Tuesday, April 2, 2013

Alhamdulillah.....

Assalammualaikum.... dan Salam Sejahtera kepada semua rakan blogger...... lama sudah rasanya tidak mengbuka lembaran di dalam blog ni huhuhu rindu sangat saya dengan laman "AWEK COOL"  ini. setelah bertungkus lumus menguruskan kehidupan seharian, perniagaan dan kerjaya sebulan sudah berlalu rasanya. Dengan perit jerih aku dan suami mengagahi kehidupan yang tidak terbatas ini, aku menadah tangan dan terlalu bersyukur dengan kurniaan Allah yang tidak terhingga. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebelum aku pergi jauh, aku terlebih dahulu nak mengingatkan diri sendiri dan mengajak rakan-rakan ingat bersama heheheh....



Terlalu banyak rasanya hendak aku kongsikan dengan rakan-rakan setia di Alam maya ini. Walaupun aku terlalu sibuk dan tidak berkesempatan membuka laman sendiri, ada rakan-rakan setia yang sentiasa mendoakan sesuatu untuk ku. Thanks untuk semua rakan-rakan dan teristimewa untuk insan yang hanya aku kenal di alam maya namun banyak menyokong aku.... :) thanks dear...."Puteri Kasih"  dan "Mimie Najib" . 

Yang pertama aku nak kongsikan bersama adalah kisah aku...huby...dan kedai kami...:) dah sebulan aku dan suami bertungkus lumus siapkan kedai dan wahhhhh..... aku sangat seronok dengan rezeki yang Allah bagi untuk kami. Semoga perniagaan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat membantu sekelian masyarakat :) so ini beberapa keping gambar yang akan aku kongsikan :P


Ni gambar kedai kami, walaupun kecil disitu tempatnya yang aku paling seronok berada dan sentiasa kreatif :P


Yang duduk itu, bos besar heheheh a.k.a my lovely huby :P


ini masa permulaan sekarang dah makin bertambah barangan dikedai kami :) 
kedai handmade so kain rentang pun handmade :P


 SEINDAH KRISTAL HANDYCRA
                                                                             &
                                                               AGENDA BUNDLE

Perniagaan aku ini berasaskan handmade dari barangan kraftangan berasaskan kristal, mutiara dan flet. Aksesori, Pakaian wanita dan tudung. Pakaian terpakai dari Jepun (Bundle Terpilih) dan pembekal kolegen (rumpai laut) dan madu tualang asli bahagian Kota Tinggi. Kami Juga bakal pembekal untuk barangan kraftangan dan fabrik-fabrik untuk kraftangan (yang ni dalam proses mendapatkan pembekal). Terasa seronok menguruskan perniagaan sendiri. Sekarang ini ada beberapa guru sekolah datang berjumpa aku untuk memangil aku mengajar disekolah mereka. InsyaAllah sedang diusahakan jadualnya, bukan apa sebab sekarang ni pun dan ada 5 orang pelajar yang datang ke kedai untuk belajar membuat kraf. Antara hasil yang telah aku buat ......













dan banyak lagi hehehehhe andai ada yang nak bebelanja boleh menjeguk di "Seindah Kristal Collection"
huh.... panjang lebar ceritanya hehehehh dan .......jeng....jeng....jeng...

kegembiraan yang kedua adalah.....
aku sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kurniakan padaku. Moga andai kesenangan aku ini dapat dikongsi-kongsi akan aku kongsikan untuk berkat yang lebih :)

DENGAN RASMINYA AKU.....


Telah lulus jawatan Pegawai Psikologi S41 hanya menunggu surat tawaran dan surat lapor diri.

dan yang paling terharu adalah sajak yang suami tercinta reka khas buat aku huhuhu sayang sangat-sangat aku dengan suami ku En Mohd Hanif b. Nawawi... moga kasih sayang kita kerana Allah S.W.T ini kekal hingga kesyurga sayang....

Thanks a lot sebab sentiasa bersama ayang susah dan senang....dan thanks juga atas sajak yang direka khas untuk diriku isterimu yang sentiasa menjadikan hatimu gusar huhuu



Abang buat ayang menangis gembira dan rasa bersyukur sangat ayang memiliki abang sebagai suami dan ketua keluarga... Ya Allah...KAU satukanlah hati kami dibawah naunganMU hingga ke Jannah...AMIN......











-         




5 Comments:

puteri kasih said...

terharunya bila nama puteri terselit dalam entri ini. Rindu nak chat ngan zu cam dulu. Anyway puteri doakan agar Zu dan suami berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Cantiknya barangan yang Zu hasilkan tu :)

p/s Sajak tu memang sweet ^_^

Mimie Najib said...

akaaakk, terharu rasa terkejut pun ada akk selitkan nama sy.. *lap airmata*

akaaak, tahniah juga dapat keje gov..Ya Allah, murahnya rezeki akk kan.. moga lepas ni rezeki zuriat pula.. :)
amin..

Mimie Najib said...

*akk sy pun buat homemade brooch jgk..tp xreti nk psar kan...hehehe

ZUHANIF said...

mimie najib : thanks doakan akak heheehh Amin....moga2 ada rezeki zuriat :) minie tunjukkan la akak handmade mimie :P

puteri : hehheheh thanks juga buat puteri....

Mimie Najib said...

mana tahu kan kak..Allah nak akk sempurna kan kehidupan dulu..pastu dia bagi orang baru pula..hehe

akk blh tgk kat sini.. *segan nak tnjuk*
http://mimie-kraftangan88.blogspot.com/search/label/Homemade%20Brooch