Saturday, December 29, 2012

REVIEW PERCUTIAN KE GUNUNG LEDANG

Kalau anda semua ingat, saya ada post entry berkaitan rancangan percutian saya bersama En Suami tersayang ke Gunung Ledang. Entrynya 'SINI'. So ini adalah hasil dari percutian yang saya nak kongsi bersama anda semua "cewahhh...macam apa je" hehheheh

Hari kami bermula dengan 22 Disember 2012 (Sabtu) pada pukul 7.00 pagi aku ke tempat kerja (hehehhe kena kerja juga sebab tak dapat cuti) so masuk pukul 7.00 pagi balik pukul 3.00 petang, rehat sekejap dan bersiap untuk ke Johor Bahru "Lakin" mengambil teman dari Singapura dan terus ke gerai Yong Tau Fu Kg Pasir, Johor Bahru. Kedai Abang Din memang kedai kegemaran kami.


Gambar sekadar hiasan * sebab cari gambar yang diambil tak jumpa hahhahah.

selepas itu kami sempat ke pasaraya @mart,Johor Bahru shopping kasut aku dengan suami sebab kasut tertingal tak bawa. So bila dah dapat kasut yang agak-agak boleh la dijadikan basahan * jenis pakai untuk semua kegunaan :) tapi sebenarnya hahahha parah juga suami dengan kak intan tunggu sebab kedai kasut tu ada buat sale hahahah nasib baik ku tahan nafsu kalau tak hendaknya lama aku dekat situ. dan dari situ kami teruskan perjalanan terus ke tangkak. Sampai dekat tol tangkak aku menghubungi pemilik homestay yang kami tempah tu. rupanya memang tak jauh. Aku dengan suami rasa amatlah berbaloi kami sewa homestay tu. Kalau tak percaya sila lihat gambar-gambar ni ya :)

Nama homestay ni Homestay Sri Anjung


ini ruang tamu ada tv so suami dan kak intan dapat tengok bola yang mana Singapura menang hahahah


yang ni ruang dapur dan tempat masak. boleh berguling-guling


yang ni bilik kedua. yang mana sama dengan bilik pertama(bilik aku) cuma bilik aku tandas dalam bilik. dan bilik ni ada penghawa dingin ya.


yang ni bilik ke tiga so rumahnya ada 2 bilik katil Queen size n 1 bilik 2 single bed. mana tak berbaloi-baloinya dengan harga RM180 SAHAJA

so kami bermalam dekat sini dengan lenanya heheheh so pada 23 Disember 2012 aku dan suami bangun awal pagi sebab suami janji nak buat sarapan mee goreng untuk dibawa ke gunung ledang heheheh dan yang sampingannya aku tolong.

menu sarapan sampingan



so tepat pukul 8.30 kami sampai di gunung ledang dengan nyamannya dan sebab awal pagi kami sampai so orang tak berapa ramai. Ini yang aku suka, sebab kalau rama orang sangat tak berapa selesa dan tak akan ada tempat nak dijadikan port :P

So nikmatilah pemandangan indah ciptaan Allah S.W.T


peta perjalanan gunung ledang.


kedatangan kami disambut oleh En lontong


Btw aku rasa yang ni cute dan comel :)


air terjun gunung ledang di pagi hari

yang kotak putih tu bekalan makanan kami hahahah nampak tak bersungguh






nampak macam cetek tapi yang ditengah tu dalam :P







yang ini dibawah sekali :) 

tak mendaki sampai atas, sampai nampak tingkat air terjun. kesian kak intan xdapat tengok :) maklumlah makcik dah tua hahahah dah tak larat nak panjat tinggi. Dulu masa muda a.k.a masa sekolah pernah sampai di atas.

Dah puas mandi dan bila dah semakin rimas sebab ramai orang sangat, so kami mengambil keputusan untuk bergerak pulang ianya lebih kurang jam 11.30 pagi agaknya. Cukup la selama 3 jam berendam dan sebanyak 2 kali naik tanah isi perut heheheh. Masa kami nak balik, kami bertembung dengan 1 keluarga dan ada seorang kanak-kanak tiba-tiba berkata dengan ayahnya "tengok kita dah lambat orang dah nak balik kita baru sampai" hahahahha tergamam ayah dia sampai ayahnya berkata "orang nak balik biarlah mereka" heheheh so sebelum bertolak pulang, ronda-ronda sekitar untuk mencari cenderama untuk dibawa pulang untuk rakan-rakan. Tidak banyak pilihan sangat so ambil keputusan beli keychain dan bantal comel :)
so rancangan terakhir kami adalah makan durian kampung :) so en suami mencari-cari gerai yang sesuai dan.... tara.....


gerai terpilih :) uncle ni sangat sporting layan kami best sangat-sangat.


durian kampung foohhhhh....


ini hasilnya :P hehheheh


dan yang ini, masa singgah pekan tangkak, en suami didatangi seorang budak lelaki menjual buku so dia belikan saya diari or perancangan ni. sangat-sangat terharu....suka sangat perancangan ni walaupun sebenarnya aku dah beli 1 ari tu hehehhe


banyak info dan sangat berguna thanks en suami....sayang kamu ketat-ketat :)
sekian ini sahaja perkongsian percutian kami heheheh

dalam perjalanan pulang lepas hantar kak intan ke larkin kami bincang pasal rancangan nak ke Cameron Highlands pula untuk percutian ulangtahun perkahwinan kami yang ke lima pada bulan 3 nanti...kira-kira bulan madu kali ke lima la emmm diam tak diam dah lima tahun kami kawin emmm macam sekejap je :) banyak dah dugaan dan ranjau ditempuhi bersama tapi kesimpulannya saya amat bahagia menjadi isteri kepada 
Mohd Hanif bin Nawawi :P









4 comments:

Unknown said...

wah bestnyew...
thanks ye follow blog wanie.. wanie dari blog AKU GADIS MELAYU.. wanie dah follow awk blk dah..

zuhanif said...

thanks wanie :)

Syamimi Saad said...

bestnya kak..kitorng pernah la saja2 singgah..tapi tak dibenarkan naik situ.. ada larangan dalam fmily rasanya.. so, ptuh je la..

zuhanif said...

wow mimie ada keturunan susur galur puteri gunung ledang ker? :)