Tuesday, February 12, 2013

DRAMA PILIHAN.....


Emmm saja hendak berkongsi aktiviti aku sekarang ini hehehhehe sekarang ini aku sedang mengikuti beberapa drama pilihan yang antaranya banyak moral of the story. Drama yang pertama adalah



SURAT DARI LANGIT BIRU

Drama Surat Dari Langit Biru Lakonan Johan Asari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Tania Hudson & ramai lagi
Pengorbanan Hingga Akhirnya

“Air dicincang takkan putus”. Meskipun Zarul meninggalkan keluarganya namun hubungan dengan kakaknya, Salmi tetap utuh. Akan tetapi apabila hadirnya orang ketiga, hubungan dua saudara itu menjadi renggang. Fitnah yang ditabur menyebabkan segala pengorbanan seorang adik terhadap kakak tersayang hilang sekelip mata. Adakah Zarul akan terus berkorban demi Salmi?

Menyusuli RUBY, nantikan buah tangan terbaru daripada pengarah berkaliber, Rashid Sibir menerusi drama bersiri SURAT DARI LANGIT BIRU di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam.

Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media yang mendapat sentuhan skrip daripada Basri Musa menampilkan pelakon berbakat besar Johan As’ari sebagai Zarul bergandingan dengan Yana Samsudin sebagai Salmi. Turut membintangi drama tersebut ialah Fizo Omar (Heykal), Dato’ Rahim Razali (Pak Hassan), Fauziah Nawi (Mak Munah), Iqram Dinzly (Zamri), Tania Hudson (Lisa), Nabila Dally (Anis), Ika Nabila (Lydia) dan ramai lagi.

SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.
 
Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.
Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.
Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan? Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.
 
Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.
Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Segalanya bakal terjawab dalam SURAT DARI LANGIT BIRU yang akan disiarkan mulai 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan SURAT DARI LANGIT BIRU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook @ Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.


 yang ini drama yang ke dua aku sedang mengikuti, sebabnya aku sudah katam novelnya dan ceritanya juga tidak mengecewakan. 

Sinopsis Sehangat Asmara (versi Novel)

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama".   Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.


Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi.  Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.  

Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.
Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal. 
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah . Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.



Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke mahkamah .



Kerana dendam dan rasa tidak puas hati, Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.



Anehnya, walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup bersama Kay dan anak mereka.. 



Buntu dan binggung fikirannya, lebih-lebih lagi  pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.



Demi anak mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali.    



Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. 



Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.



Akhirnya ayahnya mengaku yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya. 

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka.



dan yang ini adalah yang ke tiga. Ceritanya banyak membawakan aku kembali kepada "Yang Maha Agong" Kehadiranya adalah untuk menguji keimanan hambaNYA.

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Padamu
Cinta Hadir Tanpa Diduga…
Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah merupakan antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat 5A. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzim) cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendah oleh Sabariah. Pada masa yang sama, Bukhari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Dua tahun kemudian, Bukhari berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Perikanan. Selepas pemergian Bukhari, Sabariah menghantar Adawiyah ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. 

Di sana, Adawiyah dibuli oleh Sari yang dengki terhadapnya. Bukan itu sahaja, Adawiyah turut diugut oleh seorang pekerja kantin di rumah berkenaan. Sejak itu, Adawiyah hidup dalam ketakutan.Lapan tahun kemudian, Arman (Beto Kusyairy), berusia 35 tahun, kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus wajahnya bertembung dengan Adawiyah, yang sudah berusia 21 tahun, kelihatan ayu, sopan, lembut di tepi pantai. Adawiyah kemudiannya ke sebuah banglo untuk memulakan hari pertama sebagai guru kepada anak tuan punya banglo. Sebaik sahaja tiba, Adawiyah terkejut melihat Arman, tuan rumah di banglo tersebut. 
Pada mulanya, Arman tidak yakin akan kemampuan Adawiyah untuk mendidik anaknya, Liliyana, sehinggalah Arman melihat sendiri perubahan pada anaknya yang sukar menerima orang baharu sebagai guru. Arman kemudiannya teringat, dia pernah menghadiahkan gelang kayu tasbih kepada kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Gelang itu masih dipakai oleh Adawiyah sehingga kini. Maka, terjalinlah hubungan antara Adawiyah dan Arman demi Liliyana.

Bukhari yang pulang dari Jepun mula menternak ikan dalam sangkar di kampung halamannya, Kampung Kuala Kubu. Ketika dia dan Adawiyah sedang berbual di telefon, muncul seseorang menjerut leher Adawiyah. Di kampung, Bukhari mendengar kekecohan itu melalui telefon, dia yakin Adawiyah dalam bahaya. Apakah yang berlaku kepada Adawiyah? Siapa pula yang menyerang Adawiyah di rumah banglo milik Arman? Ada sesuatu yang masih tidak diceritakan oleh Arman kepada Adawiyah dan benarkah hubungan Arman dengan Adawiyah hanya kerana Liliyana?
Saksikan ‘Hanya Padamu’, karya pengarah Faisal Ishak bersama pelakon berbakat, Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Nazeera Sardi dan ramai lagi, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 28 Disember ini di TV3 dan www.tonton.com.my.

so selamat menonton bagi yang belum menonton, cerita-cerita ini pasti tidak mengecewakan anda :)

Friday, February 8, 2013

ASAH OTAK BERSEDIA UNTUK PAC PEG PSIKOLOGI

Start buka buku semula....... perlu sedikit input untuk menghadapi PAC Pegawai Psikologi pada 16 Februari 2013 huhuhuhu harap-harap segalanya berjalan lancar walaupun banyak sangat dugaan ni huhuhuhu. Friends tolong doakan diriku ini supaya berjaya.........

Monday, February 4, 2013

PERISTIWA PERTAMA DALAM SEJARAH

Pertama sekali aku nak panjatkan syukur Alhamdulillah sebab aku dan suami masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Sesungguhnya segala yang dilangit dan dibumi adalah atas kuasaNYA dan atas kehendakNya. Apa yang terjadi hari ni adalah kenangan selama 4 tahun kami memiliki kenderaan sendiri dan ini adalah kali pertama kami kemalangan teruk dengan kereta. Walaupun kita selalu berhati-hati di jalan raya namun ada segelintir pemandu yang sering cuai dalam pemanduan yang membuatkan jalan raya seperti litar lumba. Hasilnya orang yang tak bersalah terkena tempiasnya. Pagi tadi aku dengan suami terlibat dalam satu kemalangan, mujur tindakan pantas suami mengelakkan kami dari mengalami kecederaan yang lagi teruk. Jika suami tidak mengelak, kemungkinan besar kami sudah berada di bawah lori panjang dihadapan selepas di rempun kuat dari belakang oleh sebuah lori serdahana. Disebabkan suami sempat mengelak, lori yang merempuh kami itu telah merempuh belakang lori panjang tersebut. Hasilnya.........


pintu depan tempat duduk penumpang (tempat aku duduk pada mulanya xboleh dibuka dari dalam) suami yang cepat-cepat tarik dari luar dengan kuatnya baru boleh dibuka. Pemandu lori yang merempuh kami adalah lelaki india yang dipercayai mabuk. Moga Allah permudahkan segala urusan kami.

Saturday, February 2, 2013

LAMA TAK UPDATE....

Eemmm lamanya tak update blog ni huhuhu bukan apa sibuk dengan kerja dan perniagaan sambilan saya tu huhuhu. sekarang ni pula sibuk melayan demam ni hukhukhuk rasa macam apa tah huhuhu baru Allah tu tarik nikmat sedikit huhuhu makan tak rasa apa-apa pun huhuhuh sebenarnya banyak nak cerita tapi huhuhu tak larat. Ni pun curi-curi masa kerja huhuhu walaupun sakit, tetap kerja juga sebab komitmen * hahahha sebenarnya tak ada orang nak cover syif aku sebab tu malas nak susahkan orang lain. lagipun Puan Zuraidah kan kuat orang nya hahhaha motivasi diri sendiri. So ada masa dan kalau kesihatan dah ok akan ku update banyak pekara yang nak di kongsikan bersama. InsyaAllah