Monday, December 31, 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT.....JOM IBADAT.....

Sempena nak mulakan azam baru hahahhaha peringatan untuk diri sendiri sebenarnya....saja hak berkongsi....


CARA SOLAT TAUBAT

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

    “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada  
golongan orang yang aniaya (zalim).

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;


    “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
    Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :


    AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ab-du-ka wa-a-naa a-laa ah-di-ka wa-wa-di-ka mas-ta-th0-tu, a-uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na-tu, a-buu u-la-ka bi-ni-ma-ti-ka a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
    Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5.  Baca Doa Taubat

    Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Selamat beramal semua :)

Sumber Dari : http://shafiqolbu.wordpress.com

Sunday, December 30, 2012

TAHUN BARU BAKAL MENJELMA


Becerita berkaitan tahun baru, aspek yang sangat berhubung kait adalah azam!!!!!! so macam mana dengan azam kamu semua? dah ada azam tidak? azam tahun lepas sudah tercapai ke?


so dalam menzahirkan tahun baru ini harap-harap kamu semua sudah merancang dan mempunyai azam :) bagi aku, azam aku tahun 2013 ni aku nak luaskan dan maju selangkah atau berlangkah-langkah dalam bidang perniagaan yang aku ceburi. Moga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kami.....Amin..... dan yang paling penting sekali moga Allah tetapkan hati-hati kami semua ini dalam islam dan iman......


Saturday, December 29, 2012

REVIEW PERCUTIAN KE GUNUNG LEDANG

Kalau anda semua ingat, saya ada post entry berkaitan rancangan percutian saya bersama En Suami tersayang ke Gunung Ledang. Entrynya 'SINI'. So ini adalah hasil dari percutian yang saya nak kongsi bersama anda semua "cewahhh...macam apa je" hehheheh

Hari kami bermula dengan 22 Disember 2012 (Sabtu) pada pukul 7.00 pagi aku ke tempat kerja (hehehhe kena kerja juga sebab tak dapat cuti) so masuk pukul 7.00 pagi balik pukul 3.00 petang, rehat sekejap dan bersiap untuk ke Johor Bahru "Lakin" mengambil teman dari Singapura dan terus ke gerai Yong Tau Fu Kg Pasir, Johor Bahru. Kedai Abang Din memang kedai kegemaran kami.


Gambar sekadar hiasan * sebab cari gambar yang diambil tak jumpa hahhahah.

selepas itu kami sempat ke pasaraya @mart,Johor Bahru shopping kasut aku dengan suami sebab kasut tertingal tak bawa. So bila dah dapat kasut yang agak-agak boleh la dijadikan basahan * jenis pakai untuk semua kegunaan :) tapi sebenarnya hahahha parah juga suami dengan kak intan tunggu sebab kedai kasut tu ada buat sale hahahah nasib baik ku tahan nafsu kalau tak hendaknya lama aku dekat situ. dan dari situ kami teruskan perjalanan terus ke tangkak. Sampai dekat tol tangkak aku menghubungi pemilik homestay yang kami tempah tu. rupanya memang tak jauh. Aku dengan suami rasa amatlah berbaloi kami sewa homestay tu. Kalau tak percaya sila lihat gambar-gambar ni ya :)

Nama homestay ni Homestay Sri Anjung


ini ruang tamu ada tv so suami dan kak intan dapat tengok bola yang mana Singapura menang hahahah


yang ni ruang dapur dan tempat masak. boleh berguling-guling


yang ni bilik kedua. yang mana sama dengan bilik pertama(bilik aku) cuma bilik aku tandas dalam bilik. dan bilik ni ada penghawa dingin ya.


yang ni bilik ke tiga so rumahnya ada 2 bilik katil Queen size n 1 bilik 2 single bed. mana tak berbaloi-baloinya dengan harga RM180 SAHAJA

so kami bermalam dekat sini dengan lenanya heheheh so pada 23 Disember 2012 aku dan suami bangun awal pagi sebab suami janji nak buat sarapan mee goreng untuk dibawa ke gunung ledang heheheh dan yang sampingannya aku tolong.

menu sarapan sampingan



so tepat pukul 8.30 kami sampai di gunung ledang dengan nyamannya dan sebab awal pagi kami sampai so orang tak berapa ramai. Ini yang aku suka, sebab kalau rama orang sangat tak berapa selesa dan tak akan ada tempat nak dijadikan port :P

So nikmatilah pemandangan indah ciptaan Allah S.W.T


peta perjalanan gunung ledang.


kedatangan kami disambut oleh En lontong


Btw aku rasa yang ni cute dan comel :)


air terjun gunung ledang di pagi hari

yang kotak putih tu bekalan makanan kami hahahah nampak tak bersungguh






nampak macam cetek tapi yang ditengah tu dalam :P







yang ini dibawah sekali :) 

tak mendaki sampai atas, sampai nampak tingkat air terjun. kesian kak intan xdapat tengok :) maklumlah makcik dah tua hahahah dah tak larat nak panjat tinggi. Dulu masa muda a.k.a masa sekolah pernah sampai di atas.

Dah puas mandi dan bila dah semakin rimas sebab ramai orang sangat, so kami mengambil keputusan untuk bergerak pulang ianya lebih kurang jam 11.30 pagi agaknya. Cukup la selama 3 jam berendam dan sebanyak 2 kali naik tanah isi perut heheheh. Masa kami nak balik, kami bertembung dengan 1 keluarga dan ada seorang kanak-kanak tiba-tiba berkata dengan ayahnya "tengok kita dah lambat orang dah nak balik kita baru sampai" hahahahha tergamam ayah dia sampai ayahnya berkata "orang nak balik biarlah mereka" heheheh so sebelum bertolak pulang, ronda-ronda sekitar untuk mencari cenderama untuk dibawa pulang untuk rakan-rakan. Tidak banyak pilihan sangat so ambil keputusan beli keychain dan bantal comel :)
so rancangan terakhir kami adalah makan durian kampung :) so en suami mencari-cari gerai yang sesuai dan.... tara.....


gerai terpilih :) uncle ni sangat sporting layan kami best sangat-sangat.


durian kampung foohhhhh....


ini hasilnya :P hehheheh


dan yang ini, masa singgah pekan tangkak, en suami didatangi seorang budak lelaki menjual buku so dia belikan saya diari or perancangan ni. sangat-sangat terharu....suka sangat perancangan ni walaupun sebenarnya aku dah beli 1 ari tu hehehhe


banyak info dan sangat berguna thanks en suami....sayang kamu ketat-ketat :)
sekian ini sahaja perkongsian percutian kami heheheh

dalam perjalanan pulang lepas hantar kak intan ke larkin kami bincang pasal rancangan nak ke Cameron Highlands pula untuk percutian ulangtahun perkahwinan kami yang ke lima pada bulan 3 nanti...kira-kira bulan madu kali ke lima la emmm diam tak diam dah lima tahun kami kawin emmm macam sekejap je :) banyak dah dugaan dan ranjau ditempuhi bersama tapi kesimpulannya saya amat bahagia menjadi isteri kepada 
Mohd Hanif bin Nawawi :P









Friday, December 28, 2012

Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !

Pagi-pagi buta ini aku bersengkang mata sebab minggu ini aku punya syif kerja adalah malam huhuhu sedihnya macam tidak mahu pergi kerja saja huhuhu mana tidaknya meninggalkan Encik Suami seorang diri dirumah :(  emmm disebabkan kebosanan aku pun menjelajah mengintai sahabat-sahabat blogger dan tiba-tiba hehehheh terjumpa satu segmen yang aku rasa macam perlu aku ikuti *boleh tidak macam itu :P so segmennya adalah

"Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !"


Segmen ni dibuat oleh Permaisuri Merah Jambu...blog dia sangat comel :) so kalau kamu semua rasa nak join klik pada gambar tu :P jom join ramai-ramai mengeratkan silaturahim dan memeriahkan majlis :P

sekian salam sayang :P


Saturday, December 22, 2012

SELAMAT PAGI SABTU.

ASSALAMMUALAIKUM.....SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI..... THIS IS SPECIAL FOR ALL OF YOU :) 


ROS MERAH

SABTU = WARNA MERAH :)


Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Info dari : SINI

Merah
Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.
Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

lagi maklumat yang menyeronokkan boleh layari SINI

dan yang paling saya gemar adalah kaitan warna dengan waktu solat 5 waktu. Ini pengalaman saya dapat masa saya masih lagi bertugas sebagai Pegawai Psikologi di AADK daerah Pontian, Johor. (*rindu tempat kerja ini huhuhu) namun saya murnikan sedikit dengan maklumat yang saya dapat dalam internet, kerana saya juga sedang belajar dan meneroka tentang kaitan ini :) jom kita tinjau...
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Orang yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bangun daripada tidur). Itulah rahsia kita di perintahkan solat di awal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pada waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yang amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi orang Islam yang amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga dan seumpamanya. ..


Thursday, December 20, 2012

BERCUTI....YEHH.....

Salam sahabat semua, emmm Alhamdulillah ada rezeki hendak luangkan masa dengan En Suami tercinta...rasanya lama sudah tidak pergi bercuti dan meluangkan masa bersama-sama sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tapi yang peliknya kami ini kalau rancang hendak pergi bercuti awal-awal memang tidak menjadi huhuhu tapi bila rancangan itu tiba-tiba atau dalam masa singkat jadi saja semua heheheh. Untuk kali ini kami bawa seorang sahabat dari singapura yang hendak menikmati keindahan alam di Malaysia :) . Untuk memudahkan kerja, aku rancang lain sikit kali ini heheheh tidak mahu duduk dekat hotel, sebaliknya aku tempah homestay. Homestay sudah selamat tempah dan sudah membuat pembayaran deposit pun. Harap-harap tidak mengecewakan homestay yang di tempah itu :) emmm tapi aku macam ada hasrat dalam hati nak bawa budak-budak (anak angkat) pergi bercuti ini huhuhu tp anak angkat yang nak dibawa tu tak dapat dihubungi pula huhuhuh. Harap-harap percutian kali ini menenangkan fikiran la huhuhu. Love you Mr Hubby :P


gambar percutian yang lama nanti kami update ya heheheh

Tuesday, December 18, 2012

TABAHLAH WAHAI HATI.......

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM ISNIN MOGA PERJALANAN HIDUP SAHABAT HARI INI DIPERMUDAHKAN ALLAH. TIADA KATA-KATA YANG MAMPU MENGUNGKAP KESEDIHAN DAN KELUKAAN HATI SAYA INI JADI BIARLAH HANYA IMEJ-IMEJ COMEL INI MENCERIAKAN ENTRY SAYA KALI INI. SANGAT KECEWA DENGAN SEGELINTIR MANUSIA....KENAPA YA TIDAK BERUSAHA MEMBANGUNKAN DIRI MALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA MENJATUHKAN ORANG LAIN... ANDAI KAMU BAHAGIA DENGAN TINDAKAN KAMU ITU SAYA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMU......
TOLONG SAHABAT JANGAN LUKAI LAGI HATI SAYA INI....






TAHUKAH KAMU SAHABAT SAYA BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK BANTULAH SAYA DENGAN IKHLAS JANGAN BIARKAN SAYA BERPURA-PURA SEBEGINI....



PESANAN BUAT SAYA DAN INSAN YANG BERNAMA SAHABAT..... SESUNGGUHNYA AKU BERSAHABAT DENGAN KAMU KERANA ALLAH DAN IANYA TERJALIN HANYA KERANA ATAS IZIN ALLAH JADI HARGAILAH HATI SEORANG YANG BERNAMA SAHABAT.



 MOOD : SANGAT BERSEDIH HATI... :(

Sunday, December 16, 2012

JOM BERAMAL......

Memang setiap tahun saya akan menunggu Jadual Puasa yang di anjurkan Islam yg biasanya akan Cik Nadhilah keluarkan. So tahun ini saya nak kongsi dengan rakan-rakan supaya senang nak tengok :) harap-harap kita diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan lagi untuk tahun ini. Rindu bertemu dengan Ramadhan hukhukhuk Ramadhan tahun 2012 adalah yang paling seronok sekali sebab dah pindah rumah baru yang dekat dengan masjid. Seronok sangat pergi mengerjakan solat terawih dengan suami dekat masjid tu :) So ni perkongsian tentang jadual tu jangan segan silu nak copy ya.... selamat beramal :P





atau boleh tgk dekat sini ya :P

 Jadual Puasa 2013

Saturday, December 15, 2012



DIRIMU TERLALU BERHARGA
OLEH ITU.....


Friday, December 14, 2012

PROMOSI BERSAMA ZAMZARINA...JOM TERJAH!!!!!


TIDAK SALAH MEMILIH YANG TERBAIK.....
SAYA SUDAH CUBA, ANDA BILA LAGI :)
 

PRODUK TERLARIS......
 

Intimac Choc adalah untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Ia merupakan produk berasaskan herba untuk meningkatkan keintiman dan meningkatkan keinginan seksual. Masalah dalam nafsu seks yang rendah adalah disebabkan oleh banyak perkara, seperti tekanan di tempat kerja, kebosanan, perubahan hormon, kekurangan keseronokan atau keseronokan semasa membuat cinta, tekanan dan isu-isu fizikal seperti penyakit atau ubat.

Intimac Choc digubal untuk membantu menenangkan pasangan itu, memberikan tenaga, menyediakan rangsangan yang diperlukan dan meningkatkan keintiman. Ia juga digunakan untuk menghapuskan bau badan, meningkatkan aliran darah dan membantu dalam sistem penghadaman.

Terdapat tiada kesan sampingan. Jaminan wang kembali.

Intimac Choc adalah sesuai untuk wanita dan lelaki semua peringkat umur.

Produk adalah benar-benar HALAL dan selamat bagi umat Islam. Ia disahkan oleh JAKIM.

UNTUK MELIHAT PRODUK-PRODUK LAIN SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH


TERDAPAT JUGA PRODUK PENJAGAAN WAJAH DARI DOKTOR NABISAR.