Sunday, June 29, 2014

PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGALAMAN BERKAITAN TEMUDUGA SPA

Salam Ramadhan salam kemuliaan.....selamat menyambut ramadhan bagi muslimin dan muslimat. Hari ini 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 M. Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit maklumat dan pengalaman saya menghadapi temuduga. Saya adalah kelompok pertama Peg. Psikologi yang di ambil kerja melalui kaedah pengambilan secara Profiling yang lebih dikenali sebagai Myrecruitment. Jadi disini adalah serba sedikit maklumat berkaitan dengan temuduga tersebut. Saya ada di maklumkan 1 Julai 2014 ada temuduga pegawai psikologi baru so good luck pada yang akan di temuduga ya. Just be your self dan yang paling penting ikhlaskan niat di hati InsyaAllah segalanya berjalan lancar. Oppssss lupa, Penampilan adalah yang paling penting so sedikit kesilapan sahaja anda boleh di reject.

Kaedah Pengambilan Kakitangan Awam di SPA

KAEDAH PENGAMBILAN SECARA PROFILING (MYRECRUITMENT)

1. Kaedah  pengambilan  secara  profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).  MyRecruitment bertujuan  untuk  mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan  adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian produktiviti yang tinggi.
Pelaksanaan MyRecruitment

2. Pelaksanaan  MyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringan sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan temu duga seperti di Lampiran.   Proses saringan dalam  MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:
(i) Tapisan Awal
Calon yang mendaftar secara  online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;
(ii) Peperiksaan
Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;
(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan2
(iv) Temu duga
Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu  jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.
3. Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesi penilaian kompetensi dan temu duga.
Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga  lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.

Transformasi kaedah pengambilan sedia ada kepada MyRecruitment oleh SPA
diharap  akan meningkatkan persepsi positif calon terhadap ketelusan Kerajaan
dalam urusan pengambilan apabila calon dinilai dan dipertimbang, bukan
berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga
kesesuaian dan kompetensi mereka terhadap jawatan yang dipohon mengikut
keperluan kementerian/jabatan.  Pelaksanaan  MyRecruitment diharap dapat
melahirkan penjawat awam yang ideal iaitu cemerlang, memiliki kemahiran yang
bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran
masa dan perubahan persekitaran.
Rujukan spa.gov.my

Tahap yang paling mencabar ada 2 tahap ter akhir iatu :

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan2
(iv) Temu duga
Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu  jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

Semasa sesi Penilaian saya, awal pagi dimulai dengan pendaftaran perserta dan penyusun atur sijil-sijil berkaitan untuk diserahkan kepada urusetia(jika boleh, jadilah oarang yang paling awal mendaftar. Jangan sehingga urusetia terpaksa mengulang beberapa kali) kerana start di situ penilaian kita telah bermula. Selepas itu kami diberi nombor mengikut nombor pendaftaran yang akan digantung di leher sepanjang hari. Dimulakan dengan mengambil gambar terlebih dahulu dengan memegang nombor kepunyaan sendiri. Selepas itu task demi task pun bermula. task yang diberikan adalah bergantung kepada isu semasa dan apa sahaja yang berkaitan dengan skop kerja. Ada juga yang merangkumi minda kreatif ada pengucapan awam dalam bahasa English dan yang terakhir sekali di tutupi dengan temuduga secara berkumpulan. So itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. mudah-mudahan segala urusan kalian dalam temuduga dipermudahkan.

0 Comments: