori
Transactional Analysis"
Konsep Dasar Transactional Analysis (TA)
Transactional
analysis (TA), merupakan salah satu teori kognitif , dikembangkan oleh Eric
Berne pada awal tahun 1960. Teori ini menjadi terkenal setelah penerbitan dua
buku terlaris: Berne’s Games People Play (1964)
dan Thomas Harris’s I’m OK; You’re OK (1967).
Eric
Berne lahir pada tahun 1910 di Montreal, Kanada, di mana Ayahnya adalah seorang
dokter dan ibunya adalah seorang penulis dan editor. Merupakan sebahagian dari
pelatihan analisisnya yang diawasi oleh Erik Erikson. Kemudian ia membuat
penelitian di rumahnya pada tahun 1950 dengan analisis dan prektikal yang
berjadual. Pada tahun 1950, Berne di tolak untuk keanggotaan dalam
Psychoanalytic Institute dan kemudian beliau mengambil keputusan untuk
memutuskan hubungan diri dari psikoanalisis dan mengembangkan transactional
analysis secara bersendiri. kebanyakkan dasar teori ini dipengaruhi
oleh Adler ..Life style (Adler), Life script (Berne). Inferioriti (Adler, I am
not Ok (Berne). Kaunselor atau terapist lebih kepada guru dan Klien lebih
kepada pelajar (Corsini, 1977).
Dusay
(1977) menjelaskan methode utama TA dalam empat fasa iatu :
·
Structural analysis: Pemahaman apa yang terjadi
dalam diri individu
·
Transactional analysis: Menggambarkan apa yang
terjadi antara dua orang atau lebih
·
Game analysis: Memahami transaksi antara individu
yang mengarah pada perasaan buruk
·
Script analysis: Memahami rencana hidup seseorang
Structural Analysis
Dalam
analisis ini, setiap orang dianggap memiliki tiga fungsi ego: anak-anak, orang
tua, orang dewasa. Berne mendefinisikan keadaan ego sebagai ”pola konsisten
dari perasaan dan pengalaman yang berkaitan langsung dengan pola konsisten
suatu perilaku”.
The child ego state adalah perkembangan yang pertama. Ini merupakan
bahagian dari keperibadian yang ditandai dengan keanak-anakan. Perilaku anak
kecil yang menggambarkan rasa ingin tahu, egois, mudah mennangis. Keadaan ego
anak terdiri dari dua subdivide: sifat kekanak-kanakan dan anak adaptif
The natural child adalah bahagian dari orang yang spontan,
impulsif, masih berorientasi, dan sering egois dan bersenag-senang. Sifat
anak-anak ini juga intuitif, kreatif, dan responsif terhadap nonverbal.
The adaptive child adalah bahagian dari keperibadian yang sesuai
dengan keinginan dan tuntutan dari pandangan orang tua.
The parent ego state menggabungkan sikap dan perilaku dari orang tua.
The nurturing parent adalah bahagian dari kegembiraan,pujian.
The adult ego state tidak terbagi atau terkait dengan usia seseorang.
Cara
kedua untuk memahami dan memprediksi perilaku manusia meliputi diagram
transaksi ego-state. Diagram dari analisis transaksional adalah interpersonal,
berbeda dengan diagram intrapersonal dari analisis struktural. Transaksi dapat
terjadi pada satu dari tiga tingkatan: complementary(Komplementer),
crossed(Silang) , or ulterior (Tersembunyi).
Game Analysis
Permainan
adalah transaksi motivasi tersembunyi yang muncul sebagai pelengkap di awal
tetapi berakhir dengan perasaan buruk. Seseorang bermain permainan untuk
menyusun waktu, mendapatkan pengakuan, membuat ramalan lainnya. Ada tingkat
pertama, tingkat kedua, dan tingkat ketiga dalam permainan.
-
Tingkat pertama permainan adalah permainan yang dimainkan dikalangan sosial
dengan siapapun yang bersedia mengambil bahagian.
-
Tingkat kedua permainan terjadi apabila permainan lebih serius, biasanya di
gunakan dikalangan yang lebih akrab.
-
Tingkat ketiga permainan biasanya meliputi kerosakkan jaringan (Pemikiran
Negatif), dan para pemain berakhir di penjara, hospital atau kamar mayat.
Script Analysis
Berne
percaya bahawa setiap orang membuat senario kehidupan, atau rencana hidup, di
awal masa kanak-kanak pada usia 5 tahun, senario ini yang menentukan bagaimana
seseorang berinteraksi dengan orang lain berdasarkan interpretasi dari
peristiwa eksternal. Pesan-pesan positif yang diberikan untuk anak sebagai hak
akses dan tidak membatasi orang dengan cara apapun. Pesan negative lebih kuat
dan dapat menjadi dasar untuk merosakkan senario.
Berikut
menunjukkan beberapa pola script negatif
yang umum:
·
Never scripts:
seseorang tidak pernah mendapatkan apa yang ia inginkan kerana dilarang orang
tuanya. (“menikah itu buruk, jangan pernah menikah”).
·
Until scripts:
seseorang harus menunggu sampai waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu
sebelum dia mendapatkan reward (hadiah)
(“kamu tidak boleh bermain hingga pekerjaan kamu selesai”).
·
Always scripts:
seseorang mengatakan kepadanya bahwa sangat penting untuk menyudahkan sesuatu
pekerjaan yang sama hingga selesai (“kamu sebaiknya selalu menyiapkan
pekerjaan yang telah kamu mulai”).
·
After scripts:
seseorang mengira akan mengalami kesulitan setelah masa tertentu (“setelah usia
40, hidup akan menurun”).
·
Open-ended scripts: seseorang tidak tahu apa yang harus ia lakukan
setelah mengorbankan waktu (“bekerja keraslah ketika kamu masih muda”).
Terdapat pula miniscripts dalam
hidup seseorang yang fokus pada “minute by minute occurances”. Beberapa miniscripts yang umum adalah “be perfect,” “be strong,”
“hurry up,” “try hard,” “please someone.” Kelima perintah ini disebut drives (dorongan), memberikan jalan keluar naskah hidup
mereka, tetapi hanya sementara.
Naskah hidup yang ideal dalam istilah TA adalah diinformasikan oleh keadaan
“saya OK, kamu OK” (mendapatkannya dengan keadaan) (Harris, 1967). Tetapi orang
bisa menjalankan 3 keadaan untuk perkembangan personaliti : saya OK
menurut
"Healthy parenting practices"
- individu
yang mampu berpandang "self positif" apabila perkembangan
melalui (I am OK) dan orang lain (you are OK).
- "Negative
parenting practices" akan membentu individu lebih kepada (I am not
OK) dan (you are not OK).
- "Normal
personality development" akan mengekalkan pandangan positif (I am OK,
you are OK)
Jenis-jenis transaksi
:
Transaksi merupakan inti dari konsep AT. Istilah
transaksi sebenarnya adalah istilah yang sering dipergunakan dalam lapangan
komunikasi. Sesuai dengan teori ini, transaksi diertikan sebagai hubungan
stimulus respons atau duaego state. Transaksi akan terjadi bila
seseorang (A) memberikan rangsangan (stimulus) kepada orang lain (B), B memberi
respons dan pada gilirannya respons B itu menjadi stimulus bagi A dan begitu
seterusnya.
Menurut Berne, transaksi itu terjalin antar ego
state. Kalau dua orang berada pada suatu ruangan, berarti pertemuannya
6 ego state. Dari sudut ego state ini, Berne
mengemukakan adanya 3 macam, yaitu transaksi yang bersifat Complementary (Komplementer),
Crossed (Silang), dan Ulterior (Tersamar atau sembunyi).
1. Transaksi
Komplementer (Complementary Transactions)adalah
transaksi yang arah transaksi stimulus-responsnya konsisten. Dengan kata lain,
Transaksi Komplementer adalah transaksi antar dua ego state yang
sama, seperti P dengan P, A dengan A, atau C dengan C. Contoh transaksi P-P
lihatlah orang yang tengah bertengkar atau membuat diskusi masalah dunia.
Contoh A-A seperti seminar atau berbicara tentang pekerjaan. Contoh C-C orang
bercinta atau bersenang-senang bersama. Ada Sembilan kemungkinan jenis
transaksi komplementer (PP,PA,PC,AP,AA,AC,CP,CA,CC). Aturan pertama komunikasi
Berne adalah bahwa komunikasi akan berjalan dengan baik selama transaksinya
berkerjasama.
