Sunday, October 14, 2018

ROGOL DAN BAGAIMANA MENERANGKAN KEPADA ANAK KECIL

Assalammualaikum dan selamat pagi semua kesayangan Ummi...

Permintaan artikel berkaitan perkara ini lama dah di minta tapi tak sempat nak siapkan sebab kesibukkan dengan urusan-urusan hakiki yang memerlukan perhatian utama terlebih dahulu.

ok mari kita bincangkan macam mana nak terangkan dengan anak kecil tentang beberapa perkara yang selalu mereka akan tanya. Baru-baru ini ada beberapa sahabat mengutarakan tentang kebimbangan ini. Bilamana anak mereka bertanya apa itu "ROGOL"...pada saya kita kena bijak dalam menjelaskan tentang beberapa perkara yang sensetif ini. Pertama sekali..mungkin kita perlu tanya semula pada anak..mana beliau tahu akan hal ini..dan apa yang beliau ingin tahu..
This is trick nak tahu apa yg dilihat/image pertama bermaian dalam minda mereka hingga mereka boleh keluarkan perkaitaan itu untuk mengetahui perkara sebenar. 

Yang utama sekali kena bagi tau anak-anak ini "Rogol" itu satu kesalahan undang-undang yang boleh ditangkap dan dikenakan hukuman berat. Bagi yang islam sila selitakan sekali Allah tidak suka akan hal ini dan ia adalah perbuatan salah bagi kita yang sayang Allah..
Untuk permulaan bolehlah kita jelaskan dengan mereka tentang sentuhan

SENTUHAN BAIK DAN SENTUHAN TIDAK BAIK

(tertakluk kepada kanak-kanak normal sahaja ya. Bagi kanak-kanak special need mrk juga perlu special punya penerangan dan cara)

Apakah itu sentuhan ? Sentuhan boleh di definasikan sebagai satu tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu. Apabila kita di sentuh kita akan mempunyai perasaan didalam diri kita. Perasaan kita bergantung sama ada ia sentuhan baik atau sentuhan tidak baik .

Sentuhan baik boleh di gambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa gembira, selesa dan selamat di dalam seperti apabila ibubapa memeluk kita. Sentuhan baik juga dikenali sebagai sentuhan selamat.
Sentuhan tidak baik boleh digambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa tidak selesa , tidak selamat dan memberi perasaan buruk di dalam seperti sedih , malu dan takut . Contoh sentuhan tidak baik ialah di pukul atau di tolak atau disentuh dengan kasar. Sentuhan tidak baik juga dikenali sebagi sentuhan tidak selamat.
Oleh itu , dimana kita boleh di sentuh dan siapa boleh sentuh kita ?
Seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun boleh menamakan bahagian-bahagian tertentu badan mereka.
Pada umur  4 atau 5  tahun kanak-kanak boleh menamakan bahagian badan mereka dan sedar akan badan mereka serta fungsinya. Pada umur ini juga mereka akan belajar bahawa bahagian-bahagian tertentu badan mereka adalah sulit atau rahsia.
Oleh itu , mereka harus di ajar bahawa badan mereka adalah hak mereka sendiri dan dimiliki oleh mereka. Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh badan mereka tanpa kebenaran mereka dan mereka boleh menolak untuk tidak di sentuh.
Terdapat bahagian – bahagian badan anda yang sulit dan peribadi kepada anda. Seorang kanak-kanak mesti diajar tentang bahagian-bahagian ini. Terdapat 4 zon dianggap sulit dan peribadi iaitu : mulut, dada , kawasan di antara paha (kemaluan)  dan punggung . Kawasan sulit ini hanya boleh di sentuh oleh diri sendiri atau oleh ibu bapa anda. Ibu atau bapa anda akan menyentuh anda apabila mereka mandikan anda. Doktor anda akan menyentuh anda semasa pemeriksaan fizikal di hadapan ibu bapa anda. Dan kalau boleh ajarkan mereka tertib perempuan hanya boleh diuruskan oleh ibu/kakak manakala lelaki hanya boleh diurusakan oleh bapa/abang. Kerana zaman sekarang ini juga banyak kes berkaitan "haruan makan anak" atau sumbang mahram.
Kaedah lain ialah mengajar kanak-kanak peraturan seluar dalam : Seorang kanak-kanak tidak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutup oleh pakaian dalam mereka. Mereka juga tidak boleh menyentuh orang lain di bahagian badan ini  juga. 

KENAL ANGGOTA SULIT MASING-MASING

Tidak ada malunya untuk kita memberitahu mereka tentang anggota sulit ini tanpa perlu berselindung dengan nama gelaran seperti ‘burung’, ‘punai’, ‘karipap’, atau apa sajalah. Nama-nama ini akan menjadikan mereka keliru dan kurang berasa perlu melindungi anggoa tersebut.
Beritahu mereka istilah yang sebenar yang lebih serius seperti buah dada, dubur, penis, atau vagina/faraj.
Ini akan membantu mereka menghargai tubuh badan sendiri dan mempunyai hak ke atasnya.
Bagi tahu anak apa perlu buat jika ada orang lain menyentuhnya....
  1. Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati untuk pertolongan
  2. Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang
  3. Beritahu seseorang  yang anda percayai seperti ibu , bapa, nenek , datuk , cikgu dan sebagainya. Teruskan memberitahu mereka sehingga mereka memepercayai anda dan mengambil tindakan sewajarnya. Jika perkara ini melibatkan keluarga dan pihak keluarga tidak mempercayai. Anda perlu rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. (tidak kira sama ada perkara ini benar berlaku atau tidak. Jadi kita boleh memberi intervensi awal kepada keadaan semasa)
Beritahu anak-anak contoh situasi bagaimana yang dianggap salah dan perlu diberitahu kepada ibu bapa jika ada seseorang memperlakukan kepadanya:
  1. Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi mereka
  2. Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anak anda
  3.  Apabila seseorang meminta anak menanggalkan pakaian anak anda
  4. Apabila seseorang mengambil gambar mereka tidak berpakaian
  5. Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian kepada mereka
  6. Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit mereka.
Ibu bapa boleh membantu memperkasakan anak-anak mereka dengan:
  • Berbincang dengan anak-anak mengenai sentuhan baik dan sentuhan tidak baik. Jika anak anda ingin berbual mengenai sentuhan jangan abaikan atau tidak hiraukan mereka. Ambil peluang ini untuk mengajar mereka tentang badan  mereka dan gunakan bahasa dan istilah yang sesuai apabila mengajar mereka tentang bahagian badan mereka.
  • Jangan memaksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak saudara.  Ini adalah kerana terdapat kes penderaaan yang melibatkan ahli keluarga terdekat atau saudara mara.
  • Mengajar dan memberitahu anak-anak untuk meluahkan perasaan tidak selesa dengan menggunakan kata-kata. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengenalpasti atau  menyatakan emosi mereka , sebaliknya mereka akan menangis, menjerit atau membaling barang untuk meluahkan emosi  mereka
  • Berlatih main peranan: Berlatih apa yang harus mereka katakan ( Jangan ! Saya tidak suka itu . Hentikan!) dan beritahu (orang dewasa yang mereka percayai ) jika mereka pernah di minta untuk menunjukkan atau di sentuh di bahagian sulit mereka
  • Percayalah anak-anak anda apabila mereka mula ingin berkongsi sesuatu yang serius
  • Sentiasa beritahu anak anda yang anda sayang mereka dan jika berlaku apa-apa jangan salahkan anak anda. Sebaliknya , yakinkan anak anda yang mereka masih disayangi dan elakkan bercakap mengenai kejadian itu sepanjang masa.
Peraturan Sentuhan Untuk Diingati:
  1. Terdapat sentuhan baik dan sentuhan tidak baik
  2. Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia anda tanpa kebenaran anda
  3. Jangan sesekali bersetuju untuk menyimpan rahsia sentuhan tidak baik
  4. Beritahu seseorang yang anda percayai dan teruskan memberitahu sehingga anda dapat bantuan dengan masalah tersebut.
Ok selepas selesai menerangkan tentang sentuhan dan bila anak memahami tentang perkara2 penting ini biarkan mereka ingat dan tanam dalam diri. Jangan hujani anak-anak dengan input yang banyak sekali jalan...bagi tau mereka..kita akan sambung hal ini untuk hari esok. Dalam menerangkan tentang sentuhan jika perlu melukis..maka lukislah wahai ibu-ibu wahai bapa-bapa. Sebab apa..kerana apabila perkara ini berlaku kadang kala anak-anak yang trauma tidak mampu pun untuk bercakap namun mereka boleh melukis atau role play. (pengalaman nyata saya dalam mengendalikan mangsa).

