CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Sunat
Taubat:
2. Bacaan surah
selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:
Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah
Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum
duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih
berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la
an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau
(Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada
golongan
orang yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi
salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha
il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah
yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
b. Sambung baca
Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal
hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku
li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa
nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun
kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup
Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba
yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat,
menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.
c. Kemudian bacalah
Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma
an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta
kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka
wa-wa’-di-ka
mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu,
a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii,
fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah
Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku
adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah
setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan
yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan
kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada
yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak
mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan
mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu
daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu
daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada
dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah!
Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji
tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada
dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan
baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku
sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah
daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku,
suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya
Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Selamat beramal semua :)
Sumber Dari : http://shafiqolbu.wordpress.com
No comments:
Post a Comment