Friday, January 25, 2013

SELAMAT......


HUH..... SELAMAT PUN FOLLOW SEMUA FOLLOWER YANG DAN FOLLOW BLOG SAYA INI. MAAF DIATAS KETERLEWATAN SEBAB KESIBUKKAN YANG MELANDA :) DAN KEPADA SESIAPA YANG SAYA BELUM FOLLOW BALIK SAYA MINTA MAAF SEBABNYA SAYA TAK JUMPA LINK SAUDARA HUHUHU PUAS DAH CARI. PADA SAPA YANG SAYA TAK FOLLOW BALIK TU SILA TINGGAHKAN JEJAK ANDA DI CHAT BOX SAYA YA. ADA SATU BLOG YANG SAYA TAK BOLEH FOLLOW SEBABNYA TAK DIBENARKAN FOLLOW *BETUL KE NI HUHUHU. 


* KLU NAK SAYA FOLLOW KENA INVITED LA HUHUHU
SO SELAMAT BERBLOG :)


Thursday, January 24, 2013

MAAF KEPADA SEMUA...


HARAP-HARAP MUKA YANG COMEL INI DAPATLAH KIRANYA MENYEJUKKAN HATI SEMUA BLOGGER YANG SINGGAH DEKAT BLOG SAYA INI. BUKAN SOMBONG SEBAB TIDAK FOLLOW SEMULA PADA SIAPA-SIAPA YANG FOLLOW SAYA. CUMA SAYA SEDANG SIBUK SANGAT-SANGAT DENGAN KERJA DAN SEDANG MENGURUSKAN PERNIAGAAN. INSYAALLAH BILA SEMUANYA SELESAI SAYA AKAN FOLLOW KAMU SEMUA SATU PERSATU YA. SORRY SANGAT-SANGAT WALAUPUN LAMBAT SAYA AKAN SINGGAH ZIARAH LAMAN KAMU NANTI. THANKS SEBAB SUDI SINGGAH BLOG SAYA.

Friday, January 18, 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com




Huhuhu rasanya tak terlewat lagi nak buat promosi untuk 1st Giveaway By Puterikasih.com kepada semua bloger jom la join GA ni untuk memeriahkan lagi GA ni bukan apa banyak hadiah yang sedang menanti dah saya adalah salah seorang yang menaja GA tu so kalau nak dapatkan Kupon Diskaun untuk shopping sakan di Seindah Kristal Mall  jom cuba nasib di GA Puteri Kasih ni :P

untuk sertai boleh la klik Sini...
untuk lihat senarai hadiah yang mengiurkan klik Sini...

Marilah beramai-ramai menyokong blog sahabat kita yang baru pertama kali buat GA secara besar-besaran. Selamat join GA dan mudah-mudahan semuanya bertuah.... Good Luck :P



Monday, January 14, 2013

"Aku pun nak Hutan Kabut Review!"

Heheheh pagi-pagi buta ini mata dah mula layu tapi tak nak tidur sebab sedang bertugas. Walaupun sebenarnya ada rehat 1 jam huhuhuh bukan apa tkt 1 jam aku jadi sampai jam aku balik kang heheheh. So dalam aku berjalan-jalan dan mengadap intenet ini heheheh aku terpanggil untuk menyertai sesuatu ini...* sebenarnya tak tahu nak cakap apa hehehhe. Ada jemputan so aku tinjau-tinjau macam best juga kalau join ehehhe


so dengan rasminya saya nak join segmen "Aku pun nak Hutan Kabut Review!" ini hehheheh 

syarat-syarat dia tak susah sangat cuma ...
1 - mesti ada blog. kalau tak macam mana aku nak review hahahahahaha ehem.
2 - ehem follow blog Hutan Kabut (auummmm maluu) *optional je* and like FB Hutan Kabut :P
3 - buat 1 entri simple tajuk "Aku pun nak Hutan Kabut Review!" - tak payah berpuisi bagai-
4 - tampal sesuka hati (sebesar atau sebanyak mana yang korang suka) asalkan maksud tercapai. *link pada entri ni*
5 - paste link url entri korang kat komen entry tu. okay? bye.
itu saja syaratnya :P *mudah kan? 
dan ini banner dia huhuhu

ok selamat join semua.....

 


Sunday, January 13, 2013

THANK YOU ALLAH.....& JOIN SEGMEN


Syukur Alhamdulillah hari ini hari ke 2 aku menjalankan perniagaan aku. Aku dan suami cukup seronok bila salah satu azam tahun 2013 kami tercapai iatu membuka dan mengerakkan perniagaan kami dari on line berkembang kepada kiosk :) Semuanya atas izin Allah S.W.T yang menjaga dan memberi rezeki kepada hambaNYA. Walaupun penat namun aku berasa sangat seronok kerana menjalankan perniagaan sememangnya hobi aku hehehhe. So harapnya semua berjalan dengan lancar.


ok sebenarnya aku nak join satu segmen ini dah melalut pulak heheheh so ni dia segmen yang aku nak join tu:


Syarat-syarat :
  • follow blog eyla (sini ) *wajib
  • like fanpage eyla n fara 
  •  follow twitter  ..*yang tak de twitter tak pe.. 
  • Buat entri pasal ni dan letak tajuk "Segmen : Aku Nak Blogwalking n Follow Blog Korang !" *WAJIB LETAK BANNER TU !
  • Komen link n fanpage korang kat kotak komen :)
  • Nanti korang kena Blogwalking n Follow semua peserta :)


ha yang ini cebisan gambar blog yang menganjurkan segmen *Segmen : Aku Nak Blogwalking n Follow Blog Korang !*  heheheh jom ramai-ramai jengok dan join segmen ini. Blog ini comel sangat secomel tuan empunyanya :P

Saturday, January 12, 2013

2013 IANYA BARU BERMULA.


Syukur Alhamdulillah 1 azam tahun 2013 sudah tercapai. Thanks to Encik Suami kerana banyak membantu. Hari ini saya seronok sangat-sangat walaupun keletihan heheheh sebenarnya semangat ini datang bila menonton "Apa Kata Wanita" yang lalu. Tertarik dengan apa yang idola saya katakan, sebab itu saya menyahut dan mencabar diri sendiri. Akhirnya saya berjaya juga menjadikannya kenyataan pada awal tahun ini :)


so semoga lebih berjaya untuk saya :P 

AMIN... Hari ini seronok sangat2

Wednesday, January 9, 2013

ENTRY KILAT :) KHAS UNTUK BUDU BILIS




Cik Budu Bilis maaf ya saya tak boleh masuk blog awak sebab kena sekat dengan virus protection PC saya. dia keluarkan notis macam ini huhuhu harap cik boleh cek blog cik takut ada kesan sampingan.


Monday, January 7, 2013

PERKONGSIAN ILMU BERGUNA :)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua :) hari ini saya sangat gembira kerana saya memiliki buku perancangan eksekutif islam 2013(1434-1435H) yang suami saya belikan tempoh hari semasa kami bercuti. Saya ada menceritakan kisahnya disini bagi sesiapa yang ketinggalan heheheh :P So saya macam nak kongsi beberapa fakta yang ada dalam buku itu yang saya rasa berguna untuk semua :) antaranya adalah


Jika Muharam bermula dengan niat, azam dan tekad yang baru untuk menghijrahkan diri pada keimanan, apa pula kisahnya di bulan kedua dalam kalendar Hijrah bagi tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi) dalam Islam iaitu bulan Safar yang sedang kita jalani kini?

Safar bererti kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin pada tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi’ru Ma’unah) pada tahun keempat Hijrah.  Tips untuk kesihatan yang ada dalam buku itu pula adalah ... Rasulullah s.a.w  mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (Susah hendak dijangkiti penyakit).  Banyak lagi ilmu yang ada dalam diari itu nanti saya kongsikan lagi ya :P

Sunday, January 6, 2013

AWAL TAHUN YANG STRESS...

Awal tahun yang stress sangat-sangat moga-moga tak berpanjangan la huhuhu awal-awal tahun lagi dah macam-macam yang berlaku. Dengan kes dengki mendengki sesama rakan sekerja, dengan hp yang entah kemana dah perginya ini. huhuhu sayang sangat dengan nombor itu. mesti dapatkan semula nombor itu. So pada rakan-rakan dan klien saya, harap maklum ya hp 019 saya tidak dapat dikesan huhuhu sejak sibuk dengan perniagaan dan kerja ini banyak pekara mcm cepat lupa hahahah * pekara yang sama berlaku kepada suami saya ya :) emmm kena makan banyak kismis ini untuk kuatkan daya ingatan balik. maklumlah umur makin meningkat heheheh. Dan dalam masa yang sama, kurang masa mengadap komputer dan kurang masa nak update blog or fb :) kalau buka internet pun pekara paling utama tengok list oder barang dari klien hehhehe. So harap-harap tahun baru, tahun 2013 ini tahun rezeki untuk saya dan suami. Sahabat-sahabat doakan ya :P  Yang paling penting Tolong doakan rezeki anak untuk kami :) so ni saya nak kongsikan serba sedikit amalan yang ada sahabat saya kongsikan untuk saya. So selamat mengamalkannya bersama-sama :P



Merancang Zuriat Soleh (Al-Ustaz Isu 09)

Doa untuk mendapatkan Zuriat...♥

Doa Nabi Zakaria kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

(A-li'Imraan 3:38)

Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

(Al-Anbiyaa' 21:89)

Tuesday, January 1, 2013

PERMULAAN TAHUN BARU....

Tahun baru 1/1/2013 hahahah aku masih ditempat kerja pukul 7.00 nanti baru abis syif dan disebabkan 1/1/2013 jatuh hari Selasa, jadinya aku cuti..... tp yang tak bestnya Encik Suami kerja huhuhu pagi-pagi nanti lepas subuh Encik suami ada janji dengan kawan-kawan dia hendak pergi mendulang lagi hehehhe gasak la.... sudah hobi dia aku relakan saja la. Tapi yang penting jaga diri dan keselamatan. Tahun baru aku bermula dengan tangisan heheheh bukan apa, bila kkerja sudah selesai. Kerjanya tengok movie la hahhaha. Aku tengok cerita strawberry cinta......


hahahah ini kalau tengok dengan encik suami mau dia ketawakan dan ayat popular dari dia "eh menangis, apa la hehhehe nak tisu ke?" hahahhah dan dia telah sedia maklum isteri tercinta dia ini memang "gembeng" ha keluar ayat orang jawa dah pagi-pagi ini hahahha.bukan apa maklumlah pelajar jurusan psikologi dan kaunseling dan pernah menyandang jawatan pegawai psikologi hahhahah jadi telah mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai "empeti" *walaupun terlebih sangat samapi tengok movie pun nak nangis hahahah.Jom saksikan iklan filem ini.



so dekat bawah ini serba sedikit sinopsis cerita dia :)


Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula. Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut apabila dia dihubungi dan diberitahu Ichigo telah diragut. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari pihak polis bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 15 tahun lalu sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya.Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun, Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa kejutan sekali.

Bagi sesiapa yang hendak tengok filem ini boleh la pergi
menonton on line DISINI selamat menonton :)

 はい、すぐにあなたを参照してください、あなたに感謝 
*hahhah ihsan dari encik google kalau nak tahu translet la ya hehhehe.