2. Transaksi
Silang (Crossed Transaction) merupakan transaksi antar dua ego
state yang berbeza. Respons transaksionalnya (a) datang dari ego
state yang berbeza dengan ego state yang dituju,
dan/atau (b) mengarah ke ego state yang tidak mengirimkan
stimulus awalnya. Ada 72 kemungkinan jenis transaksi menyilang, namun hanya
beberapa yang sering terjadi, misalnya P–A (ujian skripsi), P–C (guru di kelas),
dan A–C (doktor - pesakit).
3. Transaksi
tersamar atau sembunyi (Ulterior) adalah
transaksi antara dua ego namun terjadinya transaksi satu/dua ego lain yang
tidak kelihatan atau tertutup, namun dirasakan oleh orang yang melakukannya.
Cara lain untuk melihat ini adalah di kalangan interaksi manusia, ada agenda
sosial psikologis maupun sosial yang mempengaruhinya. Transaksi yang tak
kelihatan itu mengandung kesan psikologis. Transaksi ini dapat terjadi dalam
situas sehari-hari seperti ketika seorang jurujual mengatakan kepada seseorang
pembeli: “Mungkin Anda semestinya tidak membeli barangan yang indah dan mahal
itu”, sementara pesan psikologinya adalah “Ayolah, aku ingin kau membelinya”.
Ataupun dari keadaan dalam keluarga, Ayah memarahi anak atas beberapa kesalahan
namun ibu menyebelahi anak dengan menegur bapa supaya tidak memarahi anak.
Disini kefungsiaan bapa telah hilang dan tersembunyi peranan ibu yang
menghalang psikologi bapa dari menegur anak.
Dari ketiga macam transaksi tersebut diatas, maka
transaksi yang baik adalah transaksi antara ego state Dewasa
(Adult) dengan Dewasa (Adult), kerana lebih bersifat realiti dan logik.
Teknik dalam pendekatan TA
TA telah menginisiasi sejumlah teknik untuk membantu klien mencapai tujuannya.
Diantaranya yang umum adalah analisis struktural, analisis transaksional,
analisis permainan, dan analisis script. Beberapa teknik lain
diantaranya:
·
Treatment contract –
secara spesifik, secara asasnya kontrak menekankan pada persetujuan atas
tanggung jawab untuk kaunselor dan klien (Dusay & Dusay, 1989). Dari
kontrak tersebut akan diketahui bila tujuan kaunseling akan tercapai. Beberapa
pendekatan perilaku yang digunakan juga tersenarai dalam kontrak.
·
Interrogation – meliputi
berbicara kepada kedudukan ego dewasa klien hingga kaunselor menerima respon
dewasa. Tekniknya kadang kala jadi sangat konfrantatif. Jika tidak digunakan
dengan tepat, interogasi menjadi tidak efektif dan hanya menjadi bahan cerita.
·
Specification – identifikasi
terhadap kedudukan ego yang mempunyai transaksi. Spesifikasi dimulai dari
kedudukan ego dewasa antara klien dan kaunselor. (klien
bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya)
·
Confrontation – meliputi
kaunselor menitikberatkan pada perilaku dan perbicaraan klien. Penggunaan
TA pada teknik ini lebih kurang sama dipakai pada teori lain.
·
Explanation – terjadi
pada level kedudukan ego dewasa. Kaunselor menperihalkan kepada klien mengenai
aspek-aspek TA.
·
Illustration – menjelaskan
pada klien atau menguraikan intinya. Memberikan ilustrasi maksudnya adalah
menceritakan secara humoris terhadap klien dalam kedudukan egonya seperti
anak-anak maupun orang dewasa. (memberi
contoh-contoh yang bermakna daripada sesi ini)
·
Confirmation – digunakan
ketika melakukan modifikasi perilaku kembali dan maksud kaunselor sampai pada
klien. Teknik ini hanya efektif jika klien memperlihatkan ego dewasa yang kuat.
