ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN...
Sekarang
ini negara kita Malaysia di gegarkan sekali lagi dengan gejala
"Pedophile"....
Adakah
kita telah bersedia ataupun kita tahu apa yang diperkatakan itu???
Pernahkah
anda mendengar perkataan pedophile ? Apa yang anda tahu tentang pedophile ?
Berdasarkan pengalaman saya, tidak ramai penduduk Malaysia yang tahu apa
itu pedophile. Dan yang paling membimbangkan sudahlah tidak tahu, bila di beri
ilmu tidak mahu ambil tahu dan kadang-kadang sengaja tidak mahu ambil tahu.
Ibu dan ayah…adalah penting untuk kita
mengambil tahu akan hal ini…berkemungkinan besar anak-anak kita terdedah dengan
gejala ini mahupun individu-individu seperti ini. Pada pengamatan saya,
Pemangsa yang menjadi pedophile ini biasanya adalah seorang mangsa
pada masa silamnya dan biasanya ia berlaku ketika zaman kanak-kanaknya dan
tidak ditangani. Ianya juga berkaitan dengan pengalaman pengenalan pertama seks
oleh pemangsa.
Sebelum saya pergi lebih jauh dalam
pengulasan saya…izinkan saya berkongsi apa itu pedophile sebenarnya….
Maksud Pedophile
Kata Pedophilia berasal dari kata Yunani: pαῖς (paîs), yang berarti “anak” dan, pilία
(philía), yang berarti "cinta yang bersifat pertemanan" atau
"persahabatan".
Pedophile bermaksud seseorang
yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak (tidak kira kanak-kanak tersebut
adalah lelaki atau perempuan). Biasanya, golongan pedophile adalah dari kaum lelaki,
terdapat juga pedophile dari
golongan perempuan, tetapi ianya adalah amat jarang. Jika seseorang lelaki tertarik kepada kanak-kanak lelaki, mereka bukanlah seorang gay, tetapi mereka adalah seorang pedophile.
Pedophilia digunakan
untuk orang-orang yang secara eksklusif mempunyai ketertarikan seksual pada
anak-anak pra-remaja iatu di bawah usia 13 tahun. Termasuk di dalamnya adalah Nepiophilia
atau Infantophliia iatu yang tertarik pada bayi dan anak-anak kecil (toddlers)
yang berusia 0-3 tahun. Di luar itu ada juga yang tertarik pada anak-anak yang
berusia antara 11-14 tahun yang disebut Hebephilia.
Kenapa seseorang itu menjadi pedophile ?
Faktor seseorang menjadi
pedophile sebenarnya adalah masih
tidak dapat sisahihkan 100%. Tetapi menurut kajian pada masa kini, golongan pedophile adalah terdiri
dari golongan yang mempunyai sejenis
penyakit mental. Mereka juga mungkin mengalami trauma semasa kecil, seperti dicabul semasa usia kecil.
Kenapa pedophile tertarik kepada
kanak-kanak ?
Sesetengah daripada mereka dilahirkan dengan nafsu tersebut. Sama seperti seorang manusia
normal, manusia normal mempunyai hawa nafsu terhadap kaum yang berlawanan (perempuan
dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan). Dan sesetengah dari mereka adalah
mangsa pada zaman kanak-kanaknya dan ianya menjadi lekatan langsung terbentuk
pula pemangsa apabila meningkat usianya kerana kepuasan dan pengenalan yang
telah di berikan padanya.
Saya sendiri telah menghadiri satu kursus yang memfokuskan tentang
hal ini, pendedahan dan tugas serta peranan Pegawai Psikologi dalam membantu
masalah ini. Sekarang pendidikan Malaysia banyak menerapkan pada kanak-kanak
tentang hal ini adalah satu perkara yang baik. Namun selain kanak-kanak ibu
bapa juga harus didedahkan hal ini kerana ada kes yang telah diberitahu oleh anak
namun ibu atau bapa tidak mempercayainya.
Kajian ini amat mengganggu fikiran saya kerana data-data yang
dikemukakan menunjukkan aspek interaksi intim yang hari ini dianggap sebagai
pencabulan seksual ke atas kanak-kanak, berada di daerah yang kabur di dalam
sejarah umat Islam. Sekurang-kurangnya tiga kurun menjelang era moden,
memperlihatkan umat Islam masuk ke zaman moden dengan kefahaman yang tidaklah
bersifat hitam putih dalam menentukan batas halal dan haram dalam isu ini.
Jika Barat sudah membongkar salah laku gereja
dalam mencabul kanak-kanak, bagaimana pula dengan kesediaan kita membongkar
jenayah ini di dalam sejarah kita?
Apakah sambil lewa kita sudah berakar umbi di
dalam sejarah? Sebab itu, apabila mangsa serta pemangsa dalam kes jenayah
seksual seperti isu Nur Fitri ini, saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya
penyelesaian yang dimaksudkan sebagai rawatan Islam?
Saya harap lebih ramai agamawan yang berwibawa
memberi reaksi kepada isu ini yang semakin meruncing!
Di sini saya kongsikan saranan penting oleh
Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent
Connect Consultancy, untuk perhatian kita sekeluarga, juga
guru-guru dan masyarakat, dalam melaksanakan tanggungjawab kita melindungi
kanak-kanak daripada mangsa jenayah paedophile.
Teringat kira-kira 10 tahun yang lalu, semasa
baru sahaja kembali ke tanah air, saya pernah berbual dengan isteri, “tidak
lama lagi Malaysia ini akan ada makin ramai penjenayah yang bermasalah mental
dan jenayahnya memerlukan pihak berwajib mahir membuat profiling penjenayah
sebegini”:
[PEDOFILIA: PERLUKAH KITA KISAH?]
Pedofilia adalah seorang dewasa atau remaja
yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak.
Pedofilia telah lama terlepas bebas di negara kita.
Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin
Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuh adik
Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang
pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan
dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya. Pedofilia yang masih
bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel, dia
mungkin adalah ‘friend’ Facebook kita, dia mungkin seorang ‘jaga’ di apartment
kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan dia sudah pastinya
saudara mara salah seorang daripada kita. Pelbagai kemungkinan.
Kita
juga digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan
pelajar Malaysia di universiti terkemuka London. Pelajar ini menyimpan,
menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya
adalah penderaan seksual kanak-kanak yang ekstrim. Berapa ramai lagikah mereka
ini di Malaysia?
Pada awal tahun 2015, ibubapa di UK dikejutkan
dengan penemuan website pedofilia berpengkalan di Rusia yang mengandungi 41
juta keping gambar kanak-kanak. Gambar-gambar tersebut disalin dari akaun media
sosial milik peribadi/keluarga mangsa dan dimuatnaik ke website tersebut yang
mempunyai beratus-ratus ribu pengunjung dari seluruh dunia. Petikan dari
laporan, “Most of the images are accompanied by inappropriate comments from
users across the world, which show they are being used for sexual
gratification.”
Bayangkan jika gambar anak-anak kecil kita juga dimuatnaik ke situ.
Bayangkan jika gambar anak-anak kecil kita juga dimuatnaik ke situ.
Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa
pedofilia adalah yang belum baligh (prepubescent), lelaki dan perempuan. Di
Malaysia, pada awal tahun ini, seorang bayi berusia 7 bulan dirogol suami
pengasuh di Kepong. Ini bukanlah satu-satunya kes di Malaysia yang melibatkan
bayi. Ada lagi yang telah dilaporkan. Beginilah betapa jahat dan sakitnya
seorang pedofilia. Adakah kita tidak perlu kisah?
BAGAIMANAKAH IBUBAPA BOLEH MELINDUNGI
ANAK-ANAK DARI PEDOFILIA?
1. Sentiasa ‘connect’ dengan anak-anak dan
bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu.
2. Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak
menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain. Pedofilia
selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.
3. Hentikan sifat malu dan segan untuk
bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak kita terdedah
kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan paling
menghampakan, di muka hadapan suratkhabar utama. Rancangan TV kanak-kanak dan
siri kartun juga ada yang mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang
berunsul seksual. Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik
anak-anak tentang isu seksual apabila perlu. Berbicaralah mengikut kesesuaian
umur anak dengan bahasa yang difahami anak.
4. Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak
yang mungkin mempamirkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. Ambil
tahulah.
5. Berhati-hati dengan paparan gambar dan
video anak-anak di media sosial dan internet secara umumnya. Kenalkah kita
siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara
41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin
ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.
6. Ajar anak kecil tentang “appropriate and
inappropriate touch”. Pesan kepada anak-anak lelaki dan perempuan, bahawa
tubuh-badan mereka adalah milik mereka dan tidak boleh disentuh oleh orang lain
termasuklah saudara-mara terdekat ataupun mereka yang berada di rumah
pengasuh/nurseri/tadika.
7. Kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan
keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas,
bersalin pakaian, mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam
perbualan tentang siapakah yang terlibat. Contohnya, kalau tiba-tiba anak kecil
bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas
ke tandas, atau ada orang mengambil gambar mereka mandi, anda perlu bertindak
segera.
8. Ajar anak-anak teknik YELL RUN AND TELL
(JERIT, LARI DAN CERITA) sekiranya mereka disentuh oleh sesiapa yang membuatkan
mereka rasa tidak selesa seperti yang telah kita tunjukkan (di atas).
9. Jangan biarkan anak kecil ke tandas awam
bersendirian. Iringilah anak dan tunggu sehingga anak selesai ‘berurusan’ di
tandas. Kiranya kita perlu ke tandas dan anak kita berseorangan dengan kita,
apa yang boleh dilakukan adalah mencari tandas awam yang mempunyai banyak unit
tandas dan suruh anak kita masuk ke dalam sebuah unit tandas. Pesan kepada anak
supaya terus berada di dalam unit tandas mereka yang berkunci, sehinggalah kita
mengetuk dan memanggil.
10. Pasanglah parental ‘control software’ dan
perisian saringan di komputer yang digunakan oleh anak-anak. Bersembanglah
dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat’ dengan sesiapa sahaja yang dikenali di
internet. Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet.
Mereka pandai memujuk dan bermanis kata. Mereka juga menggunakan identiti palsu
supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.
11. Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak
menggunakan komputer hanya di ruang keluarga/umum di dalam rumah. Elakkan dari
membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan komputer di dalam bilik tidur
mereka kerana sukar untuk dipantau. Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk
jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.
12. Elakkan memberikan telefon pintar dengan
keupayaan ber’chat’ kepada anak-anak kecil.
13. Pastikan kita kenal siapa kawan-kawan
rapat anak-anak kita, begitu juga guru-guru, jurulatih dan semua remaja dan
orang dewasa yang terlibat dengan anak-anak kita.
14. Jangan biarkan anak kecil ke mana-mana
berseorangan walaupun destinasi yang berdekatan seperti kedai, pasar malam dan
sebagainya. Pedofilia mungkin telah lama memerhatikan rutin dan gerak geri anak
kita. Mereka mungkin telah pun merancang sesuatu dan hanya menunggu masa untuk
bertindak jahat.
15. Bekerjasama dengan pihak nurseri/pra
sekolah/sekolah anak untuk melindungi anak-anak dari pedofilia.
BAGAIMANA PIHAK NURSERI/PRA-SEKOLAH/SEKOLAH
BOLEH MELINDUNGI KANAK-KANAK DARI PEDOFILIA?
1. Tidak memaparkan gambar pelajar di akaun
media sosial peribadi guru dan kakitangan. Yakinkah kita ‘friend’ guru-guru
bukannya pedofilia? Jika ada ibubapa yg menjadi ‘friend’ guru, biarlah hanya
gambar anak ibubapa itu sahaja yang dipaparkan jika dibenarkan, bukannya
seluruh kelas.
2. Paparan gambar di website dan media sosial
rasmi pihak sekolah perlu mendapat persetujuan (consent) ibubapa terlebih
dahulu.
3. Mengawal pengambilan gambar dan video
pelajar oleh guru dan kakitangan sekolah. Di sesetengah negara, guru tidak
dibenarkan membawa kamera, malah telefon bimbit guru yang berkamera
ditinggalkan di pejabat sepanjang waktu persekolahan untuk memastikan gambar
dan video tidak dirakam sewenang-wenangnya bukan kerana urusan rasmi.
4. Banyak negara mempunyai sistem
daftar-rujukan yang membolehkan sekolah dan organisasi yang terlibat dengan
kanak-kanak memeriksa latar belakang mereka yang bekerja dengan kanak-kanak.
Sistem ini diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak.
5. Memantau kiranya ada kakitangan yang gemar
berseloroh dengan unsur yang tidak appropriate/lucah. Ini adalah salah satu
indikasi gangguan jiwa.
6. Memastikan pintu kelas mempunyai bahagian berkaca
untuk melihat ke dalam kelas.
7. Tiada urusan di lakukan antara guru dan
kanak-kanak di dalam bilik yang tertutup. Pintu mesti sentiasa dibuka.
8. ‘Educate’ guru, ibubapa dan pelajar tentang
pedofilia bagi menunjukkan keseriusan masalah tersebut.
Prihatinlah wahai ibubapa, guru-guru dan
penggubal polisi. Ambil tahulah.
Sejauh mana sesuatu masyarakat itu melindungi keselamatan anak-anak melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai kanak-kanak.
Sejauh mana sesuatu masyarakat itu melindungi keselamatan anak-anak melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai kanak-kanak.
Marilah juga kita sama-sama ‘connect’ dengan
anak-anak remaja supaya mereka tidak menjadi seorang pedofilia. Semoga Allah
melindungi anak-anak kita yang merupakan amanah dari Allah swt.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Parent Connect Consultancy
Semoga..anak-anak kita dilindungi dari
perkara-perkara yang merosakkan…oleh itu ibu bapa sila ambil cakna jika anda
sayangkan anak-anak anda dan masa depan keturunan anda.
2 comments:
ya Allah memang orang pedo nih tak de otak...sakit! kita memang kena cegah dah...rasanya kat malaysia memang ada, cuma belum terbongkar je...Arai, boleh tak tulisan di blog ni dibesarkan? agak sukar membacanya hehe
heheheh oh kecik sangat ya rin...ok2 nanti aku besarkan tulisan ya :)
Post a Comment