Thursday, December 8, 2011

TERAPI SENI PART 2 ~ SEKADAR PERKONGSIAN

Emm kawan-kawan kalau masih ingat aku pernah post entri berkaitan terapi seni satu ketika dulu. So sepatutnya ada sambungan tapi aku tak siapkan lagi kerja tu heheheh. Emmm program tu dah lepas la dan ianya berjalan lancar. Aku suka sangat masa program tu. so ni serba sedikit berkaitan dengan terapi seni yang aku buat.            
                       KAEDAH/METHOD YANG DIGUNAKAN

-      Bengkel
-      Perbincangan dalam kumpulan (PDK)
-      Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
KANDUNGAN/SILIBUS
- Slot Terapi Lukisan (LDK)
Lukisan 1 :
Mengambarkan diri dan personaliti

Lukisan 2 :
Mengarahkan klien membuat lukisan berkaitan
dengan kehidupan.

Lukisan 3 :
Mengarahkan klien melukis apa-apa perkaitan
dengan kekeluargaan.


So selebihnya akan disambung nanti heheheh. so ni ada info dari one of UMT lecturer yg di import untak mengajar art therapy dulu and her name is Dr Susan. Saya menghubungi dia untuk mendapatkan bantuan so ni ada beberapa info untuk dikongsikan. 

" the essence of art therapy lies in the therapeutic outcome -the techniques of art therapy are based on the knowledge that every individual whether trained or untrained in art, has latent capacity to project his inner conflicts onto visual form. As patients picture such inner experiences, it frequently happens that they become more verbally articulate. Therapeutic art is a process in which the person is actively and physically engaged. As an art therapist I work art as process -I don't work diagnostically by analyzing the work - I ask the client what the work means for them -I use a client centered approach. By asking the client protects them against projecting my stuff into their work. Colour therapy uses a diagnostic approach and has fixed ideas of the meaning of each colour which changes depending on the cultural background - for example we could say red means anger - but to some cultures red could have a different meaning. Colour therapy is used for healing etc. The answer to your question art therapy is not a diagnostic tool where as colour therapy is used as a diagnostic tool. 
Red, yellow and orange are associated with warmth -blue green and purple are associated with coolness. But changing an undertone can change the feeling or temperature. Blue and reds are cooler than yellow reds. The redder the purple the hotter it gets. Blue greens are used in hospitals - every palette has both warm and cool tones. In art therapy I ask -what does this colour mean to you. As each person has different ways of expressing their feelings through form and colour."














Monday, December 5, 2011

KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH DI JOHOR

Heheh lama tak update entry. Emmmm ni nak story sikit pasal konsert ni. aku first time ah tgk konsert mcm ni. aku ni bukannya minat sangat dgn rock2 ni mulanya cuma nak sokong suami yang minat sangat dgn group ni so ada peluang member dapat tiket tp nak jual jd aku rebut n belikan huby aku tiket tu (sayang suami la katakan hehhehe) masa pegi tu hujan selebat2nya huhuhu aku dah la demam tp untuk suami aku gagahkan jua hati. klu tak aku as a isteri yang sokong minat suami sapa la yer tak hehehh. tp konsert tu mmg tak menghampakan mmg best aku tak kan lupakan lah punya malam tu. Ni ha tiket yg aku dapat, thanks tu ndk amir yg jual dekat aku tiket tu. dia dapat percuma katanya ssb dia merokok heheheh.


pe2 pun konsert tu mmg best ada banyak lagu yang amy nyanyi tp ckit lagu jer yg aku tahu heheheh tp lagu last tu aku mmg suka than huby nyanyi gak sambil peluk aku so romentik ditengah padang yg hujan gerimis tu hahahahha cm tak nak suruh amy berhenti nyanyi jer heheheh
antara persembahan malam tu adalah seperti :

1) Intro + Drum Solo
2) Panggung Khayalan
3) Gothik Malam Edan
4) Fenomena
5) Musnah
6) Metropolitan
7) Melayar Bahtera 
8) Serigala Segalanya
9) Balada Pemuzik Jalanan
10) Isabella
11) Melastik Ke Bintang
12) Cakap Memang Murah
13) Rozana
14) Bisa
15) Meniti Titian Usang
16) Setelah Hujan ( Amy acapella bila hujan reda)
17) Kejora
18) Gadisku
19) Isi Atau Kulit
20) Langit Dan Bumi
21) Menara Kesesatan
22 ) Kid Solo & Din Solo
23) Mentari Merah Di Ufuk Timur
24) Pelesit Kota
25) Pawana 
26) Fantasia Bulan Madu

Hehehe yang warna merah tu jer lagu yang aku tahu nyanyikan hehheh. tetibe jer aku jatuh hati pulak ngan search ni hehehhe umur search 30 tahun dan umur aku baru 2+ heheheh btw mmg gempak la. bila aku tanya huby puas dia cakap puas sgt2 dah lama dia tunggu saat ni bukan main seronok dia dapat baju search. so habis semua balik singgah kedai mamak makan tosei (aku) huby makan roti canai heheheh sampai rumah dekat kul 2 lepak2 n tido. Pagi tu aku br nak lelap huby siap mimpi2 jerit2 cm masih kat konsert hahhaha mmg la huby aku ni heheheh 


Wednesday, October 26, 2011

“KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH”

NAK JOIN SEGMEN BERSAMA PUTERI! “KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH”
Heheheh tidak pernah join mana-mana segmen or pertandingan so ini saja hendak join buat pertama kali.
So tanpa berlengah ini sebenarnya segmen itu hendak kita lakukan.

Masukkan Banner Segmen yang pink dan jawab 10 soalan.



Dan ini soalannya :
1) Jika saya memegang watak karakter kartun saya ingin sekali menjadi_________________
Saya hendak menjadi SpongeBob SquarePants



2) Saya ingin sekali bertemu dengan ______________

Datuk Maznah Hamid




3) Binatang yang paling saya takuti adalah ________________
Ular
4) Saya teringin bercuti ke ___________________
Mana-mana saja suami saya bawa :P
5) Lagu yang paling saya minati adalah ____________________
Maher Zain - For The Rest Of My Life

6) Jika saya menjadi seorang perdana menteri saya akan ________________
Belajar dari orang lama dalam mentadbir negara
7) Insan yang paling saya sayangi adalah ________________
Suami saya En Mohd Hanif B. Nawawi
8 Perkara yang paling saya benci adalah ________________
Pura-pura, tidak jujur dan tidak ikhlas.
9) Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tidur adalah ____________
Kucup suami saya
10 ) Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya ___________, ____________, _____________
tidak pandai menipu, sanggup berkorban apa sahaja untuk suami (setia) dan saya mementingkan kebahagiaan suami saya.

hehheeh ok tak puteri :P 
saya tag siapa ya huhuhu ok saya tag adik angkat kesayangan saya dan suami yang dah lama tak jumpa cuma jumpa dalam alam maya ini sahaja :P http://mizahamizah.blogspot.com/ so miza buat la ya kalau ada kelapangan :)

Sunday, October 23, 2011

::..HIKMAH SUJUD (ALLAH MENGHARAMKAN API NERAKA UNTUK MEMAKAN BEKAS SUJUD)..::


Diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari, bahawa para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kelak kita dapat melihat Rabb kita"?,

maka Rasulullah s.a.w menjawab: "betul, sebagaimana kalian melihat matahari jika tidak ada awan apakah matahari itu terlihat jelas?, maka para sahabat menjawab: "tentu sangat jelas wahai Rasulullah",

dan Rasul berkata: "bagaimana kalian melihat bulan purnama yang tidak diliputi awan"?, sahabat menjawab: "pasti sangat jelas wahai Rasul", maka Rasulullah berkata: "seperti itulah kalian akan melihat Rabb kalian".

Ketika di mahsyar, di saat manusia dimuntahkan keluar oleh bumi, maka diiringlah orang-orang yang menyembah selain Allah ketika mereka ditanya: "siapakah yang kalian sembah",

maka di saat itu muncullah sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah dan mengikuti sembahannya masing-masing, mereka diiring dan pisahkan dari kelompok yang lainnya.

Tersisalah muslimin muslimat dan mereka diberi kemuliaan oleh Allah, dan Allah singkapkan sedikit tabir cahaya keagunganNya, cahaya kewibawaanNya. Dan ketika ditanyakan kepada mereka: "Mengapa kalian masih disini?", sedangkan yang lain telah pergi,

maka mereka menjawab: "kami belum berjumpa dengan Rabb kami", dan ketika ditnya: "apakah kalian ingin melihat Rabb kalian?", mereka menjawab: "ya, jika Rabb kami mahu menunjukkan keindahanNya kepada kami",

maka Allah mengangkat sedikit tabir keagunganNya dan semua pun bersujud, dan tersisa orang-orang yang tidak mampu bersujud. Mereka yang bersujud akan dipersilakan untuk melintasi jambatan shirat dengan cepat sehingga sampai dan masuk ke dalam syurga Allah subhanahu wata’ala kerana mereka Ahlus sujud,

namun mereka yang tidak mampu bersujud dari kelompok berdosa, dan munafik yang jarang sekali sujud kepada Allah tetapi mereka muslimin ummat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak menyembah selain Allah, maka mereka akan diiring ke dalam api neraka untuk menghapus dosa-dosa mereka dan setelah itu mereka akan memasuki syurga Allah subhanahu wata’ala.

Seterusnya para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau mengenal ummatmu kelak di dalam api neraka?", maka berkatalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: "Aku mengenal ummatku diantara sekian banyak penduduk neraka itu dengan bekas sujudnya",

Rasulullah bersabda:

"ALLAH MENGHARAMKAN API NERAKA UNTUK MEMAKAN BEKAS SUJUD"

Mereka yang pernah bersujud kepada Allah, bekas sujudnya akan tetap ada dan Allah mengharamkan api neraka untuk membakar anggota sujud, anggota sujud tidak dapat dibakar oleh api neraka, demikian riwayat Shahih Al Bukhari. Semoga dengan mendengar ucapan ini, saya dan saudara dimuliakan di hari kiamat kelak dengan kelompok ahli sujud, amin.

Maka jagalah solat kita, kerana itu adalah tanda kesetiaan kita kepada cintanya Allah, itulah jawaban cinta kita kepada Allah. Semakin engkau cinta kepada Allah maka engkau akan semakin asyik dalam solatmu, dan semakin asyik pula Allah menurunkan ketenangan kepadamu.

Saturday, October 22, 2011

JALAN-JALAN, CUBA-CUBA!

Hehehe sebenarnya saja jalan-jalan dalam internet ini dan blog-blog sahabat. Tiba-tiba terjumpa pula blog yang macam best heheheh ini ha blognya. Try la blogwaking di http://www.faizalsyukri.com/2011/10/mulakan-perniagaan-internet-dengan.html so saya pun tengok punya tengok terjumpa pula dengan satu web ni. Saja join sebab percuma so saya nak promosi la dekat sini untuk dikongsikan dengan rakan-rakan maya saya heheheh.


So tidak salah rasanya mencuba sebab tidak ada bayaran pun heheheh :P

JUAL SAMBIL BERAMAL!

Emmmm semalam aku sudah jual semua stok kerusi aku sebab sudah lama terbiar dan tidak berkesempatan hendak build balik perniagaan yang tertangguh. So aku jual sap-sap-soi hehehhe sebab orang tu datang dari jauh  semata-mata hendak beli kerusi aku itu. Mana tidaknya aku jual separuh harga dari modal aku. aku beli dalam angaran 6 ratus lebih tapi aku jual RM300.00 saja. Kerusi 3V tu. harga sebiji kerusi dalam 15-20 ringgit. So semoga pembeli boleh menjalankan perniagaan dengan jayanya.




moga-moga memberi manfaat pada semua. ok selamat malam semua :)


Wednesday, October 19, 2011

HASIL TANGAN MR HUBBY

Heheheh sebenarnya sudah lama aku hendak post entri ini tapi tidak berkesempatan hendak memulakan cerita. Mr Huby aku banyak kelebihan dan rajin membantu isteri kesayangan melakukan kerja dirumah. Maklumlah aku pun kan bekerjaya heheheh (macam bagus je) My Mr Huby ada macam-macam kelebihan. Maklumlah membesar sendiri, bapa huby meninggal masa umur dia 5 tahun manakala mak huby meninggal masa dia tingkatan 5. So huby berdikari diatas kaki sendiri masa tinggal dengan kak long dia. My Mr Huby pandai masak tapi ada beberapa masakan yang dia tak mahir la macam asam pedas memang dia tidak boleh kalahkan aku heheheh. Basuh baju pandai tapi lipat baju tak pandai sangat, hehehhe melalut sudah. Sebenarnya hendak cerita My Mr Huby menggubah bunga heheheh dari pemilihan bunga sampailah kepada hasilnya dia buat sendiri cuma aku teman masa beli je sebab takut kombinasi warna 'kelaut" heheheh. so ni hasilnya


pandangan atas


pandangan tepi yang blur-blur hehehe


yang ni pandang la ikut suka kamu semua heheheh

APA MACAM CANTIK TAK? 
HEHEHEHEHE


SARAPAN PAGI RINGKAS!

Hehehhe hari ini aku malas lagi hendak pergi ke tempat kerja huhuhu bukan apa sudah seronok bercuti selama seminggu ni huhuhu jadi aku ambil keputusan tidak naik kerja heheheh. Tapinya aku bangun pagi juga sebab Mr Huby kerja pagi. Emmm sarapan pagi ini senang saja, aku sediakan air soya yang aku beli semalam dan makanannya Roti + Sosej + Baked Beans + Sos (isteri yang rajin) hehehehe tapi Mr Huby suka apa hidangan tu. Telanjur itu biar aku cerita berkaitan dengan air soya yang sangat-sangat kami suka tu heheheh (Promosi ni) heheheh


ni dia penerangannya 

Drinho Soya Milk Is A Premium Soya Mild Targeted At The Whole Family. It Is A Good Source Of protein, Cholesterol-Free And There Are No Artificial Sweetener Of Flavouring Added. It Is Also A Plant-Based Product, Thus Very Suitable For Vegetarians Diets. 1 litre.
Extract Of Soya Bean, Water And Cane Sugar. Contains Permitted Food Flavoring.


ha ini dia gambar yang lebih jelas. Kami suka soya ni sebab dia tidak manis dan pekat sangat. sekarang ni dia tengah buat promosi. 2 kotak macam gambar yang aku ambil tu cuma RM 3.99 je dan ditambah dengan percuma pinggan cantik heheheh sudah banyak pinggan tu dekat rumah aku.


ini la pinggan cantiknya.
hehehhe so jom kita sama-sama minum soya :P


Tuesday, October 18, 2011

KESIAN DEKAT HUBY....

Heheheh sebenarnya dlm minggu ni huby nak beli satu motor yang dilelong dalam mudah. Kami dah pergi tengok keadaan motor dan lulus piawaian aku hehehhe. So kami pun cari-cari la duit, korek sana sini dan cukup hehehhe. Bila huby telefon owner cakap nak ambil esok tibe-tibe owner cakap dah jual heheheh kesian dekat huby hehehhe salah sendiri jugak tak letak deposit hehehhe tu namanya tak de rezeki hehehehhe. Masuk air kejap huby aku heheheh. Sebenarnya aku pun agak terkilan juga sebab banyak kali dah dia ajak aku tengok motor tapi kebanyakan tak melepasi piawaian aku hehehhe ni bila aku dah suka tak dapat pulak heheheh skrg dia tengah mencari-cari lagi motor-motor yang berkenan dekat hati. Ni la gambar motor yang huby nak beli tapi tak dapat


ni gambar yang di iklan dalam mudah


ni gambar yang huby ambil masa tengok keadaan motor.

dan yang ni spek motonya :

Model: Suzuki GSF 400 Bandit
Year: 1994
Rating: 74.7 out of 100. Show full rating and compare with other bikes
Engine and transmission
Displacement: 398.00 ccm (24.29 cubic inches)
Engine type: In-line four, four-stroke
Power: 54.00 HP (39.4 kW)) @ 10600 RPM
Torque: 38.25 Nm (3.9 kgf-m or 28.2 ft.lbs) @ 6500 RPM
Valves per cylinder: 4
Gearbox: 6-speed
Chassis, suspension, brakes and wheels
Front brakes: Single disc
Rear brakes: Single disc
Physical measures and capacities
Dry weight: 169.0 kg (372.6 pounds)
Power/weight ratio: 0.3195 HP/kg
Seat height: 730 mm (28.7 inches) If adjustable, lowest setting.
Fuel capacity: 16.00 litres (4.23 gallons)
Reserve fuel capacity: 3.50 litres (0.92 gallons)
New Tire f/r

Sekarang tahukan kamu semua kenapa huby aku ni masuk air heheheh 

P/S : Motor ni dah susah nak dapat, berkuasa tinggi (walaupun huby aku tak de lagi lesen motor kuasa tinggi) dan yang paling penting dia dah try bawa dan dia dah jatuh hati sebab dia memang minat motor ni heheheh. SABAR YE EN HANIF SAYANG! TAK ADA REZEKI NAMANYA TU HEHEHEH


LAPAR DI PAGI-PAGI HARI.


Hehehhe terasa lapar sangat tunggu huby balik dari kerja terus ajak dia makan MD heheheh 
juruwang dekat MD tu pun terkejut datang 2 orang tapi ambil pakej family nasib bungkus bawak balik klu makan dekat situ pasti semua orang terkejut tengok kami heheheh. Apa-apa pun kami kenyang pagi-pagi ni heheheh.


Monday, October 17, 2011

SATU LAGI DRAMA PILIHAN!



Satu lagi drama yang saya minat adalah "DRAMA SOFFIYA" Watak dalam drama Soffiya ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Fizo Omar diberi watak sebagai Ilyas, Izara Aishah sebagai Fiona, Azhar Sulaiman pula sebagai Kamal, dan pelakon tengah hot sekarang ni, Syazwan Zulkifli dalam drama Juvana serta teraju utama adalah Tiz Zaqyah sebagai Soffiya.
Drama terbaru Soffiya diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd oleh Joeza Rasidi dan mempunyai 28 episode. 

Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia - TV3)

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
emmm sekarang ini cerita dia dah makin rancak. Tidak sabar rasanya nak menonton malam ni. Kalau tidak dapat tonton live saya rakam menggunakan ASTRO beyond :) selamat menonton!

Sunday, October 16, 2011

RENUNGAN BERSAMA







Friday, October 14, 2011

DRAMA TAHAJJUD CINTA EPISOD AKHIR!



Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 malam ini episod akhir, drama ini menggantikan drama keranamu Laila dan Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ni lebih kurang jadi fenomena macam Nur Kasih rasanya.
Why? Ok, tengok saja barisan pelakon Drama Tahajjud Cinta ni. Ada Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin(i like him) dan Neelofa dan ramai lagi pelakon hebat-hebat kot!!!

Soal pelakon-pelakon yang memegang watak alim dalam drama-drama ni, dan agak “terbuka” di luar tu, tak perlulah nak besar-besarkan sangat. Memang berdosa, tapi itu hal mereka dengan Allah. Siapa kita nak menjatuhkan hukum? yang penting ambil pengajaran dan hal-hal positif dalam drama ni dijadikan tauladan sebab pastinya tu adalah tujuan sebenar pengarah drama ni buat cerita ni.
Jadi jangan cari dosa free dengan menghina orang hahahaha!!! Jomlah, kongsi  Sinopsis Drama Tahajjud Cinta. Jangan lupa malam ni episod akhir ok. Selamat menonton!!!







SINOPSIS TAHAJUD CINTA
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

cantiknya wanita berhijab bergini