·
Interpretation – mencakup
kaunselor menjelaskan kepada ego anak-anak klien mengenai alasan perilaku
klien. Teknik ini merupakan prosedur utama dari psikodinamika dan hanya
digunakan ketika klien memiliki kedudukan ego dewasa yang berfungsi secara
efektif. (Bantu Klien memahami persepsi pengalaman lalu)
·
Cristallization – terdiri
dari transaksi dewasa kepada dewasa dimana klien menjadi peduli bahwa bermain
game individual dapat memberikan apa yang ia inginkan. Jadi, klien bebas
melakukan sesuai pilihannya, dan proses TA telah sempurna. (komunikasi
Adult to Adult)
Kelemahan TA
Disamping analisis dan ajaran Berne ini, yang
telah berhasil mewujudkan teori-teori komunikasi kelapangan psikologi, bukanlah
bererti teori ini tidak mempunyai kelemahan, banyak kritik dilontarkan pada AT,
diantaranya :
-
Kurang Efisen terhadap Kontrak Treatment
AT mengharapkan, kontrak treatment antara
kaunselor-klien harus terjadi antara status ego Dewasa-dewasa. Maknanya
menghendaki klien mengikat kontrak secara realiti, sebagai orang yang
memerlukan pertolongan.
Tetapi dalam kenyataannya, cukup banyak ditemui
bahwa klien yang punya anggapan negetif terhadap dirinya, atau tidak realistik.
Kerana itu, menyukarkan tercapainya kontrak, disebabkan tidak dapat
mengungkapkan tujuan apa yang sebenarnya diinginkannya. Sehingga memerlukan
beberapa kali pertemuan. Hal semacam ini dianggap tidak efisen dalam
pelaksanaannya.
-
Subjektif dalam Menafsirkan Status Ego
Apakah ungkapan klien termasuk status Ego Orang
tua, Dewasa, atau Anak-anak merupakan penilaian yang subjektif. Mungkin dalam
hal yang ekstrim tidak ada perbezaan dalam menafsirkannya. Tapi bila pernyataan
itu mendekati dua macam status ego akan sulit ditafsirkan, dan mungkin berbeza
antara orang yang satu dengan yang lainnya. Kesalahan atau perbezaan dalam
menafsirkan status ego ini telah dibuktikan oleh Thomson dalam Dusay (Corsini,
1984) yang telah merakam suatu wawancara kaunseling, kepada kaunselor-kaunselor
AT disuruh menganalisis wawancara itu dari 3 macam status ego. Hasilnya
memperlihatkan adanya perbezaan penafsiran diantara kaunselor-kaunselor tadi
Di pihak lain error dari pihak klien mungkin pula
muncul ke permukaan. Secepat ia memasuki ruangan kaunseling secepat itu pula
terjadi perubahan pola komunikasinya. Interaksinya diluar ruangan kaunseling
tidak sama dengan didalam ruangan kaunseling. Bisa diluar lebih baik dengan menampilkan
status ego dewasa, tapi di dalam ruangan kaunseling lebih
banyak menampilakan status ego Anak-anak.
Latar belakang kebudayaan serta bahasa sangat
mempengaruhi pemahaman mengenai status ego ini. Kerana itu analisis terhadap
status ego ini bila antara kaunselor dengan klien punya latar belakang
kebudayaan dan bahasa yang sama. Dan adalah sangat sulit terciptanya penafsiran
yang sama pada masyarakat yang punya strata sosial berbeza. Perbezaan dalam
memahami status ego ini, menyebabkan sulitnya kesamaan dalam menentukan status
ego klien.
-
Kurang Petunjuk Mengenai Tingkah laku Kaunselor
Bagi orang yang ingin mempraktikkan AT ini perlu
petunjuk bagaimana menganalisis transaksi itu secara tepat dan berkesan.
Termasuk persoalan bentuk-bentuk responsnya, dan konten dari ungkapan klien.
Mungkin di atas telah disebutkan adanya analisis struktur, permainan, Skrip
dengan penggunaan beberapa teknik, namun teknik mana yang dipakai dalam
menganalisis itu tidak / belum dikembangkan secara khusus dalam teori AT ini.
Kerana belum adanya petunjuk khusus ini, orang menganggap AT kurang terperinci,
dan tidak ada petunjukanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)