Monday, January 7, 2013

PERKONGSIAN ILMU BERGUNA :)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua :) hari ini saya sangat gembira kerana saya memiliki buku perancangan eksekutif islam 2013(1434-1435H) yang suami saya belikan tempoh hari semasa kami bercuti. Saya ada menceritakan kisahnya disini bagi sesiapa yang ketinggalan heheheh :P So saya macam nak kongsi beberapa fakta yang ada dalam buku itu yang saya rasa berguna untuk semua :) antaranya adalah


Jika Muharam bermula dengan niat, azam dan tekad yang baru untuk menghijrahkan diri pada keimanan, apa pula kisahnya di bulan kedua dalam kalendar Hijrah bagi tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi) dalam Islam iaitu bulan Safar yang sedang kita jalani kini?

Safar bererti kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin pada tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi’ru Ma’unah) pada tahun keempat Hijrah.  Tips untuk kesihatan yang ada dalam buku itu pula adalah ... Rasulullah s.a.w  mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (Susah hendak dijangkiti penyakit).  Banyak lagi ilmu yang ada dalam diari itu nanti saya kongsikan lagi ya :P

2 comments:

siti hazreen said...

beb, aku pun dah beli...memang banyak info berguna :)

zuhanif said...

ha ah kan rin :P heheheh