Sunday, March 3, 2013

LAHAD DATU, SABAH......

Kronologi Pencerobohan.......



                                                Bagaimana Penceroboh Masuk Ke Sabah?

Inilah persoalan yang sering dimainkan pihak-pihak tertentu untuk menampakkan kononnya kelemahan Pihak Berkuasa negara. Sebenarnya perairan negara di Sabah, adalah jauh berbeza dengan perairan negara di Semenanjung Malaysia. Gugusan pulau-pulau yang beratus buah berdekatan antara satu sama lain termasuk pulau dalam kawasan Filipina serta pantai yang luas, begitu mudah menyumbang kepada permasalahan ini.

Anda salah, kalau anda fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? adakah wajar mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.

Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot-bot kecil yang berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yang luas, tidak mustahil akan ada bot kecil yang bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.

Kumpulan kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yg tahu sudah berapa lama perancangan yang dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.

Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.

Setelah musuh dikenalpasti, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati-hati agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.
 
 
selain itu, sebenarnya saya nak menyeru rakan-rakan bloger supaya bersama-sama menghulukan apa saja bantuan yang dapat membantu satu sama lain. So jom ramai-ramai...ke mana-mana hospital yang berhampiran untuk menderma darah bagi meringankan beban hospital di lahad datu yang kekurangan darah.

 


2 Comments:

puteri kasih said...

mudah-mudahan semuanya selamat di sana

Anonymous said...

Thanks on your marvelous posting! I really enjoyed reading
it, you can be a great author. I will always bookmark your blog and may come back very soon.
I want to encourage one to continue your great writing, have a nice holiday weekend!


Here is my web site Casino Bonus No Deposit