Next step....untuk hari esok..boleh mula jelaskan tentang "CABUL"..."ROGOL"...."GANGGUAN SEKSUAL".."PEDOFILIA"...banyak kan...hahahha jangan di jelaskan semua...buat permulaan jelaskan tentang 

"CABUL & ROGOL"

 Perbuatan "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain secara paksa dan mendatangkan kesakitan dan ketidak selesaaan". Kesalahan perogolan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup. (nada dan cara menerangan kena dengan intonasi yang betul...sebut satu-satu dengan jelas. kemudian tanya semula pada anak adakah mereka faham)

TIDAK BEBAS DISENTUH SESUKA HATI

Apabila bercakap dengan anak kecil mungkin susah sedikit kerana mereka ini biasanya comel dan mesti akan dicium dan dipeluk oleh orang lain.
Namun, seelok-seeloknya anak kecil tidak perlu digalakkan untuk berpelukan atau dicium secara berlebihan oleh orang lain, walaupun ahli keluarga terdekat atau keluarga pengasuh.
Bagi kanak-kanak yang sudah besar sedikit, terangkan tentang muhrim mereka serta sentuhan yang ‘dibolehkan’ seperti bersalaman, bukannya belaian yang menimbulkan rangsangan.
Ada kanak-kanak malang yang tidak mengetahui apa yang diperlakukan terhadap mereka adalah sejenis gangguan seksual kerana mereka tidak pernah diberitahu tentangnya. Mereka menyangka bahawa sentuhan ini adalah sejenis rasa sayang yang tidak patut ditepis.(pengalaman mengendalikan kes sebenar dan ada perkongsian boleh dibaca di sini)
dan peringatan terakhir serta berulang-ulang kali perlu diingatkan adalah...

JANGAN MENYIMPAN RAHSIA


Ajarkan mereka berkongsi apa saja yang berlaku untuk pendapat dan cadangan...Jika mereka cuba memberitahu sesuatu kepada anda berkaitan gangguan seksual, dengar.
Ada kalanya kita sukar mempercayainya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan seseorang yang anda percaya seperti keluarga pengasuh mahupun anak lelaki anda sendiri.
Mungkin sukar untuk kita percaya, tetapi selain daripada orang dewasa, salah satu daripada golongan paedofilia yang sukar dikesan adalah mereka yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.
Malangnya, banyak kes telah melaporkan bahawa seseorang yang rapat atau keluarga boleh menjadi pemangsa seks yang paling merbahaya. Sebelum membuat sebarang tuduhan, pastikan anda memantau anak anda dengan lebih berhati-hati.
Sekalipun ianya tidak dapat disahkan, pastikan anda tidak memarahi atau menganggap mereka menipu supaya anak-anak rasa selamat apabila memberitahu anda tentang hal seperti ini lagi.

IKUT GERAK HATI ANDA

Sebagai ibu, biasanya anda akan dikurniakan deria keenam yang dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena pada anak.
Jika terdetiknya perasaan ini, pastikan anda tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan anak.
Semak sebarang kecederaan fizikal dengan teliti, lebih-lebih lagi jika ia terdapat berhampiran dengan alat sulit.
Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan pelaksanaan Rang Undang-Undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015, pangkalan data mengenai maklumat pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan gangguan seksual kanak-kanak akan diwujudkan bagi membantu menangkis masalah ini.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti seorang kanak-kanak itu menjadi mangsa pedofilia, hubungi Talian Nur 15999 untuk mendapatkan bantuan.(sekian pesanan penaja...ada sebarang persoalan just drop by nanti saya akan menyusul kemudian) moga maklumat ini sedikit sebanyak dapat memberi info bagaimana menjawab persoalan anak-anak kecil tentang isu berkaitan.









No comments: