Friday, March 1, 2013

KESIBUKKAN YANG MELAMPAU

Lama tak dapat update blog ini sebab terlalu sibuk dengan kerja di minggu yang terakhir dan set up untuk kedai baru di mall yang baru buka huhuuh lepas ini memang aku fokus sepenuhnya pada perniagaan la nampaknya. Harap - harap rezeki yang Allah sentiasa ada untuk kami :) Amin...... nanti dah reda semua dan dah stabil perjalanan dan rancangan, saya akan update gambar-gambar kedai dah lokasi ya. Supaya senang siapa-siapa yang nak berurusan. Buat sementara ini barangan yang dijual adalah semua barangan yang ada di SEINDAH KRISTAL MALL dan ada beberapa barangan lagi masih belum di update. Dalam kedai kami pun ada barangan Bundle dari jepun En Suami punya perniagaan :) kebanyakkan bundle jepun ni pakaian baru cuma ada rejet beberapa pekara. InsyaAllah akan di update nanti dalah blog mall.

So akan di update dari semasa ke semasa nanti ya....doakan kejayaan kami :) jom sama-sama berdoa untuk dimurahkan rezeki :)

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh


2 Comments:

puteri kasih said...

wahhh..bestnyer dah ada kedai. Good luck yer buat zu dan suami :)

Mimie Najib said...

lama dah tak singgah sini..moga berjaya dalam perniagaan ye kak.. :)
insyaAllah, kalau rezeki tu dah tertulis untuk kita, tetap ada untuk kita.. :)