Monday, August 4, 2014

DUNIA KAUNSELING 1 : TEORI ROGER

Assalammualaikum..... sahabat....hari ini mood kembali ceria dan bertenaga...Terima Kasih Allah kerana memberiku kekuatan ini. So hari ini saya nak kongsi lagi berkaitan dunia yang amat saya suka dan sayang... sebelum ini saya da berkongsi berkaitan dunia kaunseling namun ianya secara asas sahaja. Sesiapa yang belum membaca boleh la singgah DISINI dulu. So now saya nak pergi lebih mendalam lagi sebab saya seronok berkongsi ilmu dengan anda semua. Saya adalah seorang kaunselor yang memegang TEORI ROGER. Namun dalam masa yang sama sedang mendalami TEORI IMAM AL-GHAZALI. So hari ini saya nak kongsi berkaitan TEORI ROGER atau lebih di kenali sebagai teori pemusatan klien dulu ya.


Latar belakang tokoh



Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park dan meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggungnya yang patah akibat satu kemalangan. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu bapanya sangat berpegang kuat pada agama. Kaluarganya sangat rapat dan adik beradiknya adalah seramai 6 orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.


Konsep Utama Terapi
Pandangan terapi terhadap manusia
Rogers berpandangan bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina, bekerjasama boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. (Rohany Nasir, 2006). Emosi-emosi negatif seperti marah, dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori adalah seperti berikut :
a. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita berdasarkan interaksi kita dengan orang lain.
b. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.
c. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.

Othman Mohamad (2005) dan Sapura Sipon (2007), menjelaskan klien bertanggungjawab mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak bertindak ke arah suatu kesedaran yang boleh menguntungkan dirinya dalam keadaan sebenar.

Matlamat terapi
Antara matlamat terapi ialah :
a. Klien mendapat kebbasan dan integrasi sepenuhnya dalam menyelesaikan masalahnya.
b. Membantu klien akan menangani bukan sahaja masalah sekarang tetapi juga masalah yang akan      datang.
c. Membantu perkembangan diri klien.

Proses dan teknik
Setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ka arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ka arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri sendiri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.







 Rogers menyarankan 3 suasana yang fasilitatif iaitu :
a. Ketulenan atau kongrean
b. Penerimaan tanpa syarat
c. Empati

Jika wujud suasana psikologikal itu perhubungan antara kaunselor-klien yang menumpukan penerimaan positif dengan keredaan kaunselor terhadap klienhya, keikhlasan, ketulenan didi dan kongreann dan kefahaman yang empati oleh kaunselor tentang ruang rujuk dalam klien, maka suatu perubahan personaliti akan berlaku dalam diri klien

Kongruen
Kaunselor menjadi dirinya sendiri. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, tidak bersifat ragu-ragu dan tidak berpuara-pura terhadap klien. Semakin dalam kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunseling secara tulen dan tidak berpuara-pura, semakin tinggi kemungkinan klien akan berubah dan berkembang. 






Penerimaan positif tanpa syarat
Menerima klien tanpa mengira syarat tertentu. Keadaan ini menyumbang kepada perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu. Kaunselor menerima tanpa syarat sangat menghargai diri klien dan tidak terpengaruh dengan tingkah laku klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan juga sikap klien. Ia adalah perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien.



Empati
Kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk klian dan membenarkan diri klien mengalami proses mental dan emosi yang dialami klien. Proses empati juga berlaku apabila kaunselor memahami dan menghayati perasaan klien. Kaunselor melaksanakan teknik empati sepanjang sesi rawatan. Namun begitu, kebolehan kaunselor adalah semasa sesi penerokaan di mana kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien akan berupaya memahami keadaan diri klien dengan lebih mendalam.

      Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh mmebantu untuk merangka satu ketetapan yang lebih memuaskan. Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjsama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah:
  1. Parafrasa
  2. Penjelasan
  3. Maklum balas
  4. Kongruen
  5. Mendengar untuk merasa
  6. Menghormati
  7. Penerimaan yang mesra
  8. Konfrontasi
Peranan kaunselor dan klien
Kaunselor
  • Fasilitator
  • Mewujudkan suasana teraputik
  • Membantu klien supaya tidak bersofat defensif bterhadap tingkah lakunya.
  • Menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnta.
  • Berusaha membantu klien mengenali diir dan masalahnya dengan jelas.
Klien
  • Klien memutuskan bahawa dia memerlukan kaunseling dan datang secara sukarela
  • Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran.
  • Klien bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien
  • Klien berasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri.
  • Klien cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan kaunselor.
  • Klien menentukan pilihan dan tindakannya sendiri (dibantu oleh kaunselor).
  • Klien berupaya dan bersedia untuk berubah
  • Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.
Limitasi
  1. Tidak terdapat teknik yang khusus.
  2. Kurang panduan tentang  cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien.
  3. Kebanyakan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah.
* Disebabkan itulah, kebiasaannya saya akan menggunakan teori ini dan mengadun teknik dan strategi dari beberapa teori lain yang bersesuaian dengan konsep Roger.