Dalam Dunia Ini Ada 2 Pekara, Cinta & Kematian, Bila Kita Sudah Bersedia Menghadapinya Bererti Kita Sudah Bersedia Menghadapi Apa Sahaja : )
Tuesday, January 1, 2013
PERMULAAN TAHUN BARU....
Tahun baru 1/1/2013 hahahah aku masih ditempat kerja pukul 7.00 nanti baru abis syif dan disebabkan 1/1/2013 jatuh hari Selasa, jadinya aku cuti..... tp yang tak bestnya Encik Suami kerja huhuhu pagi-pagi nanti lepas subuh Encik suami ada janji dengan kawan-kawan dia hendak pergi mendulang lagi hehehhe gasak la.... sudah hobi dia aku relakan saja la. Tapi yang penting jaga diri dan keselamatan. Tahun baru aku bermula dengan tangisan heheheh bukan apa, bila kkerja sudah selesai. Kerjanya tengok movie la hahhaha. Aku tengok cerita strawberry cinta......
hahahah ini kalau tengok dengan encik suami mau dia ketawakan dan ayat popular dari dia "eh menangis, apa la hehhehe nak tisu ke?" hahahhah dan dia telah sedia maklum isteri tercinta dia ini memang "gembeng" ha keluar ayat orang jawa dah pagi-pagi ini hahahha.bukan apa maklumlah pelajar jurusan psikologi dan kaunseling dan pernah menyandang jawatan pegawai psikologi hahhahah jadi telah mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai "empeti" *walaupun terlebih sangat samapi tengok movie pun nak nangis hahahah.Jom saksikan iklan filem ini.
so dekat bawah ini serba sedikit sinopsis cerita dia :)
Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia
untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya,
Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya
ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita
menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk
kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10
tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya
meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula.
Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh
Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ
dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan
dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan
seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi
bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana
sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula,
setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan
Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa
rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila
mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia
terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih
bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan
Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan
Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di
Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang
luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo
bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya
tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan
falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan
lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi
kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari
atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi
dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan
mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah
Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun.
Namun Hakimi terkejut apabila dia dihubungi dan diberitahu Ichigo telah
diragut. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus
terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji
untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo
sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali
budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo
ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan.
Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari pihak polis bahawa Rozita berada
di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa
ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah
dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan
dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo.
Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu
bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 15 tahun lalu sebab menerima berita
ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia
menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia
ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia.
Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf
kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya.Setelah
bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan
segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia
berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia
akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun,
Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih
kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata
kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya.
Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya
adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan
mungkin akan membawa kejutan sekali.
Bagi sesiapa yang hendak tengok filem ini boleh la pergi
menonton on line DISINI selamat menonton :)
はい、すぐにあなたを参照してください、あなたに感謝
*hahhah ihsan dari encik google kalau nak tahu translet la ya hehhehe.
3 comments:
Selamat tahun baru buat zu sekeluarga...semoga dipermudahkan rezeki dan diberkati di tahun baru ini. :)
All the best to you zu..semoga tercapai segala azam baru
selamat tahun baru kak.. :)
kalau sempat nak tgk la nti..hehe
eh, akk orng jawa jgk ke?mak sy pun jawa..jawa segamat johor..hehehe
ha ah akak org jawa + bugis :P
Post a Comment