Tuesday, April 9, 2019

KEHIDUPAN


Tak banyak yang aku pinta dari-Mu
Hanya saja aku tak ingin semua ini ada pada ku
Bila dalam kehiduapan sentiasa lalai dan tak menemukan Mu
aku pasrah,salahnya datang dari ku
aku yang tak pernah bersyukur dgn apa yang KAU beri
aku yang tak pernah menggariskan pedoman selepas teguran Mu
Do’a ku hanya ingin bahagia
Sudah bosan aku merasakan semua luka
Dan izinkan kehidupan ku ini bersalut tawa kembali
tawa yang dalamnya ada Mu...Ya Allah.
Tuhan, besar harapan ku untuk ini
Untuk kehidupan ku ini
Agar ku tak tersakit hati lagi
Dan jujur aku lelah dengan semua ini
Harapan ku hanya ingin bahagia
Itu saja, dan tidak meminta yang lainnya
Aku tak inginkan banyak harta
yang ku suka, bimbing aku agar menjadi bahagia..
bahagia dengan adanya KAU dalam dada..
dalam jiwa..dalam setiap hela nafas ku yang ada
dengan semua do’a dan usaha
agar aku selalu bahagia


Thursday, January 17, 2019

Keganasan Rumahtangga isu dan peranan

Seperti yang dijanjikan..info tentang Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT)
Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian. Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakkan pendera adalah golongan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak. (namun ada juga kes terpencil iatu mangsanya adalah lelaki)
Apakah bentuk keganasan rumahtangga?
Bentuk-bentuk keganasan rumahtangga :
Fizikal
Pertuturan
Psikologi
Emosi / perasaan
Apakah kesan kesihatan akibat keganasan rumahtangga?
Berikut adalah beberapa kesan-kesan kesihatan disebabkan keganasan rumahtangga –
Kecederaan pada anggota badan :
Seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.
Kesan psikologi / mental :
Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera. Mereka juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri
Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah.
(hanya segelintir mengikut kajian)
Dalam masa yang sama juga, kesan trauma akan menyebabkan PTSD dan kesan dari pada itu, mangsa tanpa disedari akan membangunkan personaliti "seeking attention" dan kadang kala mangsa pula akan cuba untuk mengawal serta menguasai keadaan kerana tidak mahu trauma berada didalam kawalan itu berulang.
Adakah saya di kalangan mangsa keganasan?
Berikut adalah soalan-soalan sama ada anda dan pasangan anda berada dalam masalah keganasan rumahtangga. Jika kebanyakan jawapan “YA”, anda adalah golongan mangsa dera.
Perasaan dalaman anda : Perasaan takut, benci diri sendiri dan keadaan terdesak
Adakah anda sentiasa ketakutan terhadap pasangan anda?
Adakah anda mengelak suatu perkara meransang pasangan anda menjadi marah?
Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan sesuatu yang betul atau disukai oleh pasangan anda?
Adakah anda merasa tidak berguna dan patut di hukum?
Adakah anda merasa tidak lagi menyayangi pasangan anda?
Adakah anda rasa tidak lagi menghormati pasangan anda?
Adalah anda rasa anda yang tidak waras dan bersikap keterlaluan terhadap pasangan anda?
Pernahkah anda merasa ingin menyingkirkan pasangan hidup anda?
Pernahkah anda mengharapkan pasangan anda mati?
Adakah anda terasa terancam?
Adakah anda bimbang pasangan mengambil anak-anak anda?
Adakah anda merasa perbuatan keganasan rumahtangga adalah biasa dalam perkahwinan?
Tingkahlaku pasangan anda
Adakah pasangan anda sukar difahami ?
Adakah pasangan anda mempamerkan kelakuan baik di antara kejadian keganasan ?
Adakah pasangan anda seorang pemarah ?
Pernahkah pasangan anda mengugut anda ?
Secara lisan atau fizikal?
Untuk mencederakan atau membunuh anda?
Pernahkah pasangan anda mengugut mengambil anak-anak anda ?
Pernahkah dia mencederakan anda secara fizikal?
Pernahkah pasangan anda mengugut di tempat kerja ?
Adakah pasangan anda merosakkan harta / peralatan rumah?
Adakah pasangan anda memisahkan anda daripada keluarga dan kawan kawan anda ?
Pernahkah pasangan anda mengawal perbelanjaan penggunaan telefon atau kereta ?
Adakah pasangan anda suka mengongkong dan cemburu, selalu mengesyaki anda mempunyai perhubungan lain ?
Adakah pasangan anda melarang anda dari keluar rumah ?
Adakah pasangan anda mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anda ?
Adakah pasangan anda memalukan dan mengutuk anda di hadapan orang lain ?
Adakah pasangan anda tidak mengindahkan atau merendahkan pandangan dan pendapat yang anda beri ?
Adakah pasangan anda menyalahkan anda di atas keganasannya ?
Adakah pasangan anda tidak menghormati wanita ?
Adakah pasangan anda menganggap anda sebagai objek seks ?
Apakah tanda seseorang itu mungkin menjadi mangsa keganasan rumahtangga?
Anda atau sesiapa sahaja boleh mengesyaki keganasan berlaku sekiranya anda menyaksikan kawan-kawan anda mempunyai tanda-tanda berikut :-
Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan “kemalangan”
Kemurungan dan kerap menangis
Kerap menghilang diri
Kerap datang lambat
Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
Takut terhadap pasangan
Tumpuan dan prestasi kerja merosot
Menyisihkan diri
Mempunyai masalah kewangan
Jika anda mangsa keganasan rumahtangga, atau mengetahui seseorang itu menjadi mangsa keganasan, sila dapatkan bantuan segera.
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga?
Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
1) Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran
2) Menghubungi Talian Kasih 15999
3) Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederaka
berikut adalah maklumat tambahan untuk pengetahuan dan ilmu...






Wednesday, October 31, 2018

MEROYAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Maaf pada yang menunggu tentang artikel ini....lama dah nak siapkan namun banyak kekangan yang melanda dan kesihatan tidak mengizinkan untuk menyudahkan penulisan ini. Jadi ini hasilnya harap dapat memberi info dfan kefahaman kepada yang mengutarakan untuk penerangan tentang artikel "MEROYAN" ini.

Apakah sebenarnya "MEROYAN" ini.....

Meroyan atau dikenali sebagai Postpartum depression (PPD) atau postnatal depression (PND) adalah sejenis kemurungan selepas bersalin atau bahasa mudahnya keresahan (anxiety). Sejak kebelakangan ini kita banyak mendengar berita-berita berkaitan dengan ibu mengelar, membunuh malah ada yang melakukan penderaan kepada anak disebabkan tekanan dan ada dorongan daripada faktor-faktor lain seperti mendengar suara-suara menyeru mereka berbuat demikian. Hal ini jangan dikaitan dengan kurangnya keimanan atau kurang didikan agama kerana ia adalah sejenis penyakit dan kes terbaru yang berlaku di Kelantan adalah selepas seorang ibu selesai solat dan melakukan rutin keagamaannya. Begitu juga dengan kes yang sama berlaku di Kota Belud, Sabah baru-baru ini.

Menurut Dr. Zul Azlin Razali, seorang Psikiatri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), postpartum depression adalah satu keadaan di mana si ibu mengalami kemurungan atau depresi selepas melahirkan anak. Proses kelahiran, sama ada normal atau secara pembedahan merupakan satu proses yang bukan mudah dan hanya wanita sahaja yang mengetahuinya. Ia menuntut banyak kesabaran, tenaga, dan pengorbanan daripada si ibu. Sakitnya pula tidak mampu diluah atau diceritakan. Maka, tidak hairanlah jika ada para ibu yang trauma sebaik sahaja melalui proses ini, terutamanya bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak.

Terdapat Tiga Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin
Bukanlah semua kemurungan itu dikategorikan sebagai PPD. Untuk kemurungan biasa boleh rujuk artikel saya sebelum ini iatu KEMURUNGAN (MAJOR DEPRESSION) dan KEMURUNGAN SATU PERSOALAN.
Ada tiga jenis yang berbeza, biasanya dikategorikan mengikut keseriusan sesuatu kemurungan itu.




1.     Postpartum Blues – Perasaan ‘Blues’ Selepas Bersalin
Postpartum Blues adalah tingkat pertama dalam kemurungan selepas bersalin. Ianya tidaklah terlalu serius. Mereka yang mengalami masalah ini biasanya mengalami tekanan emosi yang sederhana.

Bahkan, ia adalah perkara yang normal dan mungkin tidak perlu dirisaukan sangat.

2.    Postpartum Depression – Depresi Selepas Bersalin
Istilah yang biasa kita dengar, postpartum depression, sebenarnya adalah tingkat kedua dalam masalah kemurungan selepas bersalin. Ia merupakan kesinambungan daripada postpartum blues yang tidak dikawal dengan baik.

PPD selalunya disamakan dengan ‘meroyan’. Ini adalah perkataan biasa yang orang-orang kita selalu sebutkan. Kalau anda hendak tahu, mengikut kajian saintifik, PPD atau meroyan selalunya terjadi disebabkan oleh perubahan hormon dan kadang kala jika terdapat sejarah dalam keluarga pernah mengalami situasi ini maka besarlah peluang untuk individu itu terjebak dan mengalami masalah meroyan ini.

Sememangnya, semua para ibu akan mengalami pertukaran hormon di dalam badan mereka, sama ada sedar atau tidak. Hormon-hormon ini kemudiannya akan mempengaruhi keadaan fizikal dan emosi seseorang itu.

3.     Postpartum Psychosis – Keadaan Tekanan Mental Selepas Bersalin
Ini adalah fenomena yang melanda Negara kita sekarang, Terdapat beberapa kes yang saya kongsikan di ats di mana seorang ibu yang baru bersalin dan masih dalam proses berpantang telah mengelar leher anaknya sendiri. Perbuatan ganas dan di luar kawalan ini adalah satu contoh daripada kesan serius kemurungan tahap ketiga, dipanggil postpartum psychosis.

Ia adalah tahap meroyan yang serius dan selalunya menunjukkan simptom yang lebih teruk daripada dua jenis di atas.



Terdapat beberapa simptom jika seseorang mengalami meroyan atau kemurungan ini.

Simptom-simptom kecil yang boleh dikesan awal :



#1 ‘Brain Fog’
Keadaan di mana anda menjadi cepat pelupa. Ramai yang selalu bergurau dengan menggunakan ayat ‘wayar terputus semasa bersalin‘. Tetapi sebenarnya ia harus dipandang berat!

Kajian menunjukan yang kemurungan boleh memberi kesan terhadap memori seseorang.

Jika anda rasa sering kali terlupa sesuatu, anda mungkin mempunyai masalah memori dan ia mungkin ada kaitan dengan kemurungan.

#2 Berfikiran Negatif
Sering fikir untuk melakukan perkara negatif jika terjadi sesuatu? Contoh rasa ingin mencederakan anak anda jika dia menangis terlalu lama atau ingin melarikan diri dari semua orang?

Ini adalah contoh yang anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Ia bermakna anda memerlukan bantuan. Tak kiralah dari segi sokongan keluarga atau bantuan profesional.

#3 Marah atau Baran
Anda perasan yang anda sering kali marah atau cepat sangat naik angin? Anda selalu mengamuk dengan pasangan atau rakan sekerja walaupun atas perkara kecil? Sentiasa rasa sakit hati dengan orang lain? Dan kadang kala melepaskan kemarahan kepada anak walaupun rasanya perkara itu tidak perlu.

Sebenarnya, mudah marah adalah salah satu tanda kemurungan. Kemurungan akan membuatkan anda terlalu memendam rasa. Kemudian semua perasaan itu meletus menjadi kemarahan.

#4 Rasa Kosong
Kosong di sini bermakna, hati anda seperti kosong. Tidak mampu betul-betul merasai apa-apa perasaan. Sama ada perasaan empati mahupun emosi. Seperti robot yang hanya bertindak tanpa perasaan dan emosi. Seperti anda terputus hubungan dengan orang sekeliling yang buat anda rasa sesuatu, tidak lagi rasa teruja atau terinspirasi dengan perkara lain. Tidak mampu rasa apa-apa juga adalah tanda kemurungan selepas bersalin.

#5 Insomnia
Sukar tidur malam walaupun badan sudah lesu? Atau sebaliknya? Terlalu banyak tidur namun kelesuan itu tidak hilang-hilang. Sebenarnya, mental anda yang sedang penat, serta anda memerlukan bantuan. Mengalami kemurungan bukanlah sesuatu yang patut anda malu serta biarkan saja. Anda harus mendapatkan bantuan. Mengambil berat tentang kesihatan fizikal, mental malah emosi kita kerana anak-anak memerlukan ibu bapa untuk menjaga mereka.

Apabila perkara ini telah melarat dan menjadi lebih serius, terdapat beberapa simpton atau amaran lain yang perlu di ambil berat bila tiba-tiba seseorang ibu merasakan beberapa perkara ini tanpa sebab tertentu :

Berasa sayu
Selalu bersedih
Berasa letih
Perasaan bimbang
Rasa tidak senang hati

Lagi kritikal apabila simptom-simpton ini terjadi dan ini adalah amaran untuk mendapatkan rawatan serta bantuan segera antaranya adalah :

Bercakap tentang membunuh diri
Ingin mencederakan bayi
Memikir yang bukan-bukan
Mendengar bisikan-bisikan halus
Berhalusinasi dan bercakap sorang-sorang.

Sunday, October 14, 2018

ROGOL DAN BAGAIMANA MENERANGKAN KEPADA ANAK KECIL

Assalammualaikum dan selamat pagi semua kesayangan Ummi...

Permintaan artikel berkaitan perkara ini lama dah di minta tapi tak sempat nak siapkan sebab kesibukkan dengan urusan-urusan hakiki yang memerlukan perhatian utama terlebih dahulu.

ok mari kita bincangkan macam mana nak terangkan dengan anak kecil tentang beberapa perkara yang selalu mereka akan tanya. Baru-baru ini ada beberapa sahabat mengutarakan tentang kebimbangan ini. Bilamana anak mereka bertanya apa itu "ROGOL"...pada saya kita kena bijak dalam menjelaskan tentang beberapa perkara yang sensetif ini. Pertama sekali..mungkin kita perlu tanya semula pada anak..mana beliau tahu akan hal ini..dan apa yang beliau ingin tahu..
This is trick nak tahu apa yg dilihat/image pertama bermaian dalam minda mereka hingga mereka boleh keluarkan perkaitaan itu untuk mengetahui perkara sebenar. 

Yang utama sekali kena bagi tau anak-anak ini "Rogol" itu satu kesalahan undang-undang yang boleh ditangkap dan dikenakan hukuman berat. Bagi yang islam sila selitakan sekali Allah tidak suka akan hal ini dan ia adalah perbuatan salah bagi kita yang sayang Allah..
Untuk permulaan bolehlah kita jelaskan dengan mereka tentang sentuhan

SENTUHAN BAIK DAN SENTUHAN TIDAK BAIK

(tertakluk kepada kanak-kanak normal sahaja ya. Bagi kanak-kanak special need mrk juga perlu special punya penerangan dan cara)

Apakah itu sentuhan ? Sentuhan boleh di definasikan sebagai satu tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu. Apabila kita di sentuh kita akan mempunyai perasaan didalam diri kita. Perasaan kita bergantung sama ada ia sentuhan baik atau sentuhan tidak baik .

Sentuhan baik boleh di gambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa gembira, selesa dan selamat di dalam seperti apabila ibubapa memeluk kita. Sentuhan baik juga dikenali sebagai sentuhan selamat.
Sentuhan tidak baik boleh digambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa tidak selesa , tidak selamat dan memberi perasaan buruk di dalam seperti sedih , malu dan takut . Contoh sentuhan tidak baik ialah di pukul atau di tolak atau disentuh dengan kasar. Sentuhan tidak baik juga dikenali sebagi sentuhan tidak selamat.
Oleh itu , dimana kita boleh di sentuh dan siapa boleh sentuh kita ?
Seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun boleh menamakan bahagian-bahagian tertentu badan mereka.
Pada umur  4 atau 5  tahun kanak-kanak boleh menamakan bahagian badan mereka dan sedar akan badan mereka serta fungsinya. Pada umur ini juga mereka akan belajar bahawa bahagian-bahagian tertentu badan mereka adalah sulit atau rahsia.
Oleh itu , mereka harus di ajar bahawa badan mereka adalah hak mereka sendiri dan dimiliki oleh mereka. Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh badan mereka tanpa kebenaran mereka dan mereka boleh menolak untuk tidak di sentuh.
Terdapat bahagian – bahagian badan anda yang sulit dan peribadi kepada anda. Seorang kanak-kanak mesti diajar tentang bahagian-bahagian ini. Terdapat 4 zon dianggap sulit dan peribadi iaitu : mulut, dada , kawasan di antara paha (kemaluan)  dan punggung . Kawasan sulit ini hanya boleh di sentuh oleh diri sendiri atau oleh ibu bapa anda. Ibu atau bapa anda akan menyentuh anda apabila mereka mandikan anda. Doktor anda akan menyentuh anda semasa pemeriksaan fizikal di hadapan ibu bapa anda. Dan kalau boleh ajarkan mereka tertib perempuan hanya boleh diuruskan oleh ibu/kakak manakala lelaki hanya boleh diurusakan oleh bapa/abang. Kerana zaman sekarang ini juga banyak kes berkaitan "haruan makan anak" atau sumbang mahram.
Kaedah lain ialah mengajar kanak-kanak peraturan seluar dalam : Seorang kanak-kanak tidak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutup oleh pakaian dalam mereka. Mereka juga tidak boleh menyentuh orang lain di bahagian badan ini  juga. 

KENAL ANGGOTA SULIT MASING-MASING

Tidak ada malunya untuk kita memberitahu mereka tentang anggota sulit ini tanpa perlu berselindung dengan nama gelaran seperti ‘burung’, ‘punai’, ‘karipap’, atau apa sajalah. Nama-nama ini akan menjadikan mereka keliru dan kurang berasa perlu melindungi anggoa tersebut.
Beritahu mereka istilah yang sebenar yang lebih serius seperti buah dada, dubur, penis, atau vagina/faraj.
Ini akan membantu mereka menghargai tubuh badan sendiri dan mempunyai hak ke atasnya.
Bagi tahu anak apa perlu buat jika ada orang lain menyentuhnya....
  1. Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati untuk pertolongan
  2. Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang
  3. Beritahu seseorang  yang anda percayai seperti ibu , bapa, nenek , datuk , cikgu dan sebagainya. Teruskan memberitahu mereka sehingga mereka memepercayai anda dan mengambil tindakan sewajarnya. Jika perkara ini melibatkan keluarga dan pihak keluarga tidak mempercayai. Anda perlu rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. (tidak kira sama ada perkara ini benar berlaku atau tidak. Jadi kita boleh memberi intervensi awal kepada keadaan semasa)
Beritahu anak-anak contoh situasi bagaimana yang dianggap salah dan perlu diberitahu kepada ibu bapa jika ada seseorang memperlakukan kepadanya:
  1. Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi mereka
  2. Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anak anda
  3.  Apabila seseorang meminta anak menanggalkan pakaian anak anda
  4. Apabila seseorang mengambil gambar mereka tidak berpakaian
  5. Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian kepada mereka
  6. Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit mereka.
Ibu bapa boleh membantu memperkasakan anak-anak mereka dengan:
  • Berbincang dengan anak-anak mengenai sentuhan baik dan sentuhan tidak baik. Jika anak anda ingin berbual mengenai sentuhan jangan abaikan atau tidak hiraukan mereka. Ambil peluang ini untuk mengajar mereka tentang badan  mereka dan gunakan bahasa dan istilah yang sesuai apabila mengajar mereka tentang bahagian badan mereka.
  • Jangan memaksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak saudara.  Ini adalah kerana terdapat kes penderaaan yang melibatkan ahli keluarga terdekat atau saudara mara.
  • Mengajar dan memberitahu anak-anak untuk meluahkan perasaan tidak selesa dengan menggunakan kata-kata. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengenalpasti atau  menyatakan emosi mereka , sebaliknya mereka akan menangis, menjerit atau membaling barang untuk meluahkan emosi  mereka
  • Berlatih main peranan: Berlatih apa yang harus mereka katakan ( Jangan ! Saya tidak suka itu . Hentikan!) dan beritahu (orang dewasa yang mereka percayai ) jika mereka pernah di minta untuk menunjukkan atau di sentuh di bahagian sulit mereka
  • Percayalah anak-anak anda apabila mereka mula ingin berkongsi sesuatu yang serius
  • Sentiasa beritahu anak anda yang anda sayang mereka dan jika berlaku apa-apa jangan salahkan anak anda. Sebaliknya , yakinkan anak anda yang mereka masih disayangi dan elakkan bercakap mengenai kejadian itu sepanjang masa.
Peraturan Sentuhan Untuk Diingati:
  1. Terdapat sentuhan baik dan sentuhan tidak baik
  2. Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia anda tanpa kebenaran anda
  3. Jangan sesekali bersetuju untuk menyimpan rahsia sentuhan tidak baik
  4. Beritahu seseorang yang anda percayai dan teruskan memberitahu sehingga anda dapat bantuan dengan masalah tersebut.
Ok selepas selesai menerangkan tentang sentuhan dan bila anak memahami tentang perkara2 penting ini biarkan mereka ingat dan tanam dalam diri. Jangan hujani anak-anak dengan input yang banyak sekali jalan...bagi tau mereka..kita akan sambung hal ini untuk hari esok. Dalam menerangkan tentang sentuhan jika perlu melukis..maka lukislah wahai ibu-ibu wahai bapa-bapa. Sebab apa..kerana apabila perkara ini berlaku kadang kala anak-anak yang trauma tidak mampu pun untuk bercakap namun mereka boleh melukis atau role play. (pengalaman nyata saya dalam mengendalikan mangsa).

