Tuesday, March 29, 2016

TERAPI LUKISAN....EDISI TERHAD...

Assalammualaikum dan salam pagi.......

Sebelum saya mencoretkan artikel ini atas permintaan seorang sahabat (bernama Cik Yuslina) dengan lebih panjang lebar, izinkan saya berkongsi sedikit doa agar kita sama-sama mendapat barakah dari apa yang kita lakukan..InsyaAllah dengan izin Allah.....Sebuah doa yang amat bermanfaat sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, semoga doa ini dapat memudah dan mempercepatkan segala urusan. Doa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah ﷺyang mengandungi permohonan berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺbersabda;
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.

ok so kalau kalian masih ingat akan post-post saya yang melibatkan penceritaan berkaitan art therapy ataupun terapi lukisan kalian mesti akan mengingati ilmu-ilmu yang ada didalamnya. Untuk review semula kalian boleh ke page ini Art 1 dan Art 2. Kalau ikutkan memang ada lagi ilmu yang ingin dikongsi namun kerana kekangan masa dan terlalu sibuk terbengkalailah ia. So ini adalah permintaan seorang sahabat sebab tu ianya di tajukkan edisi khas heheheh. So jom kita jelajah...



Gambar pertama...


Gambar kedua...


Gambar ketiga...

ok...penafsiran awal yang dapat dilihat adalah berdasarkan pemerhatian lukisan..namun begitu permerhatian bersemuka dalam mengulas lukisan adalah lebih baik kerana akan mendorong klien meluahkan lebih banyak ekspresi dan emosi.
Antara permerhatiannya adalah berkaitan dengan : 

1) Gunung ganang
Gunung itu melambangkan cita-cita ataupun harapan...so ianya bergantung kepada keadaan dimana ada atau tidak gunung, besar atau kecil, landai atau memuncak dan pemerhati juga boleh bertanya pada klien apa perasaan semasa klien melukis gunung itu dan melihat pada tekstur garisan dalam membentuk gunung itu sendiri. Tekstur dengan sekali jalan garisan gunung (seperti lukisan kedua) atau tekstur garisan yang berkali-kali untuk menghasilkan gunung (seperti lukisan ke 3) pemerhati juga boleh melihat dari segi bentuk keseluruhan gunung itu dan boleh bertanya kepada klien mengapa gunung di warnakan dengan latar belakang hitam kabur (seperti gambar ke dua) serta kenapa gunung di buat latar belakang bercorak seperti (gambar ke 3) ianya melambangkan emosi klien dalam menentukan harapan serta cita-citanya itu.

2) Matahari
Matahari melambangkan keyakinan diri, sama ada matahari di lukis penuh, dilukis separuh menunjukkan keberanian dalam diri menyuarakan sesuatu mahupun melakukan sesuatu. Namun begitu, jika dilihat dari lukisan yang ke 3, matahari walaupun dilukis penuh namun garisan pd bulatan matahari menggambarkan emosi yang tersekat atau tergantung. Pada penilaian awal saya, klien sememangnya berani menyuarakan pendapat atau melakukan sesuatu namun terdapat beberapa peristiwa yang menginggatkan klien apabila berterus terang atau berani akan mendatangkan kesan emosi yang tersimpan dalam dirinya sama ada di terima atau tidak. Pekara ini perlukan perluhan perasaan dan kenyataan dari klien secara bersemuka.

3) Sawah Padi / Lautan
Sawah padi atau laut mengambarkan pandangan anda tentang sesuatu, jika ianya sesuatu yang luas mengambarkan pemandangan anda terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan akan menjadi luas dan sebaliknya jika ianya dilukis sedikit/tidak luas mengambarkan jika terdapat perbincangan anda akan membincangkan perkara yang hanya nampak tersurat sahaja.

4) Rumah / Bangunan
Rumah atau bangunan melambangkan diri sendiri atau pemikiran sendiri. Jika rumah yang dilukis adalah rumah kampung, anda adalah orang yang berfikiran tradisional manakala bangunan moden yang di lukisa mengambarkan kemodenan yang eujud dalam diri anda. Kadang kala ianya akan terpamer dari segi perwatakan dan pemakian seseorang.

5) Pokok / Tumbuh-tumbuhan
Jika pokok atau tumbuh-tumbuhan yang dilukis lebih tinggi dari rumah ataupun berdekatan dengan rumah maka klien adalah seseorang yang berorentasikan kekeluargaan.

so..ini adalah serba sedikit pemerhatian awal saya terhadap beberapa lukisan yang telah diberikan oleh sahabat saya. Namun begitu, ianya hanyalah sekadar tafsiran awal dan alangkah bagusnya jika saya dapat meneroka secara bersemuka dengan klien-klien ini. Pastinya lebih banyak emosi dan perluhan yang dapat dilakukan yang kadang kala kita sendiri tidak terfikir akan keadaannya...



Sunday, January 3, 2016

SELAMAT DATANG TAHUN 2016


Tahun 2015 telah melabuhkan tirainya dan tahun 2016 pula telah terbentang hamparannya..... Pastinya perjalanan sepanjang 365hari pada tahun 2015 banyak meninggalkan kenangan yang suka mahupun duka, sama ada pada diri sendiri mahupun persekitarannya...Tahun 2015 banyak menguji dan mendewasakan diri ini untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan tabah...Moga tahun baru...azam baru...lembaran baru bisa membawa kejayaan dan keberkatan dalam menjalankan ibadah sebagai hamba Allah yang di lindungi dan di berkati. Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan amanah yang telah diberikan dengan sempurna...




Monday, November 30, 2015

SETIAP HUJUNG TAHUN

Assalammualaikum dan salam petang....

Mood : down n kecewa dengan manusia..tapi mungkin sekejap sahaja..

emmm setiap tahun perasaan ini akan hadir. setiap tahun mood akan down disebabkan SKT & LNPT ialah nak buat macam mana dah namanya penilian oleh manusia so ikut suka dia je la nak bagi berapa. But serius aku mmg kecewa sangat dengan apa yang jd.....dgn apa yang aku dapat berbanding dugaan yang aku lalui demi menjaga kredibiliti dalam kerja tp last-last sendiri yang kecewa..so lepas ni kita jd org biasa-biasa je la ya... sebabnya buat kerja dengan tak buat kerja peniliannya pada tahap yang sama so buat apa nak penat-penat dan susah-susah berkorban seluruh jiwa raga buat yang terbaik..ye kan..so tahun 2016 kita tenang-tenang aje...buat hanya kerja sendiri dan amanah yang dipertanggungjawabkan sahaja. selebihnya biar Allah yang menilai...aku cari bukan nama..aku cari bukan penghargaan namun berpada-pada dalam menjadi pemimpin kerana bukan mudah berlaku adil...

P/S : peringatan untuk diri sendiri juga...bukan salah pun kerana ia hanyalah angka...

Sunday, November 15, 2015

PROMOSI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Assalammualaikum dan salam pagi....

Lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini di sebabkan kekangan waktu dan tugasan yang banyak terlupa seketika untuk membelai teratak luahan ini. So sebenarnya lama dah nak buat slot dan pos berkaitan perkara ini sebab program ini sebenarnya berlangsung pada 5 Nov 2015 yang lalu. Mohon maaf pada yang menunggu post ini gentayangan dalam blog hamba ya heheheh :)

Pada pagi 2 November 2015 saya dimaklumkan oleh seorang kakitangan memohon saya untuk memberi ceramah menggantikan penceramah jabatan yang sepatutnya pada 5 November 2015 nanti. Memandangkan pada tarikh itu, saya telah "full book" oleh klien-klien saya, namun jika masa yang diberikan bersesuaian dengan pergerakkan saya, saya boleh memenuhinya. Hasil perbincangan telah bersetuju slot saya pada pukul 12.30 tengahari. Namun begitu terdapat beberapa kekangan dalam pengendalian (ye lah berhadapan dengan kanak-kanak istimewa dan ibu bapa kanak-kanak istimewa adalah sesuatu cabaran besar) slot saya tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, semasa saya berada di sana. Saya telah melihat perkembangan yang amat menarik perhatian saya. Di sebabkan kanak-kanak ini belajar dan mempelajari sesuatu di PDK saya dapat melihat kesungguhan mereka memberi komitmen dalam program yang telah di anjurkan. Jelas terlihat keyakinan diri, sikap ingin maju dan berdaya saing mengambarkan kejayaan dalam mendidik dan perkembangan yang amat baik bagi kanak-kanak ini berbanding kanak-kanak yang tidak melalui proses perkembangan, pembelajaran dan pemulihan yang melibatkan komuniti. Jadi pada saya sistem Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini telah berjaya menyumbang peranan yang besar dalam pengendaliaan kanak-kanak istimewa ini. 

Sejuta tahniah juga saya ucapkan kepada Pengerusi (Puan Mahani) serta kakitangan PDK Senggarang, Batu Pahat, Johor kerana telah berjaya mengadakan satu program memberi pengiktirafan dan peluang kepada kanak-kanak istimewa ini. Juga tidak lupa sokongan padu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang kerana telah merasmikan program tersebut. Program ini juga telah mendapat liputan dari akbar digital Malaysia Aktif. Berita berkaitan boleh di lihat DISINI. Tahniah sekali lagi kepada tenaga kerja dan jawatankuasa PDK Senggarang atas kejayaan ini. PDK Senggarang boleh dihubungi melalui alamat PDK DUN Senggarang, 1-3 &1-3A, Jalan Sri Mewah 1, Taman Sri Mewah, Senggarang, 83200 Batu Pahat, Johor. Sebelum saya berkongsi tentang gambar-gambar semasa program dijalankan..ingin sekali saya berkongsi dan memberi info berkaitan dengan PDK.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkan untuk diperluaskan perkhidmatannya yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Program ini bukan sahaja "cost-effective" tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih meluas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga dimana OKU tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

Kumpulan sasar & Matlamat

Kumpulan Sasar:
~kanak-kanak dan remaja kurang upaya.

Matlamat :
·                     Mengurangkan impak kurang upaya seseorang atau individu.
·                     Memastikan penerimaan masyarakat dan intrgrasi sepenuhnya mereka yang kurang upaya di 
           dalam kehidupan seharian sesebuah keluarga atau komuniti.
·                     menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahlinya yang kurang upaya.
·                     Menggalakkan penglibatan secara menyeluruh anggota keluarga serta masyarakat tempayan                                  terhadap mereka yang kurang upaya.
·                     untuk mendedahkan orang kurang upaya (OKU) kepada cara hidup dan norma-norma kehidupan                            bermasyarakat.
·                     Mengurangkan sifat kebergantungan OKU dan memberikan latihan ke tahap yang sempurna                                  yang maksimum ke arah hidup berdikari.
·                     Untuk melatih OKU berinteraksi dengan masyarakat secara terbuka ke arah konsep normalisasi dan          
           integrasi.
·                     Untuk mengatasi masalah OKU yang terbiar dan ditinggalkan oleh keluarga dalam institusi        
            kebajikan dan pendedahan kepada suasana & tempat kerja

Di bawah ini adalah beberapa gambar sepanjang program "Gaya Hidup Sihat Untuk Kanak-Kanak Senggarang 2015"



Beberapa ceramah yang disampaikan








Perasmian dan lawatan ke booth oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang







Pemeriksaan untuk kanak-kanak dan masyarakat setempat






Program bercerita menggunakan puppet





Persembahan ' Tarian ‘Gummy Bears’ 


Persembahan 'Tarian Zapin'




Pertandingan mewarna

Dan di bawah ini Pertandingan pakaian beragam yang paling banyak dan paling ketara menampakkan keyakinan diri serta self estim kanak-kanak istimewa ini berada ditahap yang membanggakan.





Johan Pertandingan Pakaian Beragam











Pemberian hadiah kepada usaha kanak-kanak istimewa ini membangunkan diri membawa kegembiraan kepada mereka. Serta pada pengamatan saya kesemua kanak-kanak yang memasuki pertandingan ini membawa pulang hadiah walaupun ianya hanya sekotak alat tulis sudah cukup membahagiakan dan menceriakan mereka.


tarian dan senaman bebas memberi ruang pada mereka bersuka ria... :)

Sekian sahaja perkongsiaan saya dan saya menyokong penuh usaha-usaha memberi runag kepada kanak-kanak istimewa ini mengembangkan diri serta membangunkan diri ke arah kehidupan yang lebih sempurna oleh PDK. Sekali lagi ucapan tahniah saya kepada PDK senggarang serta tenaga kerjanya yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Saya juga adalah salah seorang penceramah dan fasilitator yang menguruskan Kursus-kursus petugas PKD dalam sesi Terapi yang telah diadakan sebanyak 6 siri dan akan menyusul lagi 2 siri bagi mencurahkan ilmu yang sedia ada untuk petugas lebih kreatif serta lebih kompiten dalam menjalankan tugas. Projek terbaru saya dalam menyokong dan mempersiapkan diri untuk turut serta dalam mengembling tenaga memberi yang terbaik buat kanak-kanak istimewa ini adalah penyertaan saya dalam "BG170 Brain Gym® for Special Needs Providers" 

dan pada minggu hadapan saya akan menghadiri kelas lanjutan untuk " Brain Gym - Movement Based Learning Teacher Training" untuk membolehkan saya mendapat sijil untuk mengajar kelak...


Doakan saya berjaya dalam semua urusan dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKMM kerana memberi peluang kepada saya dalam mempelajari dan menjadi pelopor kepada ilmu ini. Selamat Maju Jaya semua....semoga kita sentiasa didalam Barakah serta Lindungan Allah S.W.T hendaknya...Amin....












Monday, November 9, 2015

PERTANDINGAN TELAH BERMULA....



SAYA HENDAK MEMBUAT PROMOSI PERTANDINGAN YANG TELAH SAYA BUAT SECARA RASMINYA DI PAGE SEINDAH KRISTAL SHOP SAYA....SO DI JEMPUT SEMUA UNTUK MENJAYAKANNYA....SEMOGA DENGAN PENYERTAAN TUAN DAN PUAN MEMERIAHKAN LAGI PERTANDINGAN INI.....

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ADALAH :

1) LIKE PAGE SEINDAH KRISTAL SHOP DI FB
2) TAG & INVITE SEBERAPA RAMAI KAWAN ANDA (TAG YANG PALING RAMAI ADA KELEBIHAN DALAM MEMENANGI PERTANDINGAN)
3) COVER PHOTO MESTILAH BERKAITAN PRODUK & PERNIAGAAN SEINDAH KRISTAL
4) HASIL COVER PHOTO HENDAKLAH DI EMAIL KEPADA zuraidah_zuhanif@yahoo.com
5) HASIL PERTANDINGANAKAN MENJADI HAK MILIK SEINDAH KRISTAL UNTUK PROMOSI-PROMOSI AKAN DATANG...

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN ADALAH PADA 30.11.2015 (ISNIN)
"SELAMAT MAJU JAYA SEMUA"