Wednesday, October 26, 2011

“KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH”

NAK JOIN SEGMEN BERSAMA PUTERI! “KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH”
Heheheh tidak pernah join mana-mana segmen or pertandingan so ini saja hendak join buat pertama kali.
So tanpa berlengah ini sebenarnya segmen itu hendak kita lakukan.

Masukkan Banner Segmen yang pink dan jawab 10 soalan.



Dan ini soalannya :
1) Jika saya memegang watak karakter kartun saya ingin sekali menjadi_________________
Saya hendak menjadi SpongeBob SquarePants



2) Saya ingin sekali bertemu dengan ______________

Datuk Maznah Hamid




3) Binatang yang paling saya takuti adalah ________________
Ular
4) Saya teringin bercuti ke ___________________
Mana-mana saja suami saya bawa :P
5) Lagu yang paling saya minati adalah ____________________
Maher Zain - For The Rest Of My Life

6) Jika saya menjadi seorang perdana menteri saya akan ________________
Belajar dari orang lama dalam mentadbir negara
7) Insan yang paling saya sayangi adalah ________________
Suami saya En Mohd Hanif B. Nawawi
8 Perkara yang paling saya benci adalah ________________
Pura-pura, tidak jujur dan tidak ikhlas.
9) Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tidur adalah ____________
Kucup suami saya
10 ) Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya ___________, ____________, _____________
tidak pandai menipu, sanggup berkorban apa sahaja untuk suami (setia) dan saya mementingkan kebahagiaan suami saya.

hehheeh ok tak puteri :P 
saya tag siapa ya huhuhu ok saya tag adik angkat kesayangan saya dan suami yang dah lama tak jumpa cuma jumpa dalam alam maya ini sahaja :P http://mizahamizah.blogspot.com/ so miza buat la ya kalau ada kelapangan :)

Sunday, October 23, 2011

::..HIKMAH SUJUD (ALLAH MENGHARAMKAN API NERAKA UNTUK MEMAKAN BEKAS SUJUD)..::


Diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari, bahawa para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kelak kita dapat melihat Rabb kita"?,

maka Rasulullah s.a.w menjawab: "betul, sebagaimana kalian melihat matahari jika tidak ada awan apakah matahari itu terlihat jelas?, maka para sahabat menjawab: "tentu sangat jelas wahai Rasulullah",

dan Rasul berkata: "bagaimana kalian melihat bulan purnama yang tidak diliputi awan"?, sahabat menjawab: "pasti sangat jelas wahai Rasul", maka Rasulullah berkata: "seperti itulah kalian akan melihat Rabb kalian".

Ketika di mahsyar, di saat manusia dimuntahkan keluar oleh bumi, maka diiringlah orang-orang yang menyembah selain Allah ketika mereka ditanya: "siapakah yang kalian sembah",

maka di saat itu muncullah sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah dan mengikuti sembahannya masing-masing, mereka diiring dan pisahkan dari kelompok yang lainnya.

Tersisalah muslimin muslimat dan mereka diberi kemuliaan oleh Allah, dan Allah singkapkan sedikit tabir cahaya keagunganNya, cahaya kewibawaanNya. Dan ketika ditanyakan kepada mereka: "Mengapa kalian masih disini?", sedangkan yang lain telah pergi,

maka mereka menjawab: "kami belum berjumpa dengan Rabb kami", dan ketika ditnya: "apakah kalian ingin melihat Rabb kalian?", mereka menjawab: "ya, jika Rabb kami mahu menunjukkan keindahanNya kepada kami",

maka Allah mengangkat sedikit tabir keagunganNya dan semua pun bersujud, dan tersisa orang-orang yang tidak mampu bersujud. Mereka yang bersujud akan dipersilakan untuk melintasi jambatan shirat dengan cepat sehingga sampai dan masuk ke dalam syurga Allah subhanahu wata’ala kerana mereka Ahlus sujud,

namun mereka yang tidak mampu bersujud dari kelompok berdosa, dan munafik yang jarang sekali sujud kepada Allah tetapi mereka muslimin ummat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak menyembah selain Allah, maka mereka akan diiring ke dalam api neraka untuk menghapus dosa-dosa mereka dan setelah itu mereka akan memasuki syurga Allah subhanahu wata’ala.

Seterusnya para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau mengenal ummatmu kelak di dalam api neraka?", maka berkatalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: "Aku mengenal ummatku diantara sekian banyak penduduk neraka itu dengan bekas sujudnya",

Rasulullah bersabda:

"ALLAH MENGHARAMKAN API NERAKA UNTUK MEMAKAN BEKAS SUJUD"

Mereka yang pernah bersujud kepada Allah, bekas sujudnya akan tetap ada dan Allah mengharamkan api neraka untuk membakar anggota sujud, anggota sujud tidak dapat dibakar oleh api neraka, demikian riwayat Shahih Al Bukhari. Semoga dengan mendengar ucapan ini, saya dan saudara dimuliakan di hari kiamat kelak dengan kelompok ahli sujud, amin.

Maka jagalah solat kita, kerana itu adalah tanda kesetiaan kita kepada cintanya Allah, itulah jawaban cinta kita kepada Allah. Semakin engkau cinta kepada Allah maka engkau akan semakin asyik dalam solatmu, dan semakin asyik pula Allah menurunkan ketenangan kepadamu.

Saturday, October 22, 2011

JALAN-JALAN, CUBA-CUBA!

Hehehe sebenarnya saja jalan-jalan dalam internet ini dan blog-blog sahabat. Tiba-tiba terjumpa pula blog yang macam best heheheh ini ha blognya. Try la blogwaking di http://www.faizalsyukri.com/2011/10/mulakan-perniagaan-internet-dengan.html so saya pun tengok punya tengok terjumpa pula dengan satu web ni. Saja join sebab percuma so saya nak promosi la dekat sini untuk dikongsikan dengan rakan-rakan maya saya heheheh.


So tidak salah rasanya mencuba sebab tidak ada bayaran pun heheheh :P

JUAL SAMBIL BERAMAL!

Emmmm semalam aku sudah jual semua stok kerusi aku sebab sudah lama terbiar dan tidak berkesempatan hendak build balik perniagaan yang tertangguh. So aku jual sap-sap-soi hehehhe sebab orang tu datang dari jauh  semata-mata hendak beli kerusi aku itu. Mana tidaknya aku jual separuh harga dari modal aku. aku beli dalam angaran 6 ratus lebih tapi aku jual RM300.00 saja. Kerusi 3V tu. harga sebiji kerusi dalam 15-20 ringgit. So semoga pembeli boleh menjalankan perniagaan dengan jayanya.




moga-moga memberi manfaat pada semua. ok selamat malam semua :)


Wednesday, October 19, 2011

HASIL TANGAN MR HUBBY

Heheheh sebenarnya sudah lama aku hendak post entri ini tapi tidak berkesempatan hendak memulakan cerita. Mr Huby aku banyak kelebihan dan rajin membantu isteri kesayangan melakukan kerja dirumah. Maklumlah aku pun kan bekerjaya heheheh (macam bagus je) My Mr Huby ada macam-macam kelebihan. Maklumlah membesar sendiri, bapa huby meninggal masa umur dia 5 tahun manakala mak huby meninggal masa dia tingkatan 5. So huby berdikari diatas kaki sendiri masa tinggal dengan kak long dia. My Mr Huby pandai masak tapi ada beberapa masakan yang dia tak mahir la macam asam pedas memang dia tidak boleh kalahkan aku heheheh. Basuh baju pandai tapi lipat baju tak pandai sangat, hehehhe melalut sudah. Sebenarnya hendak cerita My Mr Huby menggubah bunga heheheh dari pemilihan bunga sampailah kepada hasilnya dia buat sendiri cuma aku teman masa beli je sebab takut kombinasi warna 'kelaut" heheheh. so ni hasilnya


pandangan atas


pandangan tepi yang blur-blur hehehe


yang ni pandang la ikut suka kamu semua heheheh

APA MACAM CANTIK TAK? 
HEHEHEHEHE


SARAPAN PAGI RINGKAS!

Hehehhe hari ini aku malas lagi hendak pergi ke tempat kerja huhuhu bukan apa sudah seronok bercuti selama seminggu ni huhuhu jadi aku ambil keputusan tidak naik kerja heheheh. Tapinya aku bangun pagi juga sebab Mr Huby kerja pagi. Emmm sarapan pagi ini senang saja, aku sediakan air soya yang aku beli semalam dan makanannya Roti + Sosej + Baked Beans + Sos (isteri yang rajin) hehehehe tapi Mr Huby suka apa hidangan tu. Telanjur itu biar aku cerita berkaitan dengan air soya yang sangat-sangat kami suka tu heheheh (Promosi ni) heheheh


ni dia penerangannya 

Drinho Soya Milk Is A Premium Soya Mild Targeted At The Whole Family. It Is A Good Source Of protein, Cholesterol-Free And There Are No Artificial Sweetener Of Flavouring Added. It Is Also A Plant-Based Product, Thus Very Suitable For Vegetarians Diets. 1 litre.
Extract Of Soya Bean, Water And Cane Sugar. Contains Permitted Food Flavoring.