Next step....untuk hari esok..boleh mula jelaskan tentang "CABUL"..."ROGOL"...."GANGGUAN SEKSUAL".."PEDOFILIA"...banyak kan...hahahha jangan di jelaskan semua...buat permulaan jelaskan tentang 

"CABUL & ROGOL"

 Perbuatan "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain secara paksa dan mendatangkan kesakitan dan ketidak selesaaan". Kesalahan perogolan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup. (nada dan cara menerangan kena dengan intonasi yang betul...sebut satu-satu dengan jelas. kemudian tanya semula pada anak adakah mereka faham)

TIDAK BEBAS DISENTUH SESUKA HATI

Apabila bercakap dengan anak kecil mungkin susah sedikit kerana mereka ini biasanya comel dan mesti akan dicium dan dipeluk oleh orang lain.
Namun, seelok-seeloknya anak kecil tidak perlu digalakkan untuk berpelukan atau dicium secara berlebihan oleh orang lain, walaupun ahli keluarga terdekat atau keluarga pengasuh.
Bagi kanak-kanak yang sudah besar sedikit, terangkan tentang muhrim mereka serta sentuhan yang ‘dibolehkan’ seperti bersalaman, bukannya belaian yang menimbulkan rangsangan.
Ada kanak-kanak malang yang tidak mengetahui apa yang diperlakukan terhadap mereka adalah sejenis gangguan seksual kerana mereka tidak pernah diberitahu tentangnya. Mereka menyangka bahawa sentuhan ini adalah sejenis rasa sayang yang tidak patut ditepis.(pengalaman mengendalikan kes sebenar dan ada perkongsian boleh dibaca di sini)
dan peringatan terakhir serta berulang-ulang kali perlu diingatkan adalah...

JANGAN MENYIMPAN RAHSIA


Ajarkan mereka berkongsi apa saja yang berlaku untuk pendapat dan cadangan...Jika mereka cuba memberitahu sesuatu kepada anda berkaitan gangguan seksual, dengar.
Ada kalanya kita sukar mempercayainya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan seseorang yang anda percaya seperti keluarga pengasuh mahupun anak lelaki anda sendiri.
Mungkin sukar untuk kita percaya, tetapi selain daripada orang dewasa, salah satu daripada golongan paedofilia yang sukar dikesan adalah mereka yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.
Malangnya, banyak kes telah melaporkan bahawa seseorang yang rapat atau keluarga boleh menjadi pemangsa seks yang paling merbahaya. Sebelum membuat sebarang tuduhan, pastikan anda memantau anak anda dengan lebih berhati-hati.
Sekalipun ianya tidak dapat disahkan, pastikan anda tidak memarahi atau menganggap mereka menipu supaya anak-anak rasa selamat apabila memberitahu anda tentang hal seperti ini lagi.

IKUT GERAK HATI ANDA

Sebagai ibu, biasanya anda akan dikurniakan deria keenam yang dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena pada anak.
Jika terdetiknya perasaan ini, pastikan anda tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan anak.
Semak sebarang kecederaan fizikal dengan teliti, lebih-lebih lagi jika ia terdapat berhampiran dengan alat sulit.
Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan pelaksanaan Rang Undang-Undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015, pangkalan data mengenai maklumat pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan gangguan seksual kanak-kanak akan diwujudkan bagi membantu menangkis masalah ini.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti seorang kanak-kanak itu menjadi mangsa pedofilia, hubungi Talian Nur 15999 untuk mendapatkan bantuan.(sekian pesanan penaja...ada sebarang persoalan just drop by nanti saya akan menyusul kemudian) moga maklumat ini sedikit sebanyak dapat memberi info bagaimana menjawab persoalan anak-anak kecil tentang isu berkaitan.









