Tuesday, August 7, 2012

KERJA BARU, PENGALAMAN BARU :)

Emmm aku memang tidak sangka yang aku akan berkerja dengan menyandang jawatan aku sekarang ini heheheh walaubagaimanapun kerja ni memang best sangat-sangat. Pengalaman baru yang terlalu indah buat aku ( selain hari aku diijap kabulkan & hari konvo ). Susah aku nak gambarkan perasaan seronok aku ini heheheh kawan-kawan dan pengurusan (bos) pun baik. Tempat kerja memang tip top *best punya :P dulu, nak masuk bilik hotel adalah pada hari kami merancang percutian jer. Sekarang ini hari-hari aku masuk bilik hotel yang berbeza-beza dari yang murah sampailah yang mahal hehehhe banyak juga aku menghadiri temuduga namun agaknya dah jodoh aku untuk bekerja dengan pengurusan sekarang ni. 

Baru 4 hari aku bekerja rasa macam selesa jer hahhaha. hari yang ke empat ni aku dah masuk syif hahahah syif petang. Mungkin aku boleh terima kerja ini sebab syif dia sama dengan syif kerja suami aku hehhehe pergi kerja sama-sama balik kerja pun sama-sama emmm mudah. Gaji pun okey menepati apa yang aku minta :) thanks pihak pengurusan menerima permohonan aku dengan gaji yang aku minta walaupun aku tiada pengalaman dalam bidang baru ini. Emmm kalau dilihat-lihat bukan masalah sebenarnya aku dengan dunia pekerjaan ini hehhehe dalam bulan ramadhan ni berkatnya besar sangat. Rupanya ada hikmah sepanjang hidup aku ini. Disebabkan itu, aku menimba banyak sangat pengalaman dalam bidang pekerjaan. Macam-macam kerja aku boleh buat dan belajar :) 

Allhamdulillah.... aku bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan... Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA :) 



2 Comments:

siti hazreen said...

wah, tahniah arai ;) kerja apa ni? macam best je, cerita lah sket hehe...dia dalam kategori kaunseling gak ke? aku jeles dengar ko masuk hotel, aku pun nak gak hehe

zuhanif said...

reen bukan dlm bidang kaunseling tp servis :)