gambar percutian yang lama nanti kami update ya heheheh
Thursday, December 20, 2012
BERCUTI....YEHH.....
Salam sahabat semua, emmm Alhamdulillah ada rezeki hendak luangkan masa dengan En Suami tercinta...rasanya lama sudah tidak pergi bercuti dan meluangkan masa bersama-sama sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tapi yang peliknya kami ini kalau rancang hendak pergi bercuti awal-awal memang tidak menjadi huhuhu tapi bila rancangan itu tiba-tiba atau dalam masa singkat jadi saja semua heheheh. Untuk kali ini kami bawa seorang sahabat dari singapura yang hendak menikmati keindahan alam di Malaysia :) . Untuk memudahkan kerja, aku rancang lain sikit kali ini heheheh tidak mahu duduk dekat hotel, sebaliknya aku tempah homestay. Homestay sudah selamat tempah dan sudah membuat pembayaran deposit pun. Harap-harap tidak mengecewakan homestay yang di tempah itu :) emmm tapi aku macam ada hasrat dalam hati nak bawa budak-budak (anak angkat) pergi bercuti ini huhuhu tp anak angkat yang nak dibawa tu tak dapat dihubungi pula huhuhuh. Harap-harap percutian kali ini menenangkan fikiran la huhuhu. Love you Mr Hubby :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
waaa...pi mana? dgn kak intan ker?? bestnyaa... nak ikutttt
waa..bestnya..kali ni nak bercuti ke mna tu kak?.. :)
hehheh miss nurul n mimie najib nak g gunung ledang jer :) jom la klu nak join :P
Post a Comment