Thursday, August 30, 2018



Inferiority Complex Syndrome Sebagai Salah Satu Penyebab Penyakit Sosial


Hampir setiap orang pasti pernah merasa inferior (rendah). Manifestasi dari inferior dalam kehidupan sehari hari kita kenal dengan sebutan minder. Minder berawal dari penilaian diri yang buruk. Individu merasa tidak kompeten, tidak mampu, rendah, hina, tidak berguna, dan berbagai perasaan negatif tentang dirinya sendiri. Perasaan minder tersebut muncul karena individu yang mengalami inferioritas merasa atau betul-betul mempunyai kekurangan pada fizikal ataupun psikologinya. Terkadang rasa inferior tanpa disadari dipupuk oleh individu  dengan terlalu sering membandingkan kekurangan diri sendiri dengan kelebihan orang lain. Adapun gejala inferioritas yang paling umum, diantaranya :
  • Perilaku mencari perhatian. Dengan berbagai cara, subjek inferior secara terus menerus berusaha mendapatkan perhatian.
  • Dominasi, yaitu jika seseorang berbuat seolah-olah berkuasa atas sesuatu yang sebenarnya justru menyebabkan dirinya merasa minder.
  • Eksklusif, yaitu perilaku tidak terlibat dalam aktiviti sosial dan lebih suka menyendiri akibat banyak kekurangan.
  • Kompensasi, jika seseorang menyembunyikan perasaan inferiornya dengan mengembangkan diri, sehingga akhirnya mendatangkan respek dan perhatian dari orang lain.(biasanya ada pengalaman lalu dipandang tidak berguna oleh individu lain)
  • Kritis, yaitu jika seseorang memiliki kebiasaan mengkritik orang lain dalam upaya menciptakan dan memelihara citra bahwa dirinya lebih mampu dari orang lain.
Terdapat tiga aspek yang menyebabkan rasa inferior pada individu. Aspek tersebut sebagai berikut :
  1. Aspek fizikal
  2. Aspek ekonomi
  3. Aspek kemampuan Intelektual
Inferior dapat menular kepada siapa saja dari kalangan manapun. Jika rasa itu dikembangkan dan melahirkan tujuan-tujuan superior dan mengkompensasi rasa inferioritasnya, maka itu bukan lagi suatu hal yang wajar melainkan sudah menjadi bentuk kelainan yang disebut inferiority complex syndrome dan ianya menganggu kefungisan sebenar kehidupannya. Inferiority complex syndrome membuat individu memandang dirinya rendah, membenci dirinya sendiri, terasing dari lingkungannya, dan sangat mengganggu aktiviti kehidupannya dan menganggu kefungsian sebenar. Dengan merujuk pada teori psikologi individual tentang perasaan inferioritas, Alfred Adler, setiap individu mempunyai kapasiti  untuk mempromosikan perasaan inferioritas pada orang lain. Bentuk promosi perasaan inferioritasnya itu dapat bersifat negatif ataupun positif. Bentuk promosi negatif dari manifestasi inferiority complex syndrome adalah penyakit sosial.
Penyakit sosial adalah bentuk perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang tidak sesuai norma dan nilai sosial yang berlaku dalam masyarakat. Tolak ukurnya bukan baik atau buruk, benar atau salah tetapi berdasarkan ukuran norma dan nilai sosisal dalam masyarakat. Penyakit sosial tersebut dibagi kedalam dua bentuk penyimpangan yaitu individu dan kelompok. Beberapa penyakit sosial yang lahir dari perilaku individu yang mengalami inferiority complex syndrome :
  • Perilaku buli
  • Perkosaan
  • Bunuh diri
  • sentiasa mahu membuktikan dirinya hebat namun kadang kala sentiasa ketakutan
Perasaan inferior dan kompensasi pertama kali dipelajari oleh Alfred Adler pada kecacatan jasmani dan kompensasi. Menurut Alfred Adler dalam bukunya Study of Organ Inferiority and Its Physical Compensation (1907), mendeskripsikannya sebagai proses dari kompensasi atas ketidakmampuan atau keterbatasan fizikal seseorang. Tergantung pada sikap yang diambil atas kekurangan fizikalnya, kompensasi atas ketidakmampuan atau keterbatasan tersebut bisa saja memuaskan atau tidak. Dari pengamatannya pada kecacatan jasmani dan kompensasinya, Adler mulai melihat bahwa setiap individu sebagai seseorang yang memiliki perasaan inferior. Setiap individu memiliki perasaan inferior baik itu dia sedari ataupun tidak. Inferioritas merupakan perasaan yang muncul akibat adanya kekurangan psikologi atau sosial yang dirasakan secara subjektif maupun akibat kelemahan atau cacat yang nyata.
Individu memiliki kekuatan perjuangan yang dibawa sejak lahir. Terdapat perasaan inferior untuk dapat diatasi oleh individu dan untuk mencapai tingkat perkembangan yang lebih tinggi dalam hidupnya. Proses inferioritas sudah ada sejak bayi. Kelemahan fizikal akan melahirkan rasa ketergantungan yang sangat terhadap orang dewasa. Bayi yang lemah secara fizikalnya menyedari akan perasaan yang tidak berdaya tersebut untuk menentang kekuatannya. Menurut Adler, Bayi atau anak mengembangkan perasaan inferioritas yang lebih kuat jika pengajaran dan pembelajarannya tidak dalam perkembangan yang baik untuknya.
Sisi inferioritas ini menurut Adler bukan ditentukan oleh faktor genetik tetapi lebih kepada fungsi lingkungan dimana anak tidak berdaya dan cenderung tergantung pada orang dewasa. Inferioritas mutlak dan yang lebih penting adalah amat diperlukan. Inferioritas membuat orang menjadi termotivasi untuk berusaha, untuk maju, untuk terus menjadi lebih baik lagi dan untuk sukses. Gerakan untuk maju dan meningkat merupakan hasil dari usaha kompensasi inferiority feeling.
Penyebab inferiority complex berawal dari anak dengan dua perlakuan berbeza, yaitu anak yang dimanjakan (spoiling child) dan anak yang ditolak (Neglected child). Kedua perlakuan ekstrim tersebut berpotensi melahirkan perasaan inferiority complex. Anak yang dimanjakan oleh kedua orang tua ataupun lingkungan serta persekitaran akan merasa sebagai pusat perhatian dan ia menyedari bahwa hampir semua keinginannya akan dikabulkan persekitarannya. Dari kondisi pengasuhan seperti itu, ia membangun sebuah idea bahwasannya ia adalah orang yang paling penting (the most important person). ketika keyakinan terbangunnya itu dihadapkan pada kenyataan saat memasuki dunia sekolah, anak tersebut akan merasa shock. Lingkungan rumah yang membuainya dengan kemanjaan sangat mempengaruhi dengan dunia sekolah. Hal tersebut dapat membuat anak mengembangkan perasaan inferiornya.
Inferiority pada perkembangan anak yang ditolak (Neglected child) berawal dari keadaan anak yang dirinya tidak diinginkan, ditolak, dan perlakuan berbeza dari orang tuanya. Kondisi itu melahirkan sebuah perasaan ditolak lingkungan dan tidak diinginkan. Anak menjadi    kekurangan cinta dan kasih sayang dan menemukan dirinya merasa tidak aman dan nyaman dengan lingkungan. Dari situ anak mengembangkan perasaan tidak berharga, marah, dan tidak percaya pada lingkungan. Hal itu berpotensi sebagai media berkembangnya perasaan inferior yang dapat menjadi inferiority complex. Ini biasa berlaku dikalangan anak angkat terutamanya anak tidak sah taraf yang tidak dijelaskan atau difahamkan kedudukannya dari awal. Lalu anak itu akan memberontak dan memilih sentiasa berfikiran negetif terhadap diri dan persekitarannya.
Inferiority complex terjadi jika individu tidak mampu mengkompensasi inferioritasnya. Menurut Adler, untuk menjadi manusia, bererti merasakan dirinya inferior. Jadi dia memandang bahawa inferioritas merupakan sesuatu yang kebiasaan sebagai penentu tingkah laku dan bukan merupakan suatu yang abnormal. Bahkan inferior dapat menjadi sesuatu yang mendorong individu agar perlu belajar dan berusaha lebih baik lagi. Akan tetapi individu yang jiwanya tidak sehat akan mengembangkan perasaan inferiornya menjadi berkembang dan melahirkan tujuan sebagai superior personal.
Perasaan inferior itu diolah oleh individu dan dapat melahirkan sikap atau keputusan yang berbeza atas hal itu. Individu yang memiliki perasaan tak lengkap (inferior) yang normal akan mengkompensasi hal itu pada minat sosial. Minat sosial tersebut dijadikan landasan untuk berjuang mencapai tujuan akhir sehingga berjaya dapat dipersepsi dengan jelas. Sebaliknya pada individu yang mengembangkan inferiotitasnya, tujuan akhirnya dipersepsi kabur, kerana individu tersebut berjuang agar menjadi superior. Hal yang dilakukannya adalah menggapai keuntungan peribadi yang melahirkan superioritas peribadi pula.