ASSALAMMUALAIKUM.....SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI..... THIS IS SPECIAL FOR ALL OF YOU :)
ROS MERAH
SABTU = WARNA MERAH :)
Sabtu
Merah
ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18),
Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan
aktiviti fizikal tubuh.
Hari
sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa
rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti
bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi
mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan
Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada
hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah
ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan
pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.
Info
dari : SINI
Merah
Mereka
yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu
memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka
ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan
kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun,
mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang
jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam
teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan
untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.
Saranan
bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara
emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang
melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh
menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan
hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu
kegagalan.
lagi
maklumat yang menyeronokkan boleh layari SINI
dan
yang paling saya gemar adalah kaitan warna dengan waktu solat 5 waktu. Ini
pengalaman saya dapat masa saya masih lagi bertugas sebagai Pegawai Psikologi
di AADK daerah Pontian, Johor. (*rindu tempat kerja ini huhuhu) namun saya
murnikan sedikit dengan maklumat yang saya dapat dalam internet, kerana saya
juga sedang belajar dan meneroka tentang kaitan ini :) jom kita tinjau...
Pada
waktu Subuh alam berada dalam
spektrum biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna
biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan
komunikasi. Orang yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru
muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dlm keadaan roh dan
jasad bercantum (bangun daripada tidur). Itulah rahsia kita di perintahkan
solat di awal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di
perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pada waktu ini -
tubuh tidak dapat menyerap tenaga yang amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.
Menjelang
Maghrib, alam berubah ke warna merah
dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada
di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,
tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila
Isyak, alam berubah ke warna Indigo
dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali
dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan
dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Umat
Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah
s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke
atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia
tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi orang Islam
yang amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichi, yoga dan seumpamanya. ..
No comments:
Post a Comment