Monday, August 20, 2012

RINDU TAK TERLUAH.......

Emmm tiada kata yang boleh mengungkap perasaan ini..... hanya yang boleh dirasai sakit dengan rindu-rindu ini namun payah nak diluahkan kerana ku kunci hati dan perasaan ini andainya ia membahagiakan semua pihak. Usah dicari atau dihubungi. Mungkin kehidupan kamu-kamu itu lebih bahagia tanpa kami dalam dairi kehidupan......


Friday, August 17, 2012

GEMBIRA.... LALALALA....

Gembira sangat sebab semua barang-barang besar di rumah lama telah di angkat ke rumah baru heheheh boleh la kemas-mengemas nanti. Tapi kami mengambil keputusan tingalkan sofa yang dah buruk serta almari baju yang besar (sebab almari tu kalau angkat sekali lagi pasti patah) so rezeki orang baru yang akan masuk rumah tu la. Kalau dia nak guna dia boleh guna tapi kalau dia tak mahu guna harap-harap di boleh tolong buangkan hehehe. Esok misi mengemas rumah secara besar-besaran, tadi pagi dah kemas bahagian dapur, bilik tidur utama dan ruang tamu dengan suami. Esok nak kemas bilik kedua dan stor pula. Emm walaupun kami berdua tak cuti raya namun rumah perlu berkemas dan Syawal perlu di raikan jua. Walaupun ala kadar sahaja. Harap semua rakan-rakan gembira menyambut hari raya yang bakal menjelang Ahad 19 Ogos 2012 ini. Di kesempatan ini saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari Zu & Hanif.



Tuesday, August 14, 2012

AMAN DAMAI

Emmm hari ni kerja syif seorang rasa aman dan damai sekali heheheh but walaupun syif seorang namun masih ditemani seorang rakan sekerja yang syif dia sepatutnya dah habis. Thanks to "NOR" sungguh besar hati dan baik hati menemani aku. Dia bukan saja menemani malah mengajar aku macam-macam perkaitan kerja. Nasib ada "NOR" huhuhu ada gak kawan borak-borak. Yang penting banyak yang aku dapat dari perkongsian dia dengan aku. Dunia huhuhu walauapapun aku tetap enjoy, thanks "NOR".


* Mood : Happy :P



dan terasa diri hebat seperti dia ni ha..... hehehheh

* 5.15 pagi tak habis lagi cerita pasal "si dia" hahahahhaha....Yer Nor & Nusi hehehhehe


Monday, August 13, 2012

KEJADIAN MALAM KEDUA... NGERI MAAA...

Pukul 10.30 malam aku sampai dekat tempat kerja terus mulakan tugas walaupun aku masuk kerja pukul 11.00 malam bukan apa senang nanti kalau ada apa-apa masalah. Tiba-tiba tengah khusyuk memulakan kerja, pengawal keselamatan tempat aku kerja ni masuk memaklumkan ada 1 kereta kete kepung dengan polis di hadapan tempat kerja aku ni. ada adengan kejar mengejar dan pergelutan. Aku tak keluar tengok tapi rakan sekerja aku berlari keluar tengok. rupanya kes orang culik orang emmm budak perempuan berumur 15 tahun diculik dan situasi masih tidak diketahui namun pemuda yang telah berjaya ditangkap polis itu telah menendang mangsi culik keluar dari kereta sebelum adengan kejar mengejar itu. Namun dengan bantuan orang ramai yang berada di kedai makan berhampiran penjenayah dapat diberkas polis. Seoarang kawan sekerja mengeletar seluruh badan sebab dia berada di tempat kejadian sedang minum dengan rakan-rakannya menyaksikan kejadian dihadapan mata.


* DUNIA-DUNIA, MACAM-MACAM PEKARA SUDAH BERLAKU APA NAK JADI AGAKNYA....

 

Sunday, August 12, 2012

MALAM PERTAMA.....

Huhuhu "Malam Pertama" hari ini adalah hari pertama kerja syif malam huhuhu dah lama tak berjaga malam ni. Dah pukul 2 pagi layan mata nak lelap ni huhuhu ada lg 5 jam nak abis syif. abis kerja pukul 7. Hari ni dan esok masih ada teman lagi berkerja malam. Start isnin kerja malam sorang diri dan seterusnya 1 syif jaga seorang huhuhu harap-harap boleh la aku ni bekerja dengan jayanya huhuhu mohon dilindungi dan diberkati Allah S.W.T sesungguhnya aku mencari rezeki yang halal. Baru terasa macam mana rasanya MR. HUBY kerja syif malam huhuhu. Raya??? huby tak cuti makanya aku pun tak cuti la memandangkan baru bekerja huhuhu. Tapi okay la, tak la aku sedih seorang dekat rumah :)


kerja sekarang = Happy + best :P


life


happy


Tuesday, August 7, 2012

KERJA BARU, PENGALAMAN BARU :)

Emmm aku memang tidak sangka yang aku akan berkerja dengan menyandang jawatan aku sekarang ini heheheh walaubagaimanapun kerja ni memang best sangat-sangat. Pengalaman baru yang terlalu indah buat aku ( selain hari aku diijap kabulkan & hari konvo ). Susah aku nak gambarkan perasaan seronok aku ini heheheh kawan-kawan dan pengurusan (bos) pun baik. Tempat kerja memang tip top *best punya :P dulu, nak masuk bilik hotel adalah pada hari kami merancang percutian jer. Sekarang ini hari-hari aku masuk bilik hotel yang berbeza-beza dari yang murah sampailah yang mahal hehehhe banyak juga aku menghadiri temuduga namun agaknya dah jodoh aku untuk bekerja dengan pengurusan sekarang ni. 

Baru 4 hari aku bekerja rasa macam selesa jer hahhaha. hari yang ke empat ni aku dah masuk syif hahahah syif petang. Mungkin aku boleh terima kerja ini sebab syif dia sama dengan syif kerja suami aku hehhehe pergi kerja sama-sama balik kerja pun sama-sama emmm mudah. Gaji pun okey menepati apa yang aku minta :) thanks pihak pengurusan menerima permohonan aku dengan gaji yang aku minta walaupun aku tiada pengalaman dalam bidang baru ini. Emmm kalau dilihat-lihat bukan masalah sebenarnya aku dengan dunia pekerjaan ini hehhehe dalam bulan ramadhan ni berkatnya besar sangat. Rupanya ada hikmah sepanjang hidup aku ini. Disebabkan itu, aku menimba banyak sangat pengalaman dalam bidang pekerjaan. Macam-macam kerja aku boleh buat dan belajar :) 

Allhamdulillah.... aku bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan... Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA :) 



Sunday, August 5, 2012

KEHIDUPAN BARU BERMULA DISAAT INI!



Salam ramadhan buat semua.... disebabkan sibut dengan aktiviti pindah rumah, pindah tempat kerja dan pindah segala-galanya lah menyebabkan saya tak berkesempatan menjenguk blog tersayang ini dan tidak ada lah post-post istimewa buat peminat semua (wek! macam la ada peminat hehhe masuk bakul angkat sendiri) emmm now, barulah rasa hidup ada stabil sikit tapi rasanya pun 50% -50% sebab masih "terkejut beruk" lagi dengan perpindahan suami yang tidak diduga huhuhu. Sampai hati mereka (pentadbiran) pindahkan suami saya jauh-jauh huru-hara kejap kehidupan kami. emm tapi bila dah sebulan berada di tempat baru, barulah rasanya ada hikmah atas apa yang berlaku ni.


Emmm Allah Maha Mengetahui apa yang dirancangkan untuk hamba-hambaNYA. Semoga tempat baru, suasana baru dan kehidupan baru lebih memberi berkat untuk kami sekeluarga. Dan sekarang yang paling mengembirakan saya adalah, saya dah dapat pekerjaan baru setelah sebulan duduk di rumah menyandang jawatan "Suri rumah sepenuh masa" nasib la suami tercinta bagi juga bekerja setelah dilihat isterinya seperti cacing kepanasan dirumah heheheh. Saya sampai demam dan sakit-sakit kerana kebosanan dirumah. Kerja di tempat baru memang best dan menyeronokkan. Harap-harap segalanya berpanjangan dan moga Allah melindungi kami dari segala bala bencana hendaknya. Dan barakahkanlah rezeki kami dan pelihara kami dari pekara-pekarang yang merosakkan iman. Kerja baru saya sekarang memang saya tak pernah ada pengalaman huhu tapi seronok kerana mempelajari pekara-pekara dan ilmu baru. 


Harap-harap tidak menyusahkan rakan sekerja yang mengajar tanpa jemu heheheh. Paling seronok tempat kerja dekat dengan rumah. Raya tahun ini kami sekeluarga tak beraya sangat sebab suami tersayang tidak dapat bercuti. Jadinya saya pun tak bercuti la juga.... emmm lama sangat tak menaip post hehhehe so macam semua nak diceritanya. Emmm harap-harap kehidupan sekarang, kehidupan baru ini akan membawa kebahagiaan saya dan suami..... AMIN!!!!!

OUR HAPPY LIFE

ZUHANIF FOREVER!!!!