ha ini dia gambar yang lebih jelas. Kami suka soya ni sebab dia tidak manis dan pekat sangat. sekarang ni dia tengah buat promosi. 2 kotak macam gambar yang aku ambil tu cuma RM 3.99 je dan ditambah dengan percuma pinggan cantik heheheh sudah banyak pinggan tu dekat rumah aku.


ini la pinggan cantiknya.
hehehhe so jom kita sama-sama minum soya :P


Tuesday, October 18, 2011

KESIAN DEKAT HUBY....

Heheheh sebenarnya dlm minggu ni huby nak beli satu motor yang dilelong dalam mudah. Kami dah pergi tengok keadaan motor dan lulus piawaian aku hehehhe. So kami pun cari-cari la duit, korek sana sini dan cukup hehehhe. Bila huby telefon owner cakap nak ambil esok tibe-tibe owner cakap dah jual heheheh kesian dekat huby hehehhe salah sendiri jugak tak letak deposit hehehhe tu namanya tak de rezeki hehehehhe. Masuk air kejap huby aku heheheh. Sebenarnya aku pun agak terkilan juga sebab banyak kali dah dia ajak aku tengok motor tapi kebanyakan tak melepasi piawaian aku hehehhe ni bila aku dah suka tak dapat pulak heheheh skrg dia tengah mencari-cari lagi motor-motor yang berkenan dekat hati. Ni la gambar motor yang huby nak beli tapi tak dapat


ni gambar yang di iklan dalam mudah


ni gambar yang huby ambil masa tengok keadaan motor.

dan yang ni spek motonya :

Model: Suzuki GSF 400 Bandit
Year: 1994
Rating: 74.7 out of 100. Show full rating and compare with other bikes
Engine and transmission
Displacement: 398.00 ccm (24.29 cubic inches)
Engine type: In-line four, four-stroke
Power: 54.00 HP (39.4 kW)) @ 10600 RPM
Torque: 38.25 Nm (3.9 kgf-m or 28.2 ft.lbs) @ 6500 RPM
Valves per cylinder: 4
Gearbox: 6-speed
Chassis, suspension, brakes and wheels
Front brakes: Single disc
Rear brakes: Single disc
Physical measures and capacities
Dry weight: 169.0 kg (372.6 pounds)
Power/weight ratio: 0.3195 HP/kg
Seat height: 730 mm (28.7 inches) If adjustable, lowest setting.
Fuel capacity: 16.00 litres (4.23 gallons)
Reserve fuel capacity: 3.50 litres (0.92 gallons)
New Tire f/r

Sekarang tahukan kamu semua kenapa huby aku ni masuk air heheheh 

P/S : Motor ni dah susah nak dapat, berkuasa tinggi (walaupun huby aku tak de lagi lesen motor kuasa tinggi) dan yang paling penting dia dah try bawa dan dia dah jatuh hati sebab dia memang minat motor ni heheheh. SABAR YE EN HANIF SAYANG! TAK ADA REZEKI NAMANYA TU HEHEHEH


LAPAR DI PAGI-PAGI HARI.


Hehehhe terasa lapar sangat tunggu huby balik dari kerja terus ajak dia makan MD heheheh 
juruwang dekat MD tu pun terkejut datang 2 orang tapi ambil pakej family nasib bungkus bawak balik klu makan dekat situ pasti semua orang terkejut tengok kami heheheh. Apa-apa pun kami kenyang pagi-pagi ni heheheh.


Monday, October 17, 2011

SATU LAGI DRAMA PILIHAN!



Satu lagi drama yang saya minat adalah "DRAMA SOFFIYA" Watak dalam drama Soffiya ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Fizo Omar diberi watak sebagai Ilyas, Izara Aishah sebagai Fiona, Azhar Sulaiman pula sebagai Kamal, dan pelakon tengah hot sekarang ni, Syazwan Zulkifli dalam drama Juvana serta teraju utama adalah Tiz Zaqyah sebagai Soffiya.
Drama terbaru Soffiya diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd oleh Joeza Rasidi dan mempunyai 28 episode. 

Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia - TV3)

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
emmm sekarang ini cerita dia dah makin rancak. Tidak sabar rasanya nak menonton malam ni. Kalau tidak dapat tonton live saya rakam menggunakan ASTRO beyond :) selamat menonton!

Sunday, October 16, 2011

RENUNGAN BERSAMA







Friday, October 14, 2011

DRAMA TAHAJJUD CINTA EPISOD AKHIR!



Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 malam ini episod akhir, drama ini menggantikan drama keranamu Laila dan Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ni lebih kurang jadi fenomena macam Nur Kasih rasanya.
Why? Ok, tengok saja barisan pelakon Drama Tahajjud Cinta ni. Ada Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin(i like him) dan Neelofa dan ramai lagi pelakon hebat-hebat kot!!!

Soal pelakon-pelakon yang memegang watak alim dalam drama-drama ni, dan agak “terbuka” di luar tu, tak perlulah nak besar-besarkan sangat. Memang berdosa, tapi itu hal mereka dengan Allah. Siapa kita nak menjatuhkan hukum? yang penting ambil pengajaran dan hal-hal positif dalam drama ni dijadikan tauladan sebab pastinya tu adalah tujuan sebenar pengarah drama ni buat cerita ni.
Jadi jangan cari dosa free dengan menghina orang hahahaha!!! Jomlah, kongsi  Sinopsis Drama Tahajjud Cinta. Jangan lupa malam ni episod akhir ok. Selamat menonton!!!







SINOPSIS TAHAJUD CINTA
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

cantiknya wanita berhijab bergini

MAIN-MAIN SAMPAI TERTIDUR

heheheh ini namanya kiki baru seminggu duduk dengan kami.Kami jumpa kiki dekat depan rumah bising sangat bunyi, rupanya kesejukan akibat hujan. Tanya-tanya jiran tiada siapa mengaku anak kucing. Jadi kami ambil keputusan bela sahaja. Kesian tengok dia. Kiki pandai sangat, ini tadi dia teman saya dan macam-macam dia main gangu nak menaip. Digigit-gigitnya tangan heheheh sekarang ini dah keletihanlah tu sampai tertidur hehehhe.



tidur dengan mouse ditangan heheheh


Pusing badan nak cari tangan heheheh


TERAPI SENI ~ SEKADAR PERKONGSIAN

DEFINISI TERAPI SENI
Menurut  American  Art Therapy  Association terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu dibawah semua peringkat umur.

Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.

MATLAMAT :
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement  change”.

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk  “seni luar. ( JudithPeck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change”.

3 Jenis Lukisan Yang Biasa Digunakan Dalam Terapi Seni


Prinsip yang diketengahkan adalah :

selebihnya akan dikupas pada enteri akan datang ya hehehhe.

Saturday, October 1, 2011

SELAMAT HARI SABTU. HARI HUJUNG MINGGU!

Emmm aku jarang sekali dapat rehat macam ni hehehhe tapi rehat pun macam tak rehat pun. sedang aku nak masak makan tengahari, huby yang sedang asyik berinternet memangil aku nak berkongsi sesuatu. Ni sebenarnya yang huby aku kongsikan dengan aku.


bukan apa huby aku ckp macam pernah nampak aku pakai macam ni huhuhu. Aku tanya dia ada ke? aku pun tak berapa nak ingat huhuhu dia nasihatkan je tak payah pakai lagi macam ni klu tak pakai tak pe la. lepas tu dia suruh aku kongsi dengan kawan-kawan pejabat aku mengenai pekara ni. InsyaAllah akan aku kongsikan. Emm kadang kala kita tak sedar dengan apap yang kita lakukan sehingga kadang kala mengundang dosa tanpa sedar. mulatu aku nak bahas jugak dengan huby berkaitan pekara ni. Sebab yang penting pada aku niat kita memakai tudung tu. Tapi bila dilihat-lihat betul juga ya, pakai tudung macam tu sebenarnya menampakkan susuk leher kita huhuhu pusing mana-mana pun ada dosanya jd cuba kita renung semula pemakaian tudung dan pakaian yang betul. 


sekejap lagi huby dan nak masuk kerja tapi petang nanti ada janji temu dengan kawan yang mengajak minum dan sudah semestinya kawan tu sedang dilanda masalah. semoga segalanya berjalan lancar dan Allah membantu saya dan rakan untuk mengharungi segala masalah yang melanda. saya kesian sangat melihat keadaan dan apa yang diharungi oleh rakan saya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga dia tabah dan nekad dengan segala keputusan yang dibuatnya.