Friday, August 17, 2012

GEMBIRA.... LALALALA....

Gembira sangat sebab semua barang-barang besar di rumah lama telah di angkat ke rumah baru heheheh boleh la kemas-mengemas nanti. Tapi kami mengambil keputusan tingalkan sofa yang dah buruk serta almari baju yang besar (sebab almari tu kalau angkat sekali lagi pasti patah) so rezeki orang baru yang akan masuk rumah tu la. Kalau dia nak guna dia boleh guna tapi kalau dia tak mahu guna harap-harap di boleh tolong buangkan hehehe. Esok misi mengemas rumah secara besar-besaran, tadi pagi dah kemas bahagian dapur, bilik tidur utama dan ruang tamu dengan suami. Esok nak kemas bilik kedua dan stor pula. Emm walaupun kami berdua tak cuti raya namun rumah perlu berkemas dan Syawal perlu di raikan jua. Walaupun ala kadar sahaja. Harap semua rakan-rakan gembira menyambut hari raya yang bakal menjelang Ahad 19 Ogos 2012 ini. Di kesempatan ini saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari Zu & Hanif.



0 Comments: