Tuesday, March 29, 2016

TERAPI LUKISAN....EDISI TERHAD...

Assalammualaikum dan salam pagi.......

Sebelum saya mencoretkan artikel ini atas permintaan seorang sahabat (bernama Cik Yuslina) dengan lebih panjang lebar, izinkan saya berkongsi sedikit doa agar kita sama-sama mendapat barakah dari apa yang kita lakukan..InsyaAllah dengan izin Allah.....Sebuah doa yang amat bermanfaat sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, semoga doa ini dapat memudah dan mempercepatkan segala urusanDoa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah yang mengandungi permohonan berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda;
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.

ok so kalau kalian masih ingat akan post-post saya yang melibatkan penceritaan berkaitan art therapy ataupun terapi lukisan kalian mesti akan mengingati ilmu-ilmu yang ada didalamnya. Untuk review semula kalian boleh ke page ini Art 1 dan Art 2. Kalau ikutkan memang ada lagi ilmu yang ingin dikongsi namun kerana kekangan masa dan terlalu sibuk terbengkalailah ia. So ini adalah permintaan seorang sahabat sebab tu ianya di tajukkan edisi khas heheheh. So jom kita jelajah...



Gambar pertama...


Gambar kedua...


Gambar ketiga...

ok...penafsiran awal yang dapat dilihat adalah berdasarkan pemerhatian lukisan..namun begitu permerhatian bersemuka dalam mengulas lukisan adalah lebih baik kerana akan mendorong klien meluahkan lebih banyak ekspresi dan emosi.
Antara permerhatiannya adalah berkaitan dengan : 

1) Gunung ganang
Gunung itu melambangkan cita-cita ataupun harapan...so ianya bergantung kepada keadaan dimana ada atau tidak gunung, besar atau kecil, landai atau memuncak dan pemerhati juga boleh bertanya pada klien apa perasaan semasa klien melukis gunung itu dan melihat pada tekstur garisan dalam membentuk gunung itu sendiri. Tekstur dengan sekali jalan garisan gunung (seperti lukisan kedua) atau tekstur garisan yang berkali-kali untuk menghasilkan gunung (seperti lukisan ke 3) pemerhati juga boleh melihat dari segi bentuk keseluruhan gunung itu dan boleh bertanya kepada klien mengapa gunung di warnakan dengan latar belakang hitam kabur (seperti gambar ke dua) serta kenapa gunung di buat latar belakang bercorak seperti (gambar ke 3) ianya melambangkan emosi klien dalam menentukan harapan serta cita-citanya itu.

2) Matahari
Matahari melambangkan keyakinan diri, sama ada matahari di lukis penuh, dilukis separuh menunjukkan keberanian dalam diri menyuarakan sesuatu mahupun melakukan sesuatu. Namun begitu, jika dilihat dari lukisan yang ke 3, matahari walaupun dilukis penuh namun garisan pd bulatan matahari menggambarkan emosi yang tersekat atau tergantung. Pada penilaian awal saya, klien sememangnya berani menyuarakan pendapat atau melakukan sesuatu namun terdapat beberapa peristiwa yang menginggatkan klien apabila berterus terang atau berani akan mendatangkan kesan emosi yang tersimpan dalam dirinya sama ada di terima atau tidak. Pekara ini perlukan perluhan perasaan dan kenyataan dari klien secara bersemuka.

3) Sawah Padi / Lautan
Sawah padi atau laut mengambarkan pandangan anda tentang sesuatu, jika ianya sesuatu yang luas mengambarkan pemandangan anda terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan akan menjadi luas dan sebaliknya jika ianya dilukis sedikit/tidak luas mengambarkan jika terdapat perbincangan anda akan membincangkan perkara yang hanya nampak tersurat sahaja.

4) Rumah / Bangunan
Rumah atau bangunan melambangkan diri sendiri atau pemikiran sendiri. Jika rumah yang dilukis adalah rumah kampung, anda adalah orang yang berfikiran tradisional manakala bangunan moden yang di lukisa mengambarkan kemodenan yang eujud dalam diri anda. Kadang kala ianya akan terpamer dari segi perwatakan dan pemakian seseorang.

5) Pokok / Tumbuh-tumbuhan
Jika pokok atau tumbuh-tumbuhan yang dilukis lebih tinggi dari rumah ataupun berdekatan dengan rumah maka klien adalah seseorang yang berorentasikan kekeluargaan.

so..ini adalah serba sedikit pemerhatian awal saya terhadap beberapa lukisan yang telah diberikan oleh sahabat saya. Namun begitu, ianya hanyalah sekadar tafsiran awal dan alangkah bagusnya jika saya dapat meneroka secara bersemuka dengan klien-klien ini. Pastinya lebih banyak emosi dan perluhan yang dapat dilakukan yang kadang kala kita sendiri tidak terfikir akan keadaannya...



2 comments:

siti hazreen said...

hari ni aku join art therapy islamic kat PD...refresh ilmu yang dah berkarat ;) pelase keep on writing!

ZUHANIF said...

Rin...besnya islamic...tq rin atas kata2 motivasi same to